Sebuah adegan di rumah pengundi Fuziah Salleh sebelum air naik.
"Abang! Abang! Air sudah naik masuk rumah...!" teriak si isteri.
"Ye ke? Sabar dulu ... Abang tengah cuba talipon YB Fuziah. Nak beritahu dia. Penting sekali kasi tahu dia Kuantan nak banjir," jawab si suami.
"Keluarga kita nanti dulu. Utamakan beritahu YB."
Tak lama kemudian, hujan naik ke dalam rumah dan si isteri sibuk selamatkan barang atas meja.
"Hai ... mana YB ni. Bertalu-talu abang talipon. Dia tak angkat-angkat atau mesej saja," kata si suami.
"Sabar saja Bang. Banyak sangat orang talipon ke?" kata si isteri dengan cool.
Kemudian, air sudah naik ke taraf pinggang. Hari pun sudah senja.
"Abang masih sedang cuba talipon YB. Tak kira malam atau air dah naik ke pinggang. Kita meti kasi tahu Fuziah Salleh." kata si suami kali ini.
"Bang ... air dah paras leher anak."
"Takpe ... letak dalam besen. Timbullah dia. Kena talipon dulu YB"
Air naik lagi ... kini dah sampai ke leher si suami.
"Helo Helo ... YB. Terima kasih angkat call saya. Dari tadi saya cuba call. Penting nak beritahu Kuantan banjir. Air dah sampai ke leher saya. Dari tadi tangan saya dok angkat saja nak selamatkan handphone dari basah. Anak isteri pun saya tak berapa kisah," katanya.
Di sebelah sana, Fuziah bertanya, "Ada orang datang ke tolong awak?"
"Tadi ada orang datang suruh pindah tapi saya nak call YB dulu sebelum pindahkan keluarga saya. Bila dah tengah malam, takde orang datang ulang balik untuk tolong. Mungkin sibuk pasal tolong orang lain. YB kena buat isu dari banjir dan bawa usul ke Parlimen. Tak perlu turun tengok kami. Usul tergempar lagi penting YB..."
***************************
Politik.. politik ... banjir pun boleh jadi isu.
Mungkin begitu bayangan keadaan yang Fuziah katakan ketika membuat usul tergempar ke Parlimen pada hari Isnin lepas agar diisytiharkan "emergency".
Bukan tak elok usul itu, cuma apa perlu nak usul bila semua dah on emergency mode. Aras sungai ketika musim tengkujoh sentiasa dipantau.
Sebelum Fuziah baru tahu, dari panggilan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokongnya yang talipon bertubi-tubi, walaupun air dah tinggi ke leher dan hingga tengah malam masih duduk dalam rumah yang air sudah meningkat, pihak berwajib sudah tahu.
Jabatan Ramalan Kuasa sudah tahu hujan akan datang. Pemantau aras air sungai sudah tak henti memantau. Sistem sokongan lain dah bersedia. Cuma mereka tak boleh ramal dan tahu bertapa deras dan cepat banjir akan berlaku. Sekali datang serbu begitu ramai, pasti ada kesusahan urusan dan kemungkinan makanan lambat.
Keutamaan adalah selamatkan nyawa.
Kalau semua pihak tak datang bantu dan kerja lumus, macam mana boleh ada 4 ribu orang di Pusat Pemindahan yang dikatakan tak dapat makanan sampai ke pukul 3 pagi?
Fuziah hanya tahu setelah kejadian berlaku dan hal-hal itu sedang diuruskan. Sah dia tak turun padang tengok.
Yang dia tak tahu, ada polis, jururawat dan lain-lain petugas tak dapat uruskan rumah sendiri pun. Tak macam ada ADUN tertentu.
Memang betullah Bung Mokhtar herdek dia suruh balik. Apa ke hal air sudah sampai ke leher pemanggil, Fuziah sibuk nak pergi Parlimen untuk buat usul?
Sah nak cari saham politik.
Sebelum ini, Fuziah terselamat dari isu tak balik masa banjir dan dipilih semula apabila dia dapat sokongan atas kempen anti-Lynas dan berjaya pusingkan isu banjir dengan mengesyorkan langkah selesaikan banjir ketika kempen.
Bila sudah banjir, dia terkapai-kapai sebab dia tak ada pusat-pusat perkhidmatan atau kalau ada pun, tak berfungi.
