Rabu, November 09, 2016

Hillary kalah sebab proses pilihanraya tipu - Ambiga


DAMANSARA: Hillary Clinton dijangka kalah disebabkan penipuan ("rigged") proses pilihanraya pemilihan President Amerika.

Demikian saranan pemimpin Bersih dan rakan karib Clinton ketika ditanya dalam satu majlis di pejabat rahsia Open Society Foundation.

"Bersih akan membuka cawangan Amerika Syarikat di Washington untuk perjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih," kata Ambiga.

"Tidak lojik Donald Trump yang tiada pengalaman, berbahasa kurang sopan dan suka mencekut anak kuching untuk menang pemilihan President."

Keputusan rasmi  belum keluar lagi tetapi kekalahan Clinton sudah dijangka ekoran kekalahan pada Trump di Florida, Carolina Utara dan Ohio.

Tambah Ambiga, "Jika Trump diumumkan menang, Bersih akan anjurkan demonstrasi 1111 pada November 11 dan siri himpunan Bersih versi Amerika."

Pasaran saham dan jatuh ekoran jangkaan Trump bakal menduduki Rumah Putih.

Manakala, kontraktor sedang berkumpul di ibu pejabat kempen Trump di Menara Trump di New York untuk mengemukakan cadangan pembinaan "wall" di sempadan Mexico. - Agensi Husin Lempoyang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trol tidak disiarkan.