Rabu, Jun 22, 2016

Apa lagi yang sebenarnya Tun M mahu kata?


Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak memihak kepada calun pilihan Tun Dr Mahathir dari parti PAN pimpinan Mat Sabu, malah BN menang besar.

Maka usaha Tun M untuk jadikan kedua PRK ini sebagai referendum rakyat terhadap Dato Najib gagal dan menjadi referendum sokongan pula. Akibatnya Tun M menerima kritikan dan kutukan dari penyokong-penyokong UMNO dan PAS.

Kesian pulak melihat Tun M yang pada umur 91 tahun dikutuk sedemikian rupa dan akhirnya menemui kegagalan demi kegagalan. Kata seteru politiknya, Tun Musa, Tun M  sudah akhirnya temui kekalahan yang tidak pernah dialami.

Sebenarnya dia sudah kalah bila dia meninggalkan UMNO dan usaha untuk undi tidak percaya di Parlimen dan Perhimpunan Agung tidak berdaya dilakukan.

Beliau tetap berdegil dan berkeras hati dalam jawapan terkininya di blog....

1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

2. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

3. Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

4.  Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

5. Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.

6. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

7. Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

8. Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

9. Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

10. Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Hmmm ... yang kata Dato Najib macam-macam itu seolah-olah tidak salahguna kuasa atau menyebabkkan kegagalan projek atau pembaziran atau amal "cash is king" atau malukan negara bila dilaporkan sebagai perasuah oleh akhbar asing? 

Hanya malas nak dedahkan masa yang lepas. Hanya membuka pekung dada kita semua. Di Kuala Kangsar ada pameran jet Skyhawak TUDM lama di tepi pasar yang mengingatkan kita pada sesuatu yang berlaku di masa lepas. Itu pun Tun M masih cuba nak mainkan isu Sirul.
Sudah lebih setahun masih menunggu bukti yang konon ada dalam tangan Tun M yang pentaksub yakin benar dia sentiasa ada bukti.

Sebenarnya jawapan balas Tun M itu tidak sempurna. Ada lagi yang mahu diluahkan. Rakan-rakan Husin ada tambahkan lagi jawapan untuk Tun M:
11. Saya akan teruskan dengan apa cara sekalipun selagi masa harapan politik boboi tersayang tidak terjamin.

12.   Maruah dan kepentingan kroni akan musnah jika program 1MDB dan polisi yang cina tidak suka diteruskan. Kini rakyat Malaysia yang dahulu ingat bermaruah dan hebat tetapi sudah rasa mereka tertipu selama lebih dari 30 tahun.

13.   Saya tetap berjuang kerana saya sudah lambung Dato Najib dengan isu 1MDB hingga ke luar negara dan bersekongkol dengan Yahudi Nasrani untuk halalkan tindak-tanduk saya menggunakan 1MDB sebagai alasan jatuhkan satu lagi Perdana Menteri.

14.   Saya tidak peduli dikritik asal jangan tanya saya pasal Muhyiddin.
Tertanya kenapa bersungguh benar jurucakap Tun M, yang dahulunya diupah panggil Anwar sebagai Al Juburi ketika dia Perdana Menteri, pertahankannya.

Wow! Tidak untung jual orang degil

7 ulasan:

  1. Pentaksub Mahathir perfect human2:05 PTG

    16. Saya perlu berjuang supaya tertubuhnya Council of Elders yang akan dianggotai oleh suami Siti Hasmah, bapa Boboi, bekas Pengerusi Petronas yang bantu Mokhzani, dedikasi Mirzan, dan daddy Marina.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2:26 PTG

    SESAT DIHUJUNG PERJUANGAN!!!!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2:27 PTG

    Assalam Bro,kamu menghina dan memperlekeh Tun M tetapi Tun M tak pernah pun menghina kamu.Ingatlah Allah Maha Mengetahui........

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama2:53 PTG

    Tanpa 2:27

    Low class lah public figure untuk komen pasal Husin Lempoyang. Allah maha mengetahui niat sebenar dan pembohongannya yang tidak henti2.

    BalasPadam
  5. Tanpa nMa 2.27
    Sudah2 la.. terima la hakikat.. chedet dah jauh hanyut dengan nafsu sendiri..
    Kita islam dah hujung2 lebih sesuai amal ibadat.. tapi di masih nk jadi hero.. dah la.. che det sebagai ketua dah jauh sesat dan belot.. sy kecewa dgn mentor sy yg sgt hipokrit..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4:02 PTG

    Pro najib sorak gembira dgn kemenangan prk.
    Tp adakah prk penghabisan sebuah kisah?
    Jgn jdk pelanduk yg terlupa

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10:27 PTG

    Saya masih percayakan tun m..

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.