Fuziah pun turun hanya tengok-tengok, ambil-ambil gambar kenangan dan tunjuk punggung gergasinya. Dia tidak boleh buat apa-apa sebab asyik dok bantai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan bukan nak merapatkan diri dengan mereka. Susahlah nak dapat kerjasama.
Husin ada beberapa kawan wakil rakyat pembangkang tapi mereka bina hubungan dengan Jabatan dan agensi Kerajaan untuk sorongkan kes-kes melibatkan rakyat. Ada yang guna orang UMNO dan kasi kredit pada mereka asal urusan selesai.
Sudah ... sudah ... lah berpolitik Fuziah.
Ketika keadaan genting gini, nak main politik juga. Sekarang dah pecah lubang Fuziah tak buat kerja dan tak peduli kebajikan rakyat. Cuma sibuk cari isu ditengah-tengah mala petakan untuk disensasikan sebagai su.
Sanggup menipu demi sensasikan isu...
Wow! Fuziah ... Fuziah si Thoron... tergedik-gedik si gedempul
Punggung gergasi ???!!!!
BalasPadamketika banjir di pulau pinang utusan meloya dan tv suku kata kerajaan negeri DAP gagal urus punca banjir.
BalasPadam2. Bila Banjir selangor SAT1M kata pembangunan tak ikut plan.
3. Bila banjir kedah masa pemerintahan PAS, kata punca balak...
4. Begitu lah juga kelantan...
5. Now Johor, Pahang Dan terengganu, apa kata pulak TV3 suku dan meloya...
6. Mana dia kelab putra 1malaya..aziz mat rempit tak nampak pon....selalu bencana luar negara cepat sangat sampai, cepat sangat hulur bantuan.....tempat sendiri ...macam mana...
7. Ketika rakyat di landa musibah banjir puak gerombolan dok berkokok di PWTC, kunun nak bela melayu...woit..pi la tolong Melayu dok tengelam dalam banjir tu...
Mana pulak peginya ketua pembangkang yg prihatin? Kuantan tu. PKR punya kawasan beb...
PadamBeribu-ribu org yg duk kt pusat pemindahan tu, hasil dr pelan kecemasan yg ada la. Kalau jumlah mangsa sampai berpuluh ribu dlm masa x sampai 48 jam, yg utama ialah selamatkn nyawa dulu. Kumpulkn dulu mangsa kt tempat selamat. Lepas tu baru fikirkn yg lain. Pastikn x da yg tertinggal. Semua org selamat. Mmg patutpun kalau ada 1000 petugas, tinggalkn 20-30 org je kt pusat. Yg lain pergi selamatkn mangsa. Yg kt pusat, dh tentu selamat. Hr pertama bencana mmg huru hara kt pusat. Biarlah yg penting diorg dh selamat. Yg terperangkap tu yg utama. Kalau pelan kecemasan kita x bagus, petugas x buat kerja, ingat yg berpuluh ribu dipindah kt pusat tu dtg dr mana? Nk pindahkn satu bandar dlm masa 1 hari bukan kerja mudah.
BalasPadamAgensi dan pihak keselamatan serta sukarelawan dah cukup. Yang dok kat PWTC tak perlu turun. kalau turun nanti di cap nak bergambar pulak. Melainkan kawasan dia kena banjir.
BalasPadamRakyat sendiri kena banjir, dia dok parlimen. Lepas tu makan best2. Lepas tu buat2 perihatin.. perghhh!. drama X10.
BalasPadamOh MP kuantan.
Kuantan dah tak sesuai sbg ibu negeri. Banjir tiap2 tahun. jadikan bandar pusat jengka sbg inu negeri. kalo kuantan tenggelam, jerantut tenggelam, bandar pusat jengka baru banjir sikit2 je. kuantan dah tak selamat
BalasPadam
BalasPadamSalam takzim,
Itulah cara penyokong PKR.
Nak bersama isteri pun nak tanya YB dulu.
Kenapa tak tanya PENASIHT PKR?
ada pm pun x leh pakai.ko sibuk2 tnye ketua prmbangkang,knp x tnye agensi 2 umno yg dibyr gaji buat kerja..lebih baik pm ko berhenti je..
BalasPadamMemang la pm kami xbleh pakai sbb pm kami tak 'main belakang'...pm kami gentleman,maaa...
Padam