Jumaat, Disember 30, 2016

Ada orang Bagan Datoh tidak setuju nama baru


Satu lagi berita baik buat orang Bagan Datoh.

Pada bulan Januari 2016, Bagan Datoh diumumkan sebagai daerah kecil setelah diperkenan Sultan Perak dan dipersetujui Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada Jun 15hb 2016, Bagan Datoh dipertingkatkan menjadi daerah penuh dan tidak lagi sebahagian dari Hilir Perak (Telok Intan).

Mulai Januari 9hb, Sultan Perak telah umumkan Bagan Datoh ditukar ejaan menjadi Bagan Datok seperti yang sering disebut.

Selasa, Disember 27, 2016

Alasan Anina mengingatkan Bill Clinton


Anina Saadudin telah dipecat dari jawatan Ketua Serikandi PPBM kerena menurut kata-katanya sendiri "skandal mesej seks bodoh".  Jika bodoh, kenapa pula dipecat?

Tidak tahu siapa yang bodoh, parti atau mesej?

Kenyataan 'kesilapan teknikal' pula merujuk kepada ikrar yang diambil Anina untuk menjawat Ketua Srikandi PPBM. [Baca di AIDC dan mStar.]

Sebut 'kesilapan teknikal' mengingatkan skandal Bill Clinton.

Sabtu, Disember 24, 2016

Mahathir sakit jantong?


Pada January 1989, Tun Dr Mahathir melalui pembedahan jantung pertama. Pembedahan kedua pada tahun 2007.

Ianya berjalan baik dan Alhamdulillah, beliau beransur pulih.

Ketika itu, dia Perdana Menteri maka kesan besar terhadap kepimpinan negara.

Setiap kali dia ke hospital disebelah pagi untuk pemeriksaan lanjutan, pasaran saham jatuh.

Selesai temujanji perubatan, pasaran saham naik balik waktu tengahhari.

Chong, seorang pelabur asyik beli ketika jatuh dan jual bila naik balik. Rakan-rakan bertanya kenapa dia berani buat begitu. Jika apa-apa berlaku pada Mahathir, rugi kelak.

Chong tanya balik kawan-kawanya, "Mahathir got a heart ah?"


Soalan yang releven buat sekarang.



Entahlah, "Mahathir got malu ka?"

Wow! Ramai orang sanggup kena jual

Jumaat, Disember 23, 2016

TPM tetap Bangsa Johor?


Tajuk lain, gambar orang lain.

Boleh disalah sangka. Maklumlah perlu baiki 'rating'.

Hal perniagaan pun perlu ambilkira.

Wow! Jual unta terjual orang

Khamis, Disember 22, 2016

Tak naik salah, Naik salah


Tidak! Tidak!

Ini bukan hal bondo alah tu. Bukan ....

Lotak tajuk gitu, naikkan gamba gini, mulolah pikir yang bukan-bukan.


Ni cito pasal gotah.

Bukan jugo gotah untuk sampul bondo tu. Ni cito pasal hargo gotah.

Rabu, Disember 21, 2016

Air tak ada


Kebetulan...

Johor ada Air Hitam, Air Manis, dan Air Baloi.
Pulau Pinang pun ada Air Itam
Perak ada Air Tawar dan Air Kuning
Negeri Sembilan ada Air Kuning Selatan
Melaka pula ada Air Keroh dan Air Molek
Kedah ada Air Hangat dan Air Puteh
Kelantan tiap-tiap tahun Air Bah
Selangor nampaknya ....

Isnin, Disember 19, 2016

Mesti Tun kata IMF makan dedak


Menurut laporan berita, IMF kata Malaysia akan terus berkembang pada kadar 4.5% untuk 2017. Malaysia berjaya mengimbangi kemerosotan permintaan untuk komoditi dan kejatuhan harga minyak. Polisi kewangan yang ada sesuai dengan keadaan ekonomi yang ada.


Risiko pada Malaysia adalah tekanan kewangan pada pasaran global. Pertumbuhan boleh terjejas dengan keadaan permintaan komoditi lemah dan kurang pelaburan sektor private.

Malaysia masih perlu teruskan reformasi struktur yang sedang dilakukan untuk menjamin pertumbuhan jangkamasa panjang.

Anwar melalak reformasi. Mahathir menantang tapi sudah sertai reformasi. Sebenarnya Najib yang jayakan reformasi. 

Menurut Pasukan Komunikasi BN, ekonomi Malaysia yang diunjurkantumbuh pada 4.5% oleeh IMF adalah lebih stabil dari Singapura. Ekonomi mereka diunjurkan mengecut sebanyak 1.5%.

Wow! Pasti Tun kata IMF makan dedak

Ahad, Disember 18, 2016

Lupa ke kita masih ada


Walaupun tidak disebut, ia tidak merisaukan. Itu hanya nak lambung untuk dapatkan reaksi. Akhirnya, akan flip flop.

Jumaat, Disember 16, 2016

Ada 'court' sedia bebaskan sanggup diusaha


Penyokong meminta Anwar jangan menyerah kalah.

Ada antara mereka menolak cadangan beberapa peguam untuk memohon pengampunan. Ia seolah-olah pengakuan bersalah kerana Anwar mesti menunjukkan penyesalan.

Rabu, Disember 14, 2016

Pasti mahkamah tidak adil


Mahkamah telah tolak permohonan Anwar kepada Mahkamah Rayuan untuk melepaskannya dari hukuman 5 tahun dalam penjara. Bukti yang dikemukakan Saiful Bahri adalah betul.

Dengan penolakkan ini, ditolak 35 hujah yang dikemukakan termasuk alasan-alasan Setiausaha Akbar segera membuat kenyataan dan Pendakwa Tan Sri Shafie Abdullah membuat ceramah merata tempat sebagai hujah dia tidak bersalah.

Sebagaimana lumrah Pakatan, tidak kira PR atau PH, bila mereka kalah mahkamah tidak adil, tetapi bila mereka menang mahkamah adil.

Yang kesian sekali adalah ...

Isnin, Disember 12, 2016

Mendahului Allah


Allah Taala berfirman dalam Surah Yunus ayat 99-100 yang bermaksud:
"Dan jikalau Rabb-mu mengkehendaki, tentulah semua orang di muka bumi seluruhnya beriman. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya. Dan tidak ada seorang pun yang akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal.

Huraian di SINI.

Jumaat, Disember 09, 2016

Kesian, dia teringin


Lihat siapa yang menjenguk dari tingkap belakang Agong baru.

Syed Saddiq sudah merayu meminta mana-mana VVIP untuk sedia berikan kerusi untuk membolehkan orang tua itu hadhir.

Dato Azmin Ali tidak biasa beri kerusi kerana dalam partinya yang AGM berbaling kerusi, cara mereka beri kerusi berlainan makna.

Tidak dapat dia hadhir.

Selasa, Disember 06, 2016

Apa Mufti gila "glamour" nak kata sekarang?


Dulu Wahabi ni juga kata kerajaan zalim kerana perkenalkan GST.

Kerajaan Islam pun ada pekenakan cukai untuk biayai urusan negara dan kebajikan rakyat.