Khamis, Ogos 22, 2013

Shukor ketuai Jabatan Media Sosial


Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kuang, Dato Abdul Shukor telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Sebelum ini, dia memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor.

Mungkin atas jayanya dan tercapainya hasrat UMNO di Selangor, maka Dato telah diberi peranan oleh  Dato Noh Omar untuk mengetuai Jabatan Media Sosial. Pasti dia berfikiran strategik untuk memainkan peranan tersebut walaupun dia tak punya blog, facebook atau Twitter.

Apabila ditanya akan rancangannya untuk perang media sosial BN, Shukor berkata, "BN memang memberi penekanan kepada media sosial dalam menghadapi pilihanraya umum ke 14 kelak, Kita tidak mahu tewas dalam perang siber.

"Tiada usaha yang tidak akan diterokai dan cuba. Tak kira apa sekali platformnya, portal berita atau blog atau Facebook atau Twitter, kita akan pastikan BN menguasai semua platform ini."

Disamping itu, Shukor pun mahu peranan media sosial bukan setakat menyebarkan berita,maklumat penerangan dan ulasan tapi semuanya mesti memberi pengkhususan kepada berkredibiliti.

"Dengan sumber dan kekuatan kita, Insya Allah Red Bean Army boleh ditandingi dengan mudah. Bukan saja bahasa Melayu tapi komunikasi media sosial akan juga berasaskan bahawa Inggeris yang sering dianggap opinion ladder," kata Shukor.

"Rancangan adalah suipaya tentera siber kita mesti sekurang-kurangnya memahami dua bahasa - Melayu dan Enggeris.Kita juga galakkan pembabitan aktivis media sosial dalam bahasa Cina dan Tamil serta bahasa-bahasa Sabah dan Sarawak" 

"Suatu yang saya lihat adalah kita seriang ketinggalan dalam penggunaan teknomogi terkini. Pembangkang mendominsi You Tube. Mereka cepat mengadapatasi teknologi dan platform baru seperti Instangram, Whassapp, Viper, Weechat, dan lain-lain.

"Kita pun mesti kemaskini dan tidak ketinggalan dalam teknologi. Hanya peralatan dan teknolologi terkini saja yang akan digunakan."

Bagi sesiapa yang ada idea dan cadangan serta ingin melibatkan diri, Shukor cadangkan mereka e-mail terus kepadanya di abdulshukor@hotmail.com.

Wow! Hotmail tu teknologi terkini?

21 ulasan:

  1. Tanpa Nama2:01 PTG

    dia ni sebenarnya pun tak layak jadi yb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asik bergaduh je...bila nak kaya?

      Padam
  2. Tanpa Nama2:32 PTG

    kalau dah semua tak layak siapa yg layak..jgn jadi melayu bongok lah mcm PR,,. rakyat dah angkat dia...tawakkal je la..yg penting perjuangan umno masih reliven di hati melayu...kalau tidak masakan kita jadi kerajaan da lebih 1/2 abad..cakap dan fikir guna otak bukan pakai pala lutut bro..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2:33 PTG

    Bila yang tak berhak diletak kepada tempat yang salah, jahanamlah jadinya.

    UMNO UMNO ...

    Najib macam hilang otak dan mati punca.

    Kalau tak tahu nak buat apa, berenti saja Najib.

    Jangan malukan Tun Razak.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama2:34 PTG

    rasanya yang pilih shukor ni pikir pakai lutut

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2:34 PTG

    Hahaha...berasap telinga Shukoq bila baca artikel ini..cayalah Pak Usin Bolt...!!!

    BalasPadam
  6. jangan pertikaikan niat murninya, cuba minta dia semak dulu samada email tu masih aktif atau dia hilang password - takut idea yang diemailkan kepadanya tak boleh buka pula nanti..

    maklumlah hotmail tu 80an...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama3:05 PTG

    2:32

    minda pemikiran kamu pun fuedel dari tahun 80an

    terbuka dan kemaskini sikit

    download latest sofeware

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama3:20 PTG

    Kalau orang Melayu semua membudayakan berperasaan hasad dengki sepanjang nafas 24 jam yang dikurniakan Allah s.w.t. maka tidak gunalah duduk dalam kem Umno lagi baik berambus ke kem Pakatan Haram Jadah duduk sebumbung dengan Orang Melayu sesat yang jadi hamba politik Cina DAP yang rasis lagi komunis. Sekurang-kurangnya kalau Si Tor ni kurang nak aktif dengan Cyber War kita bagilah dia peluang dan semangat serta bantuan lebih-lebih lagi beliau antara pemimpin Umno yang amanah menyambung peruntukan parti kepada yang layak mendapatkannya. Harap dengan bersatu hati dan bertolak ansur barulah kita boleh Berjaya dengan izin Allah. Jika tidak samalah kita dengan Melayu jahanam seangkatan dengan Anwar Al-Jubury.

