Selasa, Jun 09, 2015

Inggeris, Cina, India dan ... Melayu


Orang Inggeris bila berseorangan, dia akan mengembara dalam ngaaranya. Bila berdua, mereka akan mengembara ke negara orang lain. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan menjajah negara orang lain.

Orang Cina bila berseorangan dia akan berfikir. Bila dia berdua, mereka akan berniaga dalam negaranya sendiri. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan berniaga di negara orang main.

Orang India bila berseorangan dia akan bekerja dengan tekun. Bila dia berdua, mereka akan banyak berbual dan main talipon untuk bersembang. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan tubuhkan kesatuan sekerja untuk pertahankan hak mereka untuk sembang dan mengular.

Orang Melayu bila berseorangan dia akan tidor. Bila dia berdua, mereka akan bersembang. Dan bila bertiga atau ramai, mereka mula menyusahkan ...
... Mula-mula mereka mengumpat. Lepas itu mereka mengata sana sini. Kemudian akan ada tukang hasut. Apa lagi mulalah melatah. Pastinya emosi dan mengamuk. Tahap akhir adalah hysteria.

Sebaik saja mereka sedar, mereka menyesal. Mulalah nak dekat dengan ugama. Ada masuk tabligh. Tak kurang nak bangunkan negara Islam dan jalankan hudud. Yang kaya dan malas nak mula dari alif ba ta, belajar tasauf atau masuk kumpulan tarikat. Akan ada yang sesat akhirnya.
Bila sedar, mereka taubat. Dalam bersendirian, mereka istaghfar. Dah keseorangan akhirnya kuat tidor. Lepas itu, campur balik masyarakat dan ikut mengumpat. Ulang balik semua di atas.
Hmmm ... Melayu mudah lupa kan?

12 ulasan:

  1. Tanpa Nama6:05 PTG

    Melayu ramai lupa sejarah, Baik yang di atas mahu pun yang di bawah. Asal marah lupa dunia.

    BalasPadam
    Balasan

    1. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
      Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih.



      Padam
  2. Tanpa Nama6:14 PTG

    Obserbasi menarik

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7:22 PTG

    Melayu bila jadi asisstant cukup taat
    Bila dilantik jadi boss hidung kembang
    Bila ramai pengikut mula besar diri
    Bila kena puji, rasa dah pandai sendiri
    Last sekali...masuk perangkap sendiri
    Untuk lepas diri..ikut cakap bini

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11:00 PTG

    Cukup senang untuk memberikann label buruk kepada bangsa sendiri. Sedarlah saudara, bangsa lain pun banyak buruknya. Apakah mereka mengumpat dan melabel bangsa sendiri seperti kita. Melayu tulen akan bangga dengan bangsa sendiri dan jika ada kelemahan akan cuba memperbaikinya.Orang bodoh, jahat, pemalas dan pelbagai lagi sikap negatif ada dalam semua bangsa bukannya dalam bangsa Melayu sahaja. Sedarlah saudara. Berikan semangat untuk Melayu yang positif. Jangan disebabkan label kita, mereka berasa hina nak mengaku sebagai orang Melayu.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11:24 PTG

    Sebaik cara memperbaiki diri ialah bermuhasabah. Jika mampu melihat kelemahan diri sendiri itulah sebaik cara bermuhasabah! Orang Melayu mesti melihat kelemahan diri sendiri dan berubah untuk memperbaiki jika mahu berjaya!!!! Jika gagal melihatnya atau hidup dlam Penafian (Denial), maka selama itulah terus kebelakang!!!

    BalasPadam
  6. Jamal Pak Tongkol8:33 PG

    Jangan anggap hanya melayu saja yang digambarkan negatif oleh penulis sebab kaum lain pun diketengahkan sikap negatif mereka.

    Yang penting harus diakui bahawa ini berlaku dalam masyarakat kita. Mula-mula kena ada yang sedarkan, barulah disedari, diikuti dengan perakuan kewujudnya dan dapatlah dimulakan usaha membaikinya.

    Samalah macam kerja melabel orang sesuka hati tanpa tanya apa pendirian orang tersebut dan tanpa tahu apa usaha sedang dilakukan luar pengetahuan orang.

    Cara melabel adalah salah satu modus operandi kaki penghasut yang sering berperanan dalam masyarakat Melayu untuk buat mereka melatah, mengamuk dna histeria.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama9:51 PG


    Salam ,

    Tak payah panjang cerita. Tanda tanda dah mula terserlah,

    Masa nya akan tiba.

    Apakah dia saorang PAHLAWAN ?

    Atau Pengecut yang takutkan BINI ?

    Tunggulah !!!


    terima kasih.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10:42 PG

    Ini cerita pasal bangsa atau cerita Najib? Pening aku sesetengah komen ni ....

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama12:57 PTG

    Eh eh jangan emosi sangat kita cakap pasal bangsa kita. Nak perelok dan sedarkan kesilapan diri. Kalau bangsa lain ada hal pun itu dia punya pasal. Kits ambil yang elok saja

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama10:35 PG

    Ente mengaku melayu tapi mungkin melayu dari rumpun melayu palsu, hanya melayu palsu yang bila bercakap mengutuk bangsa sendiri.

    Pi lamabok husin kaninabo.


    BalasPadam
  11. Tanpa Nama5:04 PTG


    Nak kasi perbetui sikit.

    Orang Inggeris bila bertiga atau ramai, mereka akan pakat bogel kat negara orang lain

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.