Malaysiakini melaporkan satu sidang akhbar di Parlimen semalam dimana DAP mencadangkan agar satu pasukan "misi perdamaian" Parlimen di wujudkan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan.
Pasukan tersebut terdiri dari wakil-wakil ahli Parlimen dari BN dan pembangkang
Ia merupakan satu sikap yang baik untuk bersatu ketika negara sedang berhadapan krisis antarabangsa dan rakyat Malaysia terancam. Tidaklah seperti sikap yang ditunjukkan sesetengah pihak ketika Lahad Datu diserang terroris kaum kerabat Shafie Apdal.
Malah ia tidak seharusnya terbatas kepada ahli-ahli Parlimen tetapi ahli-ahlli politik dan negarawan.
Sebaiknya misi ini dipimpin oleh YB Lim Kit Siang sendiri kerana pasti ada keserasian antara keluarga dinasti Kit Siang dan keluarga dinasti Kim Il Sung yang mana Ketua Negara Korea Utara sekarang Kim Jong-un adalah cucunya.
Maka Lim Guan Eng wajib turut serta dalam pertemuan keluarga ini.
Rombongan ini patut disertai oleh Presiden PAN, Mat Sabu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Timbalannya Dato Azmin Ali.
Kerajaan Malaysia harus beri kebenaran kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk turut serta.
Jika kesihatan mengizinkan, Tun Dr Mahathir patut disediakan satu jet peribadi untuk terbang ke Pyongyang. Sebagai negarawan dan bekas Perdana Menteri, diharapkan Kim Jung-un akan terasa segan.
Suatu masa Mahathir berupaya bertemu George Bush di Washington walaupun Amerika menyokong reformasi. Tan Sri Vincent Tan bayarkan pelobi Yahudi, Jack Abram untuk aturkan pertemuan.
Ketika mengetuai kerajaan, setiap tahun kerajaan-kerajaan dunia ketiga dan miskin dari Afrika, Amerika Selatan dan Asia datang dengan tambang berbayar untuk mengunjungi Langkawi dan memujinya
Masa Mahathir lah Malaysia jadi pendamai antara Korea Utara dan Amerika Syarikat hingga "terhenti serta merta" program nuklear Korea Utara. Ekoran itu, Malaysia benarkan rakyat Korea Utara lawat Malaysia tanpa visa.
Sepatutnya pihak BN disertai oleh Dato Najib dan Dato Anifah Aman, tetapi tidak sesuai kerana akan menaikkan lagi kemarahan kerajaan Korea Utara. Hanya wakilkan saja Dato Reezal Merican dan Dato Jamal Yunos.
Reezal sesuai menjadi jurucakap rasmi sebab dia suka bercakap dan kelihatan berada bersama misi bantuan untuk Rohingya. Sesuatu yang tidak dilakukan oleh seorang pegawai Wisma Putera.
Namun, cadangan DAP ini boleh berhadapan suatu masaalah. Korea Utara boleh enggan membenarkan mereka pulang selepas tamat rombongan "misi perdamaian" dan menuntut mereka menjadi pengganti rakyat Malaysia yang ditahan untuk pulang.
Misi perdamaian yang pasti hanya mendamaikan Malaysia
Jika itu berlaku, kita hantar Dato Azez Raheem untuk misi kemanusian dan bawa makanan-makanan nasi lemak, roti canai, mi kari, tom yam dan lain-lain setiap kali mereka mengidam makanan Malaysia.
Ayuh! Bersatu untuk Malaysia ...
haha.. cadangan bijak.
BalasPadamMamai apa Pak Chin ni. Apa kata Pak Chin sendiri jadi Pemandu Pelancong ke Korea Utara. Taklah boring sangat sekurang ada juga Badut dalam rombongan.
BalasPadamWalau apa pun keadaan jgn hantar najib dan ahmad maslan.
BalasPadamNajib hanya mau selfie sambil kepit kaki. Xsesuai dgn imej korea utara.
Ahmad maslan pula brilliant thinker solid tactician, political maestro.