Khamis, Februari 09, 2017

Lee Kuan Yew menghantui Che Det dari kubur


Singapura telah umumkan Halimah Yaacob sebagai President baru.

Pasti ini akan menguatkan hujah untuk Pakatan Harapan melantik Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai bakal Perdana Menteri sebaik mereka kalahkan Barisan Nasional.

Tidak tahu, tercapai di pilihanraya ke 14 atau seterusnya. Tarikh PRU 14 pun tidak tahu lagi.

Jika Singapura boleh lantik seorang wanita, Melayu Muslim dan memakai tudung, apa salahnya Wan Azizah dilantik PM Malaysia?

Buat masa ini, pembangkang masih kekosongan calun untuk dikedepankan untuk jadi PM jika mereka menang.

PAS mahukan Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Puak yang tidak setuju sudah pun tinggalkan PAS.

Secara rasmi, PKR pasti setuju dengan gagasan ini.

Cuma tidak rasmi ada seorang jantan yang telah banyak korbankan budi dan "body" untuk suami Kak Wan mungkin bercita-cita sama dan mahu langgar Presiden.

DAP pernah kemukakan Kak Wan sebagai bakal PM. Mereka yang perjuangkan Kak Wan sebagai Ketua Pembangkang.

Alasan mereka sebab dia tidak ada isu dan tidak kontroversi. Tetapi alasan sebenar sebab dia blur dan mudah dicontrol.

Mereka sudah akui tidak realistik untuk Cina jadi PM. Mestilah beri pada kaum Melayu majoriti.

Cuma TPM kasilah sama DAP.

PAN tidak payah tanya. Lawak besar untuk cadangkan Mat Sabu sebagai PM. Husam pun ketawa besar.

Mereka senang. Apa DAP suruh mereka patuh. Cuci itu muka Mat! Dengan Clorox, Mat Sabu sental dengan berus periuk.

Buat masa ini, tidak boleh sebut lagi DAP dan PPBM ada perjanjian rahsia antara Lim Kit Siang dan Che Det untuk naikkan Mukhriz jadi PM dan Kit Siang TPM.

Nanti kena saman dengan Mukhriz. Namun, ramai percaya Che Det mahukan Mukhriz sebagai PM.

Itu pasal dia lambung nama Muhyiddin siang-siang untuk kasi Pakatan Harapan smash habis. Tunggu masa dia akan smash Muhyiddin sampai pencen untuk "boboi" jadi Presiden.

Sekarang Che Det dan Kit Siang sudah kata secara terbuka kita hanya seberang jambatan bila sampai.

Dalam kata lain, dua-dua orang tua ini ada rancangan dan sandiwara masing-masing bila masa sampai untuk capai hajat masing-masing.

Perkembangan di Singapura ini sudah kacau rancangan mereka.

Wanita, Melayu Muslim dan pemakai tudung pasti akan menuntut. Kak Wan pasti bersemangat. Azmin belum sampai masa dan yakin untuk bertindak.

Che Det pasti marah pada Singapura yang sudah kacau daun.

Walaupun sudah meninggal dunia, ini mesti arahan atau wasiat Lee Kuan Yew. Sudah mati pun, Lee Kuan Yew masih terus menghantuinya dari kubur untuk menghalang rancangannya.

Adakah Che Det akan terus dengan dengkinya terhadap Singapura untuk berdendam dengan Lee Kuan Yew?

Atau Che Det akan U Tun untuk turut menyertai bersama Lee Kuan Yew?

Wow! Perseteruan hingga ke alam barzakh


5 ulasan:

  1. Tanpa Nama2:18 PTG

    Biasanya maha det akan kutuk spore guna hujah berikut:

    http://www.theonlinecitizen.com/2016/08/24/pap-is-playing-the-racial-cards-again-with-presidential-election/

    Sekarang dah minta nyawa dgn kit siang sebelum najib hapuskan kekayaan kroni dan keluarga satu persatu.

    Tak lagi rasis tapi mahu jadi populis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8:08 PTG

      Bukan dl dia pernah kata suatu hari nnt xmustahil melayu jdk pm?

      Presiden pertama singapura juga bukan cina.

      Kuasa presiden xsebesar perdana menteri.

      Come on.. jgn terima tulisan husin bulat2.
      Bnyk putar alam juga

      Padam
  2. Tanpa Nama5:59 PTG

    Sin ko ni cuma layak jual beli unta dan kencing unta aje, hal politik ni baik ko tak usah campur pasal nampak bodoh sangat setiap kali ko cakap hal politik.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9:45 PTG

    Ucapan TAHNIAH kepada Puan HALIMAH YAACOB di atas kejayaannya
    sebagai seorang WANITA MELAYU Berjaya menjawat jawatan tertinggi
    di SINGAPURA, sebagai SPEAKER PARLIMEN dna mungkin akan jadi
    PRESIDEN WANITA PERTAMA DI ASIA!!!!.
    Dengan ini terbuktilah MELAYU TIDAK TERPINGGIR DI SINGAPURA.
    Bahkan Melayu tidak akan terpinggir kalau da self respect
    dan sanggup berjuang dan berusaha. Boleh Berjaya di mana-
    mana sahaja mereka berada.
    Jadi jangan takut kepada DAP.
    Kita boleh bekerja sama dengan sesiapa pun, selagi tidak
    mengamalkan KORAPSI melampau sehingga membebani kehidupan
    rakyat jelata.
    Hidup TUN MAHADIR!
    HIDUP BERSATU!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Takpa, asalkan bumi Malaysia bebas dengan rasuah. Tak kisah sapa PM asalkan orang bukan Islam tahu yang Al Quran mengharamkan juga rasuah. Bukan hanya daging khinzir yang haram. Walaupun tak baca Al Quran, mereka tahu Al Quran mengharamkan orang Islam memakan daging khinzir sebab amalan orang Islam yang begitu benci dengan binatang ini. Sebaliknya, mereka tidak tahu yang Al Quran itu mengharamkan rasuah kerana boleh dikatakan semua perlakunya adalah orang Islam dari sebesar-besarnya sampailah sekecil-kecilnya. Pendek kata, mereka mungkin mengangap yang Al Quran mengalakkan rasuah kerana rasuah sudah menjadi amalan orang Islam di Malaysia ini. Tidak seperti khinzir...

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.