Khamis, November 16, 2017

Bob & Det negara berdaulat baru


MONTEVIDEO: Kerajaan Argentina dan Uruguay mencapai persetujuan untuk projek pembinaan pulau tiruan di muara sungai Rio De La Plata.

Kedua-dua kerajaan Amerika Selatan menerima baik cadangan pembangunan yang dibawa oleh Mahkota Engineering Berhad dari Malaysia.

Cadangan ini melibatkan pembangunan pulau tiruan seluas 40,000 ekar dan menyerupai konsep pembangunan pulau Palm di UAE dan pulau Mutiara di Qatar.




Pulau yang akan diberi nama Bob & Det sebagai menyerupai Trinidad & Tobago bertujuan untuk menarik pelabur-pelabur dan penghijrahan dari Zimbabwe dan Malaysia.

Argentina dan Uruguay setuju pulau itu diberi status otonomi sebagai negara baru untuk menempatkan penyokong-penyokong dan pentaksub Bob & Det.

Mereka merupakan antara pelabur utama dalam industeri penternakan kuda dan lembu, dan pelancongan di Argentina.

Pemegang saham terbesar Mahkota merupakan tuan punya pusat peranginan ski, Los terbesar di Argentina yang berkeluasan 400,000 hektar di luar Buenos Aires.

Disamping itu, terdapat pelabur Malaysia yang menyimpan simpanan wang di pusat kewangan Montevideo.


Argentina dan Uruguay melihat projek negara baru ini berupaya menjadi pemangkin pembangunan serantau di Amerika Selatan.

Kewujudan Bob & Det dimuara Rio De La Plata dijangka menjadi Elis Island untuk pelarian politik dari Zimbabwe dan Malaysia.

Disamping itu, ia perlu untuk mengekang kedua-dua diktator dari Zimbabwe dan Malaysia dari menjatuhkan rejim kerajaan yang sefia ada di Argentina dan Uruguay.

Jatuhkan kerajaan merupakan hobi mereka.

. - Agensi Husin Lempoyang

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama2:08 PTG

    Kah kah kah..
    Kenapa nk tempatkan det. Diktator hanya berkuasa apabila memegang tampuk kuasa. Yg nk lari ni adalah diktator yg baru shj kehilangan kuasa.
    Tempatkan bapa tiri riza aziz lah apabila tembelangnya pecah nanti.

    P/s: Husin mesti bangga jualan sate meningkat kerana MRT selepas ekonomi US berjaya diperkasakan oleh syarikat yg seringkali xde untung meniaga.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.