Nombor 1 Bersatu boleh dipendikkan menjadi NO1.
Sebaik sahaja PPBM diluluskan pendaftaran, tertunggu-tunggu bila pula 10% yang konon akan keluar dari UMNO untuk sertai parti baru itu.
Setakat 2 orang pemimpin has been di dua bahagian UMNO Johor tiada impak. Mereka merupakan pengikut setia Muhyiddin dan balas budi masa lepas dapat jadi wakil rakyat serta dapat pencen sampai hari ini.
Di satu majlis ceramah di Seremban baru-baru, ada majlis penyerahan borang permohonan keahlian yang diumum sebanyak seribu dua borang. Jika bukan tipu macam petisyen Deklarasi Rakyat, pernah GKCM umum seramai itu sedia keluar UMNO. Mana lagi?
Umum keluar masuk parti hanya trick politik biasa setiap kali ada pilihanraya kecil atau besar dan pelancaran gerakan politik baru.
Yang mahu dilihat adalah nama pemimpin besar seperti ahli jemaah kabinet yang sedia letak jawatan untuk sertai parti baru Mahathir.
Ketika Tengku Razaleigh dulu, kurang dari separuh ahli kabinet UMNO dan ketua-ketua di peringkat Bahagian keluar sertai Semangat 46.
Ada pemimpin politik tertentu masih tidak lagi umum sertai PPBM. Husam Musa hanya sertai PAN, tidak pun PPBM.
Syukurlah ada seorang Naib Ketua Bahagian Kota Raja umum keluar.
Rupanya sensitif pemimpin politik hingga sedia keluar parti bila dicabar.
Kehilangan Hamidi seolah-olah suatu kehilangan besar buat UMNO Kota Raja hingga ada warkah terbuka merintih pemergiannya:
WARKAH TERBUKA UNTUK AHLI-AHLI UMNO DAN KETUA BAHAGIAN KOTA RAJAHari ini tanggal 18.09.2016 adalah hari yang amat malang bagi ahli-ahli Umno Bahagian Kota Raja kerana kita semua kehilangan seorang pemimpin yang berkarisma dan berwawasan jauh, iaitu Saudara Hamidi Abu Bakar.Semua ahli-ahli Umno Kota Raja sedar dan tahu siapa Hamidi. Beliaulah panglima yang tidak didendang. PRU 2008 kita semua kehilangan kesemua kerusi DUN dan Parlimen. Bertitik tolak dari situ , saudara Hamidi orang yang bekerja siang malam, berkorban masa dan wang ringgit bagi memastikan BN Kota Raja dapat menawan kembali kesemua kerusi.Hasil kerja kuat dan percaturan beliau, maka pada PRU 2013, kita semua dapat menawan kembali kesemua kerusi dalam Kota Raja. Bukan setakat dapat menawan, malah menang dengan bergaya sehingga calon PKR Sri Andalas kehilangan wang deposit pilihanraya. Dr Mariah yang bercita-cita menjadi ahli parlimen penggal kedua juga tidak kesampaian apabila tewas di Parlimen Kota Raja. Suhaimi pula menamatkan karier politiknya dengan tewas di Dun Sri Muda.Kehebatan saudara Hamidi bukan saja terserlah di Kota Raja, malah turut terserlah di peringkat pusat. Dalam Pemilihan Umno 2013 beliaulah orang yang menjadi kepala perang kepada Mukhriz Tun Mahathir untuk merebut jawatan Naib Presiden. Dimana keputusannya menyaksikan Mukhriz berjaya menang sebagai Naib Presiden nombor satu mengalahkan Datuk Seri Zahid Hamidi.Sesungguhnya kehilangan beliau adalah satu kerugian besar kepada Kota Raja. Kehebatan, kesungguhan dan ketekunan beliau bekerja tiada tolok banding. Tiada kata-kata yang boleh diungkapkan untuk menggambarkan kehebatan saudara Hamidi. Mungkin ianya kurang sedikit dari kehebatan Pemuda Bani Tamim yang memegang panji-panji Al Mahadi yang akan datang dari sebelah timur nanti.Sesungguhnya kehilangan saudara Hamidi akan mengesahkan BN Kota Raja kehilangan kesemua kerusi dalam PRU akan datang.Oleh yang demikian, dicadangkan agar Datuk Ketua Bahagian Kota Raja menyampaikan kepada Lembaga Disiplin Umno supaya MERAYU kepada saudara Hamidi agar kembali kepada Umno dengan segera. Dan dalam masa yang sama mencadangkan agar Nazri Aziz dipecat dari Umno dan tempatnya sebagai anggota MT Umno (lantikan) diberikan kepada saudara Hamidi.SekianTerima KasihRomeo Bin Juliat
Ahli Umno Akar Umbi Kota Raja
Budaya Melayu tinggi tamaddun, penuh sopan santun dan budi pekerti, tidak suka mudah marah dan bercakap terus terang hingga menyakitkan hati. Caranya adalah dengan bersindir dan bahasa tersirat.