    Budak Kuang Batu 20.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama3:22 PTG

    Shukor ni gigi pun pun beterabur nak cite pasal media sosial. Umno selangor memang kepala butohla. Jgn mimpi org selangor akan balik ke umno selagi mangkuk2 ni ade.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama3:24 PTG

    Betul kata Tun Dr Mahathir, bangsa Melayu ini banyak sangat hasad dengki. Cubalah banyak bersabar dan tolong menolong barulah boleh berlawan ngan puak kafir harbi terutamanya kumpulan "Merah Kacang Tentera". Be more supportivelah brother. Jangan nak condemn je. Masing-masing ada rezekinya.

    John Kg Setia, Kuang.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama4:07 PTG

    alamat email @hotmail masih valid apa... sama juga alamat email @yahoo.

    aku tak paham, apa kena mengena alamat email dan teknologi terkini? Hotmail secara dasar dah ditukar kepada outlook.com tapi kalau hantar guna domain @hotmail.com, email tu tetap akan sampai.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama5:32 PTG

    Hotmail?
    OK lagi bro..
    takde masalah.
    boleh guna cam biasa.
    ia kan anak beranak Microsoft

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama7:46 PTG

    Budak Kuang Batu 20

    Amboi bermatian2an defend boss.

    Masa lawan DAP, PAS dan PKR ...takde pun budak2 Kuang terliat bersungguh2. Hanya setakat salam2 di kuang.

    kalau najk defend boss pakai hujah dengki hasad, isy isy ... DAP ketawa sajer.

    Ni sindiranlah brader. Berapa kerat orang pakai hotmail lagi... kebanyakkan gmail atau ada itu yahoo.

    Hotmail hanya untuk dinasaur. Tu pun budak kuang batu 20 tak faham sindir...

    Bodoh dan bebal. Camna orang nak yakin dengan kepimpinan shukor utk mengetuai jabatan media sosial?

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama7:49 PTG

    Kalau begini otak dan minda budak2 siber trooper shukor dari kuang, mampus lah ...

    keluar ayat quran, sebut nama dr mahathir...alahai

    Hujah tak pandai, pasti fakta pun tak tahu olah.

    Orang main sindir dan lawak, kamu main serius...

    Dahlah tak memnyentuh hati, orang baca pun menyampah dan tak akan meyakinkan.

    Jadi bahan ketawa saja budak2 kuang

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama9:35 PTG

    susah2 awardkan je pada kontrektor kelas f, tkpun konsultan2 di PMO...jgn marah

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama10:52 PTG

    Shukor..., Sukor..., nasib ko lah Sukor!! dapat macai kelabu asap. lama-lama kau kan tersungkur juga. Aku kureng yakinlah Selangor dapat dirampas pada PRU14 nanti. Bahasa Inggeris kau pun bertarabur Sukor. Cam no tu???

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama11:26 PTG

    Sabo ajer la usin.

    Apa nak diharap dari mereka yang memyokong bermati-matian seorang pemimpin yang kebolehan bersekolah setakat SRP.

    Penyokong pasti hanya setakat darjah 6. Muahahaha ........

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama10:21 PG

    Assalamualaikum.....
    yooo mennnnnn...jgn merendah rendahkan pelajaran org....yg adew degree tp mangkuk tandas pown berjasa kat kitew...tu tu tu contoh org yg dikata pandei...tgk nizar tu bleh pakai kew otak dia yg sijil berkajang
    tp bodow berkilo kilometer...cer citer cer citer......oh my melayu....

    BalasPadam
  19. ini lah panglima perang siber yang handal. belum pergi berperang dah jatuh tersungkur

    BalasPadam
  20. Husin,

    Apa susah suruh PEMANDU tolong pandu kan. Masyukkkkkkkkkkkkk :)

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.