Rabu, September 11, 2013
Bila blogger tegur pemimpin ...
Bangunan dan kemudahan di ibu negara sudah menandingi mana-mana negara maju dan dunia pertama. Namun kita ni agak ketinggalan dalam sikap berhadapan dengan kepelbagaian pendapat dan penerimaan kritikan.
Dalam hal politik, Malaysia masih berfikiran dunia ke tiga.
Kalau blogger hentam pihak lawan, pemimpin suka dan parti suka. Tak ada sesiapa buat apa-apa. Tak kira UMNO atau PAS, bila blogger tegur pemimpin sendiri atau orangnya, macam-macam dituduhnya blogger tersebut.
Baru-baru ini, ada usaha dari pihak tertentu untuk menyerang beberapa blogger-blogger pro-UMNO yang menyerang dan membuat pendedahaan terhadap penasihat dan pegawai sekeliling PM. Ianya seolah-olah penasihat dan pegawai keliling PM sudah lebih maksum dari PM.
PM ditegur pembangkang dan penyokong tapi mereka pula tak di tegur pembangkang dan penyokong sendiri pun lagi tak boleh.
Ada pihak tertentu yang terus segera melabelkan mereka sebagai berkepentingan atau dibayar. Dicadangkan mereka diberi imbuhan segera blogger tersebut supaya lebih tepat tuduhan itu.
Satu konsep yang susah untuk difahami bahawa mereka ni sayangkan parti dan menegur untuk menyelamatkan parti. Ada terima saguhati yang diberi tapi bab berbohong dan mengampu, mintak maaflah.
Bukankah pepatah Melayu kata sayang anak pukul-pukulkan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Maka sayang pemimpin dan partyi, perlu tegur-tegurkan supaya tak melencung salah.
Ada mintak supaya jangan terus terang tapi bertemu pemimpin dan cakap tersirat. Bila masa PM ada masa untuk jumpa?
Cakap tersirat sesuai untuk mereka yang tahu faham bahasa sedemikian. Pendiknya terus terang asalkan bersopan dan berhemah.
Itu hal blogger UMNO tegur pemimpin sendiri. Seorang rakan Husin dalam parti PAS pun merungut hal lebih kurang sama apabila menegur kepimpinan partinya.
Katanya, kalau aku bantai pemimpin UMNO, aku mungkin kena tangkap jika ada peruntukan undang-undang.
Husin kata padanya dah takde ISA, apa nak takut lagi. Lainlah kalau kita buat tuduhan tanpa fakta dan sumber.
Kawan Husin sambung lagi. Kalau aku bantai pemimpin PAS, depa tak ada polis dan power nak tangkap tapi balasannya lebih drastik dan teruk.
Pemimpin PAS akan kafirkan dan laknatkan dirinya. Malah Nik Aziz sudah pernah katakan padanya, "Celaka, celaka, celaka".
Wow! Nasib blogger ikhlas dan berani serupa unta
Artikel 88 ada lagi.....bole cop kat dahi....tapi memang betol, ayah tegur anak bole, tapi cucu tegur datuk tak bole.....tapi datuk makin tua, gigi pun makin takder..... paham aje la..... telinga pun mungkin macam kuali aje..
BalasPadamDalam hal politik, Malaysia masih berfikiran dunia ke tiga.....silap tu husin.....masih takde class :)
BalasPadamDalam hal politik, Malaysia masih berfikiran dunia ke tiga.....silap tu husin.....masih takde class :)
BalasPadamSalam Tn Hj Husin,
BalasPadamAda negeri tu, pemimpin masih tak iktiraf blogger dan media sosial....dn masih percaya UMNO akan tetap kekal.....Nabi pun wafat!! inikan UMNO yg dah 60 th....
Aku amat setuju dengan pak husin kuih lompang... Dalam soal tegur menegur ini, tak kira siapa lah Umno ke, Pas ke, bila ditegur secara baik oleh blogger atau sapa2 sekali pun, mereka perlu ambil sikap terbuka dan nilai secara baik. Kalau nak maju dan terus relevan dalam memimpin agama dan bangsa, perlu berani terima teguran...
BalasPadamSaloh tu Sin..
BalasPadamHok betulnya;
Celako! Celako! Celako, ambo bui sekali lagi Celako!.
Tuan Hj Husin,
BalasPadamSakam takzim tuan.
Firman Allah salah surah Al Baqarah: TUHAN TUTUP MATANYA, HATINYA, dan PENDENGARAN NYA .....
Kalau ini yang jadi kepada seseorang, macam mana ??
Na'uzubillahi min zalik.
Pembetulan;
BalasPadamFirman Allah dalam surah Al Baqarah ...(dan seterus nya)
Usin kau naik unta
BalasPadamDepa 2 orang naik helikopter
Lu masuk universiti kampong
Depa belajar kat ivy league
Lu main jauh jauh la
Tuan Haji Husin,
BalasPadamSalam takzim,
Ana mau dengar itu cerita 1 MALAYSIA dan kaitan nya dengan 1israel !!
Penyokong2 1 MALAYSIA dikatakan YAHUDI CELUP dari Malatsia
Benarkah begitu ??
Harap Jawab sebelum PERHIMPUNAN AGUNG (TERPIMPIN) UMNO.
Jutaan TERIMA KASIH.