Lalu mereka bersindir.
Bila agaknya yang dikatakan ramai akan lari keluar UMNO berduyun-duyun untuk masuk PPBM.
Janganlah sampai NO1 means No One...
MO1 memang sudah dikatakan Rahman Dahlan adalah Najib.
Alasan Rahman adalah Najib tidak disiasat dan dibicarakan walaupun disebut berkali-kali dalam dokumen permohonan DOJ kepada mahkamah California, Amerika Syarikat.
Ramai pasti susah mahu terima kenyataan dan akan marah serta maki hamun dan label melabel pada mereka yang berpandangan berbeza atau berhati-hati tentang 1MDB.
Mereka seolah-olah mendalam pemahaman tentang 1MDB tetapi hanya mengulang tajuk berita dari kenyataan Mahathir dan media anti Najib.
Yang layak menghukum masih mahkamah. Selagi seseorang itu tidak disabit mahkamah, tiada siapa boleh dipersalahkan atau dihukum.
Dakwaan di mahkamah pun perlu dibuktikan dan dihujah dahulu sebelum diterima pakai. Ini pula lain orang yang harta mahu dibekukan mahkamah tapi lain orang dipersalahkan.
Mana tahu masih ada maklumat dan hujah lain yang tidak diketahui ramai. Mungkin Husin tahu sesuatu yang kamu semua tidak tahu lagi ...
Tambah lagi, keputusan dan persetujuan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan kesediaannya menjadi pemenerima derma sebagai Trustee belum ada sahih ada kesalahan bawah mana-mana undang-undang.
Malahan didakwa pun belum. Komplot beberapa orang nak kenakan dia pun terdedah. Tidak lojik boleh ada kertas dakwaan sedangkan baru siasat.
Jika betul salah, biar dia berhadapan dengan tangan undang-undang. Kena mengenakan orang itu salah dan tidak membuktikan seseorang melakukan kesalahan.
Maka jika Najib not the one, jangan marah.
Wow! Nanti kena jual
Mengikut gempaq gkcm di facebook berikut, puh ... sebulan dua ni 350,000 ke 500,000 akam lompat ke ppbm:
BalasPadamhttps://m.facebook.com/GKCMBKB/posts/528915743983987:0
Baik2 ko husin
Mmg xakan masuk mahkamah dibicarakan jika peguam negata dilantik org yg bakal kena tuduh.
BalasPadamIni cerita putar belit mudah.
Musang berjanggot mungkin husin dh pernah tgk lebih dari sekali.
Para mufti ulama mana pun xkn jmp asas jika siasatan diganggu, hasil siasatan dibekukan.
Para mufti ulamak harus bertindak lebih bijak. Kalau siasatan xdiganggu itu siasatan dari luar.
Tp malangnya nnt dituduh bersekongkol dgn kuasa asing. Melayu ingin dijajah dan pelbagai lg alasan boombastic diberikan.
Teringat kuasa lokal pakai baju pink bermain golf dgn kuasa asing di hawaii semasa pantai timur dilanda banjir besar. Selepas dikritik beliau pulang dgn pesawat tentera manakala jet kerajaan digunakan isteri tercinta utk sambung shopping spree di amerika plk..
P/s: husin mesti kata ini fitnah kerana xdisiarkan di tv3
Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim di Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya, Dr Mahathir bertolak ke London. Oleh kerana tidak ada pesawat peribadi untuk digunakan, beliau terbang dengan pesawat perdagangan biasa. Ada yg mencadangkan beberapa syarikat penerbangan exclusive, tetapi Dr Mahathir bertegas tetap mahu terbang dengan MAS, kepunyayaan anak bangsa sendiri. Bayangkan seorang tua berusia 91 tahun berkongsi pesawat (Airbus A380) dengan 500 penumpang lain untuk penerbangan 13 jam.
