Jumaat, November 06, 2015
Ahli politik macam budak-budak?
Kawan Husin dari Pasir Gudang talipon pagi-pagi. Nama dia Man tapi pasal dia suka panggil orang yang dia tak suka Senoi, maka nama dia jadi Man Senoi.
Faham saja kita apa yang sedang bergelora di sana. Man Senoi pun banyak rungutannya terhadap UMNO dan semua parti-parti politik. Idola Man Senoi sudah tiada jawatan lagi tinggal. Sampai arwah Nik Aziz pun dia sebut sekali.
Kata Man Senoi, orang politik ni macam anak aku yang berumur dua tahun. Bila bapa tanya, "Sayang Mak ke sayang Abah?", dia akan jawab Abah.
Bila Mak pula tanya, "Sayang Abah ke Sayang Mak?", jawabnya pula adalah Mak.
Rupanya budak ni hanya sebut perkataan yang terakhir sekali tanpa berfikir langsung. Serupa dengan orang politik, kata Man Senoi. Dia tidak fikir dan amati akibat sesuatu tindakan tapi ikut perkembangan yang terahir.
Maka menurut Man Senoi, kita kena banyak pakai "reverse psychology" dengan Melayu ni. Eh! Dah ke tajuk Melayu pula.
Kalau si bapa sebelum mati pesan pada anak-anak supaya jangan jual tanah yang ditinggalkan dan usahakan, sebaik mati mesti anak-anak jual tanah.
Jika tak mahu terjual, caranya adalah sibapa pesankan pada anak supaya sebaik saja dia mati jual tanah segera supaya duitnya dibagi-bagi. Kau usah jual pada Melayu tapi kau mesti jual pada cina yang paling kaya di kampung ini sebab cina kasi harga terbaik. Kemungkinan besar anak-anak tak jual dan akan usahakan tanah tersebut.
Kalau gitu, suruh Melayu undi DAP dan letak cina pimpin negara ini ke, Man Senoi?
Wow! PAN boleh ditartkan
Bila anak minta sesuatu katakanlah bermain basikal, reaksi si ayah adalah bergantung kepada keadaan semasa dan pengalaman lampau.
BalasPadamApakah reaksi si ayah apabila anak kecil berumur 7 tahun, tahu kayuh basikal, tidak pernah kemalangan, tiba-tiba nampak sebuah basikal yang boleh ditunggangi terparkir di depan rumah, lalu meminta kebenaran untuk bermain basikal?
Dan apa pula reaksi si ayah apabila anak kecil berumur 7 tahun, tahu kayuh basikal tetapi pernah terjatuh dan patah tangan, tiba-tiba nampak sebuah basikal yang boleh ditunggangi terparkir di depan rumah, lalu minta kebenaran untuk bermain basikal?
Reaksi pasti berbeza dan ungkapan si ayah juga pasti berbeza.
Reaksi bagi perenggan kedua mungkin begini: 1. "tak payahlah, emak dah siapkan makan, jom makan dulu" bermakna ayah tidak suka meskipun tidak pernah berlaku insiden. 2. kalau reaksinya adalah "nanti jatuh kang" itu bermakna ayah membenarkan tetapi tidak mahu dilihat memberi kebenaran terang-terangan.
Reaksi bagi perenggan ketiga tentunya begini: 1. "kalau kau tak takut patah, mainlah" yakni si ayah tidak lagi membenarkan anak bermain basikal kerana basikal pernah meninggalkan kenangan pahit. 2. kalau ayah membenarkan ungkapannya jadi begini:"tak payahlah, nanti jatuh ayah juga yang susah".
Melayu kita ... kalau dikatakan cerdik, tidak.
BalasPadamMelayu kita ... kalau dikatakan bodoh, tidak juga.
Mitos yang sentiasa dimainkan puak Melayu ni ... DAP tu Cina.
Kalau tiap-tiap hari disaji dengan DAP tu Cina, maka Melayu pun percaya dan yakin akan DAP tu Cina. Jadi ini sesuai dengan ungkapan yang pertama.
Benarkah DAP tu Cina? Ini pulak sesuai dengan ungkapan yang kedua.
Jadi Melayu kita ni cerdik atau bodoh?????
Melayu yang GAGAH, DIHORMATI dan DISEGANI ialah Melayu yang berintegriti, bebas sifat perkauman (assobiyah) dan sangat sayang akan keadilan.
Melayu UMNO tu umpama manusia yang muflis ... muflis segala-galanya. Perlukan kita berpaut pada manusia yang bawa kita ke neraka Allah swt??? Ini juga uji kecerdikan atau kebodohan Melayu kita ni.
Kepada Allah swt kita kembali.
Melayu pas pun dah x cerdik,tambah melayu umno dah jadi kalabau balau.jadi kita sokong dap pulak ...amacam semua setuju
BalasPadam6:16,
BalasPadamBAGUS juga cadangan ko tu tapi ko tak takut ke akan diketawakan oleh MCA kerana ko nak sokong parti feudal? kulit tuh dah cukup tebal?
Sudahlah tu Husin .. balik ke rumah, dah maghrib ni .. lepas isyak masuk ler tido. tak de sudah nya UMNO punya perjuangan, dah pemimpin UMNO semua jadi penyamun pun kau masih sokong .. udah udah ler tu.
BalasPadam(ehh Husin, kau ni penyamun jugak ke?)
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
BalasPadam