Jumaat, April 21, 2017
PKR - Parti Kuat Rasuah dan lain-lain singkatan parti
Adam Rusly didakwa pagi tadi atas kesalahan menipu maklumat ketika siasatan.
Satu lagi tuduhan adalah untuk Money Laundering berkaitan rasuah dengan "cara meminta dan menerima rasuah daripada syarikat2 utk mendapatkan projek dari kerajaan negeri Selangor".
Disebabkan budak YB Zuraidah Kamaruddin terkantoi, kini PKR yang sebenar bakal diketahui semua.
Orang lama memang tahu kelibat Anwar Ibrahim ketika dia Menteri Kewangan. Maka jadilah PKR sebagai Parti Kuat Rasuah.
Bagi menutup salahlaku, cara mereka macam Rafizi adalah dengan Perlu Kelentong Rasuah untuk tuduh UMNO.
Inilah dia.
Nama singkataan parti sebenarnya memang boleh mencerminkan keadaan sebenar parti sebut.
Macam Parti Amanah Nasional atau gelaran mereka beri Amanah tapi sebenarnya PAN.
Bukankah ia berkait rapat denan Presidennya Mat Sabu?
Tidak percaya, carilah You Tube dan kita akan dengar kisah Percikan Air Normah ke muka yang hingga esuknya tidak lagi dibasuh.
Puak-puak ini sudah tinggalkan PAS.
Ketika dalam parti itu, Parti Ana Saja ... suci, sempurna, baik, betul, wara, hebat dan pandai.
Puak-puak ini memang cekap dalam berpolitik. Dulu kata lain, kini dah kata lain dengan hujah dan sebab musabah.
PAN yang sebenar tiada lain dari Parti Auta Nasional.
Peninggalan mereka tidak jejaskan PAS kerana banyak lagi Penyokong Amat Setia.
Kini parti Perlu Ada Sesuaian dengan keadaan semasa dan permintaan masyarakat. Harap tidak jadi besar kepala dan angkuh untuk balik cara dulu yang Pusing Arah Sesukahati.
Masa dulu PKR dan PAS bersama dengan DAP.
Kini pecah belah jadinya kerana perangai sama macam Dog And Pig yang kuat menyalak dan menyondol.
DAP kini parti cina terkuat sebab Manyak Cina Alih dari MCA. Sampai sekarang, MCA masih Mengharapkan Cahaya Ada.
Gerakan atau PGRM asyik tergamam dengan Past Glory Remain Memory. Jika mahu kalahkan DAP di Pulau Pinang, Perlu Gugur Rasa Malu.
Jika berterusan, elok kasi sama kawan Husin, Dato Major Huan Cheng Guan jadi CM.
PCM parti yang kecil tapi Parti Cepat Membalun Lim Guan Eng.
Di Sarawak Parti Cina adalah SUPP. Dia Sentiasa Untong Poket Penuh.
Akhirnya ada pemimpin SUPP lari ke UPP untuk pegang jawatan parti supaya Untong Poket Penuh.
Mereka sentiasa bersama PBB yang memang Parti Bijak Berpolitik dan juga Parti Boleh Bekerja.
Tidak macam PRS. Tan Sri James Masing ialah President yang mana Parti Rancak Suara.
Orang Iban perlu suara untuk tuntut hak dan bantuan, tapi semua hal Masing mahu komen. Tapi orang Iban masih macam gitu juga.
Orang Iban pula ada banyak parti tetapi belakangnya selalu ada cina.
SPDP memang dari dulu adalah Sino Paid Dayak Party dan dulu Sampai Penuh Di Poket.
Bila pemimpin utama Iban keluar untuk sertai TERAS, Cina terpaksa jadi President. Tiong King Seng begitu Terasa.
Maka tukar jadi PDP. Dari hanya di Sarawak, kini Perlu Di Pasir (Gudang), Johor untyk buka cawangan.
Dari Sarawak, kita pergi ke Sabah.
Parti pemerintah adalah UMNO yang masuk Sabah melalui cantuman dengan USNO.
UMNO Sabah No Objection tetapi masuk Sarawak ada bantahan.
PBS dulu Pernah Berkuasa Sabah, kini risau Pairin Bersara Susah.
Ada ahli PBS berpecah jadi UPKOyang hanyaUntuk Puak Kadazan Only.
Parti-parti Kadazan BN risaukan STAR sebab Jeffrey Kitingan akan Still Try Again Relentlessly.
Manakala, pembangkang LDP silap ikut Anwar Ibrahm keluar BN. Sedang Learning Deceived Past.
Parti Pembangkang ini tidak mahu kerjasama dengan Parti Warisan Sabah atau Warisan sebab banyak rasuah.
Sebenar nama adalah Party Warchest Shafie.
Kawan Warisan adalah PPBM. Kini merupakan Parti Paling Banyak Masaalah.
Gaduh baru mula dan semuanya sebab suka Pakat-Pakat Sampai Mati.
Mereka ini asalnya adalah UMNO tapi pentaksub Mahathir yang U Must Not Oppose.
Sayang dia lupa diakhir tua untuk U Most Not Over.
Ada kata UMNO parti keramat sebab sejarahnya.
Tersusun struktur dan ramai orang yang berupaya dan berdedikasi Untuk Mentadbir Negara Only.
Ia mengetuai Barisan Nasional yang patut jadikan negara ini Better Nation.
Lagi elok jika MIC betul-betul bekerja dan tidak lah Mana Indian Coffer hilang?
Susahnya adalah India sedikit tetapi ada lain-lain parti. Itu macam PPP yang merupakan Parti Perlu Perhatian.
Pasti ada akan tuduh Husin makan dedak sebab sokong UMNO. Itu langsung tidak betul.
Dulu kita selalu ke Sabah mencari AKAR supaya Anu Keras Ada Rasa. Parti tu macam sudah mati bersama Mark Koding.
Wow! Janji dapur berasap, asal kukuh, dan negara selamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Trol tidak disiarkan.