Mahkamah telah tolak permohonan Anwar kepada Mahkamah Rayuan untuk melepaskannya dari hukuman 5 tahun dalam penjara. Bukti yang dikemukakan Saiful Bahri adalah betul.
Dengan penolakkan ini, ditolak 35 hujah yang dikemukakan termasuk alasan-alasan Setiausaha Akbar segera membuat kenyataan dan Pendakwa Tan Sri Shafie Abdullah membuat ceramah merata tempat sebagai hujah dia tidak bersalah.
Sebagaimana lumrah Pakatan, tidak kira PR atau PH, bila mereka kalah mahkamah tidak adil, tetapi bila mereka menang mahkamah adil.
Yang kesian sekali adalah ...
... mereka yang tidak malu menuntut Anwar dibebaskan sedangkan antara mereka terlibat mahu penjarakan Anwar dalam kes pertama dan bersungguh-sungguh mahu Najib campurtangan untuk segerakan Anwar dipenjara bagi kes kedua.Sebaik Anwar dipenjara, antara mereka yang mula bersuara menuntut Najib turun. Bila sudah tidak berjaya jatuhkan melalui UMNO dan Parlimen, keluar partti, sembah Anwar di mahkamah dan kini tuntut Anwar dibebaskan.
Nampaknya, peluang telah cerah kembali untuk seseorang itu berangan untuk anaknya menjadi Perdana Menteri.
Yang menjadikan Husin hairan bin takjub, kenapa pula tidak masuk PH semalam? Adakah mengharapkan sesuatu dari PAS? Adakah takut dengan kata dua dari PAS?
Jika hanya "kerjasama" dengan PH dan mahu bersama PAS, apa mereka boleh tawarkan kepada PAS untuk dapat kerusi untuk bertanding?
Ahli? Jentera pilihanraya? Wang? Kepandaian? Calun pasti menang? Engineer? Akauntan? Lawyer? Setakat ahli muzik ....
Wow! Boboi si boboi .... alah sayang
Dah beberapa hari ni..aneh hairan takjub juga ni..macai ph takde ceramah kat sini...hihihi..
BalasPadam