Sabtu, Jun 30, 2018

Saham melonjak atas jangkaan Zahid menang?


Akhirnya, setelah menjunam tak renti-renti dijual oleh pelabur asing dari dua hari sebelum hari pembungan undi, pasaran saham melonjak paling banyak dalam sehari pada hari Jumaat.

Tulisan mukadimah laporan akhbar business section untuk pagi Sabtu mungkin berbunyi:
Market bullish on expectations that Zahid will win Umno presidential race.
He he he ... bukan lagi kerajaan brader.

Bukan lupa tapi saja nak sindir orang suratkhabar. Mungkin begitu bunyi laporan ketika pemilihan parti PPBM atau PKR, tapi tidak mungkin PAN.


Ada menjangka Zahid akan menang kerana kebanyskkan kepala-kepala di Bahagian masih kekal dan kecenderungan ke arah kesinambungan.

Keluar cerita Zahid sudah tabur. Butir tidak ada maka susah Husin nak percaya. Kadang-kadang tak ada kena mengena dengan pemilihan tapi pentadbiran.

Bukan Zahid saja dituduh telah tabur. Ada juga langsung tak dengar tabur menabur.

Ku Li dan Zahid ada menyebut menentang rasuah politik. Mungkin KJ pun sebut juga. Azwan Bro pasti tak cakap. Kalah pun ...


Pandangan mengenai Ku Li banyak.

Ada kata dia dilihat mendahului dan sentimen orang bawah dan juga yang tak ada kena mengena dengan pemilihan memihak pada Ku Li sebagai imej bersih.

Ada juga rasa kecewa pada Ku Li. Tukang kempen dia pun dok main cerita Bank Bumiputera, Pernas, Petronas, UDA, PWTC, Fleet, dll. cerita lama yang banyak sudah Atok tu jahanamkan.

Ku Li memang banyak sumbangan ketika dalam kerajaan lebih 30 tahun dahulu. Dia pun ada pengalaman sebagai pembangkang.

Benteras politik wang tidak ada
KJ pula dikatakan mutakhir ini sebagai ada harapan. Itu jika badan banci tersebut tidak bias macam Merdeka Centre, UMCEDEL dan Invoke.

Papagomo kata dia boleh selesaikan masaalah aset UMNO yang dibeku. Ada kemungkinan kerana Tun Dr Mahathir beri sokongan padanya. Mungkin juga sindir.

Kritikan terhadap KJ ialah dia gagal sebagai Ketua Pemuda. Dia pula opportunis untuk baru nak main isu 1MDB. Mula nak tanding Naib tapi tukar ke Presiden selepas macam-macam kepura-puraan.

Lepas friendly debat malam tadi, banci Astro kata penonton mahukan KJ 66%, Ku Li 29% dan Zahid 5%. Tak tahu penonton itu mengundi atau beri impak.

Ada kemungkinan serangan terhadap Zahid dan UMNO dari pemimpin dan penyokong PPBM serta pembekuan aset UMNO oleh SPRM bantu Zahid.

Ada takut-takutkan Zahid akan disiasat. Rasanya Mahathir hanya nak kejar Najib dan Rosmah serta yang terkait-kait dalam 900.

Mana polis dan SPRM cukuo bajet nak kejar macam-macam?


Husin berserah pada ahli untuk memilih. Walaupun asal bukan KJ, jika dia menang, layaklah dia disokong.


Melihat politik baik belah sini mahu pun belah sana tiada hala tuju dan percanggahan prinsip yang terlalu banyak, rasa nak give-up dan hanya jadi penulis bebas.

Ikut rancangan asal pencen dari politik bulan Disember dan balik ke kerjaya korporat.

Itu pun memeningkan.

Mulut celupar Lim Guan Eng dan kegopohan pemimpin-pemimpin DAP hanya merosakkan ekonomi, kewangan dan pasaran.

Hari Jumaat pun masih pelabur asing menjual saham lebih RM20O juta. Belah futures mereka masih shorting lebih banyak.

Tak kira apa S&P kata, services ada surplus trade, dan Mahathir serta Azmin kata, Malaysia bakal berhadapan dengan risiko kemelesetan ekonomi.

Ia kerana masaalah fiscal yang kerajaan baru yang tak henti berpolitik tembak kaki kita sendiri.

Wow! Saudagar unta asal usul orang korporat


5 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:54 PG

    Lu apa tahu ... saham melonjak sbb wahid klr drpd pnb Zeti masuk ... bodow lu ...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10:27 PG

    Dunia faham benar dengan 2 kes rasuah LGE yg sedang berjalan. Dunia juga faham benar dengan AG kroni yg telah dilantik baru2 ini. Bagaimana org yg punyai kes rasuah yg sangat serius boleh dilantik menjadi menteri kewangan? Suatu yg amat tidak masuk akal, alamatnya akan melingkuplah Malaysia yg telah dibina bertahun2 lamanya.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:57 PG

    Kahkahkah.........


    BalasPadam
  4. Tanpa Nama2:11 PTG

    Sebagai orang luar UMNO, apa yang KJ perkatakan memang boleh membukakan selera untuk kembali menyokong UMNO. Cuma was-was samada dia masih ditingkat empat atau dah turun ke tingkat bawah.

    Selera tak terbuka langsong dengan tempe hidangan dari Zahid. Tak ada perubahan. Resepi sama macam yang dihidang pada 8hb Mei yang lepas. Tu yang beli rojak mamak pada 9hb Mei.

    Nasi kerabu Ku Li hanya menyingkap kenangan lalu - penoh dengan nostalgianya. Apakah kenangan beratur di pondok talipon sambil menunggu giliran menghubungi kekasih hati masih lagi relevan dizaman anak umur 5 tahun lebih mahir guna talipon dari bapa yang dah masok 5 series.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama8:45 PTG

    Kikikiki..
    Haji husin dh xnk sebut pasal perilaku menantu abah dan kengkawan tingkat 4 lg ke?

    Kikikiki..
    Husin jgn mudah lupa kalau x kerana atok, penyamon yg dipuja xdpt jdk tpm dan seterusnya jdk pm.

    Kikikiki
    Bekas presiden dan beberapa pemimpin dh mngaku kesilapan dan memohon maaf. Tapi blogger bn belum ada lg yg nk mengaku silap dan mntk maaf.
    Sbg agen propaganda, xkira gagal ke kalau xboleh menarik pengundi?

    Kikikiki..
    Dpt duit kau sebat, tapi tangunggjawab xde. Tu belum tanya tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air lagi.

    P/s: Sin bila nk nyanyi lagu anak kecil main api?
    Melayu belum bangsat lg tapi setakat hari ini, bn dah terbarai dan akaun umno dh kena beku. Siapa yg dh jdk bangsat skrg?

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.