Sabtu, April 09, 2016

"Proton dah makan dedak. Baik tukar jenama" - Tun M


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menuduh Proton makan dedak kerana sedia menerima bantuan pinjaman sebanyak RM1.5 billion dari kerajaan dengan empat syarat yang ditetapkan, khususnya syarat tiada campurtangan dalam pengurusan.

Malah Tun M bertegas Proton perlu terus dibantu dan diberi subsidi dan bukannya pinjaman.

Namun, beliau tidak memberi sebarang komen kepada pendedahan subsidi kerajaan kepada Proton yang sudah menjangkau RM13.9 billion selama 30 tahun kewujudan. Proton lahir dari cadangan ahli perniagaan Taiwan, Tan Sri Rin Kin Mei untuk tukar janama kereta Mitsubishi.

Jika wang sebanyak itu telah disalurkan untuk pertingkatkan pengangkutan awam atau jalanraya untuk Sabah dan Sarawak, banyak menjimatkan subsidi petrol, pengswastaan lebuhraya dan pembangunan untuk seluruh negara boleh dicapai.

Tun M, yang telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton pada Mac 30hb baru-baru ini, tidak dapat menerima keputusan pengurusan Proton untuk menerima pinjaman dan bukan dana R&D yang dipohon.


Katanya, "Proton tidak makan dedak. Dia hanya makan subsidi nasi Morocco Maghlubah yang mewah dan beras panjang-panjang. Jika sudah makan dedak, elok tukar saja jenama dari pro-Tun ke proJeep. DRB Hicom patut restructure Proton bawah Jeeps Malaysia.

"Tagline "It's all in the drive" tidak sesuai jika tiada semangat untuk berdegil dan tak ikut kehendak pasaran."

Tun M tidak dapat melarikan diri dari kenyataan politik yang sinis.

Katanya, "Pekerja Proton sebanyak 12,000 pun perlu ditukar kerana kebanyakkan adalah penyokong Pakatan Rakyat suatu masa dulu. Parti mereka pun bukan mahu tandatangan Deklarasi Rakyat saya."

Pengurusan Proton sering berhadapan masaalah kerana Tun M tidak boleh berhenti berpolitik. Dia bertegas mahu hadir di semua acara-acara promosi Proton tetapi tidak membantu Proton. Media hanya lapor komen politik dan sidang media hanya jadi landasan untuk jatuhkan kerajaan.

Tun M mahu kerajaan beri percuma saja "rebate" dana R&D yang dimohon sebanyak RM1.7 billion. Ia membolehkan Proton terus tambah lagi pelbagai model lain. Kejatuhan Proton ke tangga ke 4 dari segi jualan tidak patut dicampur aduk dan dijadikan sebab untuk tidak buat model baru. 

Katanya, "Proton kurang jualan kerana kerajaan hanya beli sebanyak RM1 billion untuk selama tiga tahun yang lepas. Kawan saya Robert Tan tak dapat buat duit banyak-banyak di Spanco.

"Untuk kereta nasional berjaya, kerajaan perlu beli lebih bayak kereta Proton serta orang ramai patut terus sokong. Biar spare part mahal dan tingkap tidak boleh dibaiki asal ia kereta buatan orang Malaysia. Saya, anak-anak dan cucu-cucu guna kereta mewah maka orang ramailah yang perlu patriotik."

Tambahnya lagi, "Oleh kerana kerajaan tidak mahu bantu, kerajaan tiada hak untuk persoal Proton membeli spare part dari sumber tempatan yang hingga 10 kali lebih mahal. Ia bukan lagi syarikat kerajaan dan terpulang pada syarikat untuk beri sub-kontrak pada orang tertentu itu."

- Agensi Berita Husin Lempoyang

11 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:44 PTG

    lebih baik naik unta sin...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4:24 PTG

    kalau bukan sarkastik bukan mahathirlah tu. biasalah, orang suci bersih dan bijaksana memang macam tu...

    BalasPadam
  3. Sin ko jual unta dah la,proton tak leh nak gerak atads padang pasir tapi unta ko boleh

    BalasPadam
  4. Protonuser12:49 PG

    makin gila meroyan merepek org tua ni.
    Apa dia nak pun kita taktau. MAsa dia jd Pengerusi Proton kenapa dia tak cari rakan kongsi boleh kasi dia wang cukup tk perlu mntak sedekah dkt Kerajaan yg kunun tk betul ni?

    Bila kerajaan bagi pinjaman mudah dia mengamuk pulak, nk duit free pulak. Apa ni.. gila kot. Proton bukan lagi GLC. Ia syarikat dibawah DRB. Itupun Kerajaan berbaik sangka mahu pulihkan Proton. Tapi Mamak Gila ni apapun dia tak buat semasa jadi PEngerusi Proton melainkan siang malam ak jatuhkan Najib.!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama11:36 PG

      Tu lah. Aku dh ckp bnyk kali dh. Kita doa bg cepat mati je.

      Padam
  5. Tanpa Nama4:56 PTG

    pakcik husin buat lawak tapi tak lawak pun..nak sinis2 ni leave to mahadhir la..dia expert

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama7:00 PTG

    http://www.mykmu.net/2016/04/yg-disebut-rd-rupanya-nak-bayar-hutang-vendor

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama9:31 PG

    hahaahahha ... nak mengutuk Tun M pun pergi laa recce dulu... kan dia dah reply RM13,9 billion tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama10:28 PG

      Betul tu, tolak gomen untung 11B

      Padam
  8. Tanpa Nama11:19 PG

    Ini Proton sudah boleh kasi kereta harga tarak mahal punyalah. Tapi apa sebab tak tau dia punya value kereta macam itu import punya kereta jugalah. Itu first 20 or 25 years, management kata ada kena bayar itu macam komisen pada itu Mitsubishilah. Itu sebab harga ada tinggilah. Komisen punya period sudah expiredlah, dia sudah kasi lain punya cerita pulak sebab mau maintain itu value kereta jadi mahallah. Kereta sudah jual mahal tapi last-last masih cerita tarak untung punya companylah. Itu mahal punya harga siapa dapat untung? Kasi tukar nama pun ada canteek jugalah. Tapi itu important punya cerita harga mahal kasi tukar jadi ada murah sikitlah. Baru boleh jual banyak keretalah. Tukat nama baru harga pun kasi nombor baru ada banyak rendah jugalah.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama2:59 PTG

    Sin..
    Kalau compare proton dgn 1MDB, rakyat bli protun ke projeep?

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.