Jumaat, April 29, 2016
Kisah kaum Bisaya mendapat nama
Beberapa malam lepas, seorang rakan Sarawak menceritakan mengenai suatu kumpulan etnik Bisaya yang cantik rupa paras dan pelbagai mitos berkaitan dengan kaum tersebut disebuah kedai kopi di Kuching.
Orang Semenanjung mudah terpikat dengan gadis-gadis pelbagai etnik yang kelihatan begitu eksotik. Tambah lagi bila terdengar mengenai adat lama orang Iban bernama ngayap yang sering disalaherti.
Rakan kata baik-baik dengan "ubat" si bapa untuk lindungi anak gadis mereka. Lagi power dari peluru shotgun.
Kaum Bisaya banyak sekali di Beaufort, Sabah, Limbang dan Brunei. Orang-orang Lunbawang, Dusun dan Murut anggap mereka sebagai Melayu. Ada pula kategorikan mereka sebahagian dari kaum Dayak. Bisaya di Brunei dan Sabah berugama Islam. Kebanyakkan yang di Sarawak beragama Kristian. Terdapat Bisaya yang tidak berugama.
Nama kaum hampir serupa nama pulau Visaya di Filipina tetapi ada kata ada kaitan dan ada kata tiada langsung. Satu laman Facebook mengingatkan nama Bisaya kepada satu perkataan yang Husin pernah dengar Makcik di Brunei sebut.
Rupanya ada cerita menarik, lucu dan lojik.
Rabu, April 27, 2016
Dari meraikan demokrasi ke gaduh sesama sendiri
Maka bermula proses demokrasi untuk memilih wakil rakyat untuk sesuatu kawasan ke dewan negeri sebagai penggubal undang-undang, mengesahkan belanjawan dan perangka polisi. Yang utama, ia juga sebahagian dari proses memilih pemimpin dan pentadbir negeri.
Jika sikap yang diambil dan amalannya positif, maka pilihanraya itu satu perayaan demokrasi untuk menyelesaikan permasaalahan, menyuarakan pandangan, dan meletakkan harapan.
Jangan berpolitik hingga cuma lakukan 5 tahun sekali.
Selasa, April 19, 2016
Muga Malaya terus merdeka
KRONOLOGI PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU.
Tahun 1511 : Serangan Portugis di Kota Melaka
Tahun 1824 : Perjanjian Inggeris - Belanda
Tahun 1826 : Perjanjian Burney
Tahun 1867 : Perang Kelang.
Tahun 1874 : Perjanjian Pangkor
Tahun 1909 : Perjanjian Inggeris - Siam.
Isnin, April 18, 2016
Deklarasi Rakyat tuntut Menteri Saudi letak jawatan
KUALA LUMPUR: Kumpulan Deklarasi Rakyat akan mengadakan himpunan rakyat untuk menuntut Menteri Luar Saudi Arabia meletak jawatan hari ini dihadapan Kedutaan Saudi Arabia.
Diketuai oleh pejuang-pejuang Pro-Tun dari kumpulan GKCM, Kelab Che Det, Perkasa, dan ANC, mereka akan berkumpul di Sogo, KLCC, Masjid Negara dan Dataran Maybank sebelum berarak menuju ke Kedutaan.
Ini hanya sebahagian dari langkah yang akan diambil oleh pro-Tun untuk tumbangkan Menteri Luar Saudi yang telah mencabar kewibaan Tun Mahathir yang mereka taksub dan percaya tidak berbohong, rasuah dan lakukan sesuatu jika dia tidak tahu.
Jika semua tahu, tak adalah kata RM42 billion lesap ... huhuhu.
Isnin, April 11, 2016
Perumpamaan politik Melayu
Banyak perumpamaan Melayu sudah tidak sesuai di zaman sekarang. Banyak benda-benda yang disebut orang tak tahu apa dia.
Siapa tahu pegar dalam perumpaan "Pegar makan padi" tu apa?
Maka apa kata ditukar perumpamaan beriku mengikut perkembangan politik terkini untuk mudah orang yang mengikuti politik faham:
Sabtu, April 09, 2016
"Proton dah makan dedak. Baik tukar jenama" - Tun M
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menuduh Proton makan dedak kerana sedia menerima bantuan pinjaman sebanyak RM1.5 billion dari kerajaan dengan empat syarat yang ditetapkan, khususnya syarat tiada campurtangan dalam pengurusan.
Malah Tun M bertegas Proton perlu terus dibantu dan diberi subsidi dan bukannya pinjaman.
Namun, beliau tidak memberi sebarang komen kepada pendedahan subsidi kerajaan kepada Proton yang sudah menjangkau RM13.9 billion selama 30 tahun kewujudan. Proton lahir dari cadangan ahli perniagaan Taiwan, Tan Sri Rin Kin Mei untuk tukar janama kereta Mitsubishi.
Jika wang sebanyak itu telah disalurkan untuk pertingkatkan pengangkutan awam atau jalanraya untuk Sabah dan Sarawak, banyak menjimatkan subsidi petrol, pengswastaan lebuhraya dan pembangunan untuk seluruh negara boleh dicapai.