Sabtu, Februari 06, 2016

Bila main politik, masing-masing lupa


Kak Wan sokong Mukhriz ...


Salahuddin Ayub ajak Mukhriz masuk Amanah ...


Amboi! Mahfuz macam Penasihat Kiri Politik kepada Menteri Besar ....


Cepat masing-masing lupa ...


Sama juga Penasihat Kiri tu ...



Betul cakap arwah Ustaz Fadzil Noor.


Nasi sudah jadi bubur.

Kini Mukhriz bukan lagi Menteri Besar. Bukan mahu bersyarah atau ada buah keras berpaku, hanya mohon maaf tidak memberitahu dan tidak dapat membantu.

Apa yang terjadi sudah terlintas di hati sebelum Pilihanraya Umum lagi. Sudah tertanya di hati lepas mesyuarat exco pertama lagi. Sudah ada petanda dalam bulan ketiga jadi menteri. Sudah sampai khabar pada enam bulan di ibu negeri.

Hanya menunggu bila agaknya akan berlaku.

Nak bantu, tidak pula yang tahu tanya-tanya khabar. Ucapan tidak berbalas sudah dua raya. Dahlah itu, ada pegawai sekeliling garang dan kasar. Bila tidak ditanya, macam mana nak bercerita. Ini pun berbeza pendapat terus berjauhan.

Harap Mukhriz jangan salahkan sesiapa:






Satu, keadaan memang tidak memihak. Sudah ketentuan tuhan.

Kedua, lebih baik muhasabah diri. Banyak yang silap sendiri. Pemimpin kena tahu dan tidak boleh menyendiri. Kena peka dan ada sensitiviti. 


Namun begitu, tidak semua juga yang boleh diketahui. Maka berharap sangat Mukhriz tidak terus berkecil hati:


Seperti kata Dato Ahmad Bashah, Mukhriz orang baik. Mukhriz ada masa depan. Perjalanan masih jauh dihadapan. Belajar dahulu dari kesilapan. 


Untuk Mukhriz, memang susah untuk diimbang. Namun, ketua yang lantik dan berkali-kali beri peluang. Tidak kena untuk menghina walau apa pun kesalahan. Berhemah dan bijaksana dalam kritikan.

Dan, belajar jaga hati kawan-kawan. Terutama yang setia, sama naik dan sama terjunam:



Penyokong perlu dihargai kesetiaan. Yang lama bersama, jangan diabaikan. Apa salah ambil perihatin kebajikan.

Sentiasa ingat bahawa akhirnya:


Buat Mukhriz:


Jika Badshah pun depa tak suka, pengganti pun kawan Husin ...


Hehehe ...

Wow! Biar kawan banyak, jangan sampul coklat saja banyak

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:40 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8:05 PTG

      Kita manusia biasa mmg la kadang2 lupa tetapi lagi harubiru apabila yg tertinggi buat2 lupa...

      Padam
  2. Tanpa Nama6:07 PTG

    game politik mmg begini.... lupa tu biasa, . situa pun dah pesan melayu mudah lupa.
    tapi ada mangkuk sorang lagi... dah ramai orang pesan dah ramai orang ingatkan, nampak macam ta ada hati tak ada perasaan. kalau dia tak nak tukar ... ramai yang sanggup bakar.

    melayu mudah lupa.. tapi tak lena, sampai masa ada yang tanya. Kenapa melayu tolak depa.

    kah kah kah.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:53 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3:42 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama4:16 PTG

      Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  5. Tanpa Nama3:46 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama7:50 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.