Khamis, Februari 23, 2017

Kerusi kantin Parlimen tidak boleh kira


Husin terbaca rencana Utusan Malaysia hari ini yang menegur MCA dan Gerakan supaya berhenti bersikap malu dan segan.

Selalunya orang Melayu yang sering dipetkatakan bersifat malu dan segan. Kali ini, parti Cina dan majoriti Cina dalam BN pulak yang malu dan segan.

Namun Husin bangga dengan seorang pemimpin kaum Cina Pulau Pinang dari parti Cinta Malaysia, Dato Huan Cheng Guan.

Dia tidak malu dan segan dengan parti kecilnya untuk bersuara untuk jaga kepentingan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri asal tempat lahirnya.

Layak sangat dilantik Senator wakili BN dan jika boleh ambilalih Pulau Pinang, jangan malu dan segan lantiknya Ketua Menteri.

Malu dan segan pula nak kata tapi perlu perbetulkan Utusan Malaysia tentang gambarajah berikut:


Hanya kerusi dalam Dewan Rakyat sahaja yang boleh dikira. Kerusi di kantin, bilik minum, bilik mesyuarat dan pejabat tidak dipilih melalui pilihanraya.

Biasalah manusia buat kesilapan. Esuk pasti Utusan tidak malu dan segan untuk perbetulkan.


Sama dengan kesilapan tulisan penulis kolum di The Mole di  SINI.

Malu dan segan untuk beritahu bahawa krisis matawang berlaku pada tahun 1997 dan bukan 1999.

Ini bermakna negara hadapi krisis matawang empat tahun lepas Bank Negara tidak malu dan segan umum rugi berjudi forex RM5.7 billion pada tahun 1993 dan sepatutnya malu dan segan dengan jumlah rugi yang mungkin mencecah US$14 billion.

Ratusan billion ringgit aset susut nilai. Ahli perniagaan, dan korporat rugi perniagaan hingga ada yang terlelong dan bankrup. Rakyat jatuh susah, hilang pekerjaan dan tak mampu bayar hutang kereta dan rumah.

Patut rasa malu dan segan untuk persalahkan Soros yang hanya mengambil peluang dari yang sesuatu yang disembunyi.

Sepatutnya mamak yang menjudikan duit rakyat hingga negara hampir tergadai tahu rasa malu dan segan untuk terima jawatan tinggi dan pangkat hingga bergelar Tan Sri.

Mamak mana yang arah dan benarkan wang negara diperjudikan patut paling malu dan segan besar untuk berdiam sepi dan orang lain dipersalahkan.

Grrrr!!!! Jangan dilengahkan RCI forex

2 ulasan:

  1. kami kongsikan idea kami... harap husin boleh upgrade bg menarik lagi hehehehe... tq

    http://idealismalaysia.blogspot.my/2017/02/mahathir-mohamed-hadir-kasi-gegar-otai.html

    "Kasihkan Negara JUal-JUalkan... Sayang BOBOI jadikan PeeeYEmm"

    "Melentur BOBOI biar jadi PeeYEmm"

    "Negara dipangku dilepaskan... BOBOI di KL jadikan PeeYEmm"

    "Biar mati JUAL Negara jangan BOBOI tk jadi PeeYEmm"

    "Bagaimana KARALA begitulah BOBOI nya"

    "Kemana tumpahnya BOBOI kalau tak jadi PeeYEmm"

    "Karala mengajar BOBOI berjalan menjadi PeeYEmm"

    "Malu jika anak karala si BOBOI menjadi anak kambing"

    "Pukul BOBOI sindir rakyat soh sokong jadi PeeYEmm"

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1:33 PTG

    Alahai..
    Menjadi kpi ke ruangan komen haruslah membenarkan setiap tindakan org itu

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.