BalasPadamAdakah ini menunjukkan Tun Mahathir dah nyanyuk walau dah dimamah usia 91 tahun? Bukankah itu membuktikan beliau masih gigih, sihat, cergas, cerdas, punya harga diri, mengutamakan (sykt penerbangan MAS) bangsa sendiri? Najib & Rosmah sebaliknya, guna jet mewah kerajaan hanya untuk urusan peribadi (percutian shopping sakan, main golf dgn Obama, urusan pertunangan/perkahwinan & hanya semata-mata untuk Rosmah ambil segulung kertas penghargaan di Turki). Fikir2lah & nak cari makan agak2 lah Hussin...!!
ps: Ketika kecil sering minum lempoyang untuk mencegah cacing dalam perut. Petua orang Jawa.
BILA PECAH TEMBELANG , TEMBERANG PUN TERBUKA-KANGKANG
BalasPadamKENYATAAN PALSU NAJIB BAGAI SEJARAH PENIPUAN BERULANG:
Sejak lewat petang semalam telah tersiar berita di media dan portal dalam talian mengenai kenyataan Najib Razak berhubung pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertuan Agong berkaitan Deklarasi Rakyat. Dalam kenyataan media itu, Najib memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong hanya mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi tidak boleh mencampurinya. Ini kerana, menurut Najib, deklarasi yang diusahakan itu tidak mengikut Perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya dilakukan menurut amalan lazim iaitu sama ada melalui Parlimen atau sistem pilihanraya yang melibatkan rakyat.
Membaca berita yang tersiar itu, ramai yang tertanya-tanya, mengapa Najib sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang berkaitan usaha untuk menyingkirkannya? Dahlah tu, tak ada tangan Najib pulak tu...!!
Apakah perlu Kenyataan Najib memandang pertemuan 4 mata melibatkan Tun Mahathir dgn Baginda Yg Di pertuan Agong, kenapa Najib menyibuk? Najib seolah-olah takut dgn bayang2 yg saban hari menghantuinya hingga menggelupur macam cacing kepanasan? Najib jelas kelihatan terdesak dan amat terganggu dengan pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu.
Saya juga turut sangsi perihal fakta dalam kenyataan media itu, antaranya:-
- Dalam perenggan pertama, PPBM disebut sebagai Parti Pribumi Perkasa Malaysia sedangkan namanya yang betul ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pribumi Perkasa adalah NGO milik Ibrahim Ali.
- pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong dikatakan berlangsung di Istana Bukit Malut, Langkawi walhal yang diberitakan sebelum ini ia berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
- jawatan sebenar Tun Mahathir ialah Pengerusi dan bukan Penasihat PPBM.
- dalam perenggan ketiga PPBM bertukar menjadi PBBM.
Benarkah ia surat asli yang dikeluarkan oleh Najib?
Jika ia benar, mengapa berlaku kesilapan-kesilapan fakta yang besar seperti itu?
Bukankah ia sesuatu yang memalukan Najib dan Pejabat Perdana Menteri atau PMO? Agak mengejutkan juga, di laman facebook dan twitter milik Najib langsung tidak ditemui berita dan hebahan surat mengenai perkara itu. Mengikut kebiasaan dan amalam lazim, Najib sudah tentu suka memuatkan kenyataan media seperti itu kerana ia adalah kenyataannya sendiri, lebih-lebih lagi juga merupakan kesempatan untuk merendah-rendahkan perjuangan Tun Mahathir dan PPBM.
Kiranya ia benar, amatlah malang kerana baru beberapa hari lalu Rosmah Mansor dimalukan dengan berita penarikan gelaran "Lead by Example" oleh Unesco, sekarang Najib pula diaibkan oleh kenyataan yang disediakan oleh PMO sendiri.
Alamat Najib bakal menerima Malu lagi selepas Anugerah untuk Rosmah tak jadi. Apa nak jadi, orang kampung semua dah tahu. Cash is King bakal menerima padah kena bayar cash didunia lagi....!!!
Hei orang di atas nun...
BalasPadamUNESCO dah minta maaf
Rosmah tolak
Ini lah contoh BANGANG percayai kelentong orang luar dari sendiri
Penjilat Kahak no 1 dan pemberi dedak pada Mat Salleh pun kena kelentong
Saman bangang pun kena reject,,,no merit...Najib tidak sebodoh yg difikir sebab tidak saman ASWJ...Kalau malu macam 2 ekor berok tu
Perkataan y sesuai untuk semua ini..PADAN MUKA
Ceraman di London....kena comment...anti climax...no new stories...recyled kisah lama
Cronies...sudah cabut....ingat dapat lagi bantuan.tapi elek
Bukan tunjuk loyal pada MAS yg masa dia MAS bangkrap,tapi tak ada flight lain lagi,appointment date dah suntuk...harap private....hancus...LOL,,,tak payah spin la....