Jumaat, September 27, 2013
Ditolak untuk tanding jawatan
Ramai kawan-kawan tengah merungut tentang interpretasi peraturan yang telah menolak borang pencalunan Tun Faisal.
Ada juga sedang bercerita pasal Kak Midah diugut undur diri. Belum jadi PM sudah kerja ugut orang sana sini. Bila jadi PM, mampuih rakyat kelak.
Macam gitu sekali bangsawan bila terkapai-kapai cari talian hayat.
Tak apalah Kak Midah dah habis menangis dan geram.
Kini dah balik kempen untuk Majlis Tertinggi. Harap tak lupa jasa wanita gigih lagi berani yang selamatkan Perak dari cengkaman komunis DAP. BUkan Zambery atau Tajol atau sesiapa ketika itu Kak Midah lah orangnya...
Kena ingatkan Melayu ni... Tun M kata Melayu mudah lupa.
Sementara itu, Tun Faisal pun dikhabarkan sudah masukkan surat rayuan. KJ sudah bersuara untuknya.
Namun begitu kegeraman, kekecewaan dan kekesalan calun-calun yang ditolak tidak sama dengan yang dirasai oleh seorang kawan Husin.
Marah betul dia tak dapat bertanding.
"Ini tak adil. Apa pasal aku tak boleh tanding? Aku pun ahli seumur hidup!"
Berteriak kawan Husin ni.
"Aku pun berkebolehan. Aku dah terima banyak jasa dari DEB. Aku ni fofesyenal. Banyak rosoli dah aku sampaikan pada kerajaan. Dah banyak forum dan seminar aku atur. Kini aku nak sumbang dan berkorban untuk perjuangan agama, bangsa dan negara.
"Aku bukan nak mintak kontrak. Macam juga KJ dulu, aku pun tak ingin nak jadi Menteri. Tak minat."
Husin nasihat supaya bersabar.
"Aku tak akan hantar rombongan kepada PM untuk lobi jadi Menteri atau nak jadi Penasihat Wanita. Sumpah aku tak mahu jawatan..."
Husin nasihat lagi.
"Kau ni ... kenalah ikut perlembagaan dan peraturan parti. Akur pada interpretasi parti. Jangan pulak kau nak saman. Nanti mahu kau kena pecat!"
Baru dia angkat telinga dengar.
"Kau beritahu Husin. Jawatan apa kau nak tanding ni?"
Dengan selamba saja, dia jelaskan.
"Aku nak tanding jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Nak lawan Mat Maslan. Tapi dia orang tolak borang aku...."
"Ketua Penerangan...? Apa pasal?" tanya Husin.
"Dia orang kata aku tak layak. Aku tak kerja kuat macam Mat Maslan .... Pagi petang siang malam subuh senja.... PSSMSS"
"Takkan pasal tu saje ...," Husin tanya.
"Lepas tu, dia orang kata hanya orang yang sudah jalankan 400 kursus setahun sebagai strategi hadapi pilihanraya saja yang layak undi."
Hmmm ....tu den tak boleh tolong.
Woi! Jawatan Ketua Penerangan mana ditandingkan ....
Setiausaha Agung juga tak dipertandingkan. Persoalannya adakah yang nak bertanding tu boleh kerja lebih baik dari yang penyandang sekarang. kalau setakat nak cuba-cuba dan syok sendiri lupakan saja.
BalasPadamAku nak tanding Bendahari UMNO. Boleh tak?
BalasPadamHuhuhu
Aku calon pegawai penerangan UMNO he he he he
BalasPadamSaya nak bertanding jadi calon menantu aunty Rosmah boleh ke ?
BalasPadamDayang Senandung,
BalasPadamLebeh baik jadi calun MADU SHAHRIZAT (kalau anda wanita) atau calun SUAMI nya (kalau anda Jantan). Tapi tunggu dia JANDA he he he he
MALAYSIA BOLEH !!!!
(BLEH TAHAN) 111.