Rabu, Julai 11, 2018

Ingatkan bunuh orang, rogol janda ...


.... rupanya cuma kesalahan pecahkan botol ketika demonstrasi di bangunan SUK Shah Alam dan didenda hanya RM4O0.

Belanja nak tangkap pun dianggarkan sampai RM90,000. Pembaziran begini yang buat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng marah.

Ini bermakna kerajaan mampu berbelanja untuk kejar tuduhan kesalahan-kesalahan di luar negara seperti 1MDB, SRC, Jho Loh yang belum dipohon ekstradisi, Nik Faisal, Michael Ubu kes tanah Risda di Sabah, dll.

Macam-macam kerenah Malaysia Baru.



Yang ni ... Mat Sabu ingat Normah itu Menteri Pertahanan Australia ka?


Bila-bila pula, dari Merdeka hingga hari ini, Panglima-Panglima Tentera ucapkan PM selamat hari lahir?

Adalah yang berterima kasih dan bersyukur dapat naik pangkat kot ..


Apa pun bangga dengan kawan Husin ini. Sebelum ini, dia ada merajuk sebab perbezaan pandirian politik.

Kini rezeki dia. Asal cuma drebar lori. Lama terlibat dalam politik UMNO bawah mentor Tan Sri Onn. Naik dalam Perkasa jadi Ketua untuk Selangor.

Sepanjang kempen pilihanraya, dia dilawakkan sebagai bodyguard. Sekarang SUPOL yob...

No speaking London yer. Rais Yatim mesti sayang.


2 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:08 PTG

    memang kena besar2kan sb nak bg pak kadok menang sorak lupa nuntut janji2 sblom pru

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9:51 PG

    Malaysia baru kan menjadi malaysia haru biru. Ada kemungkinan TunM kecundang untuk mempertahankan kehebatannya sebelum ini. Orang melayu mula gelisah seperti ada yang tak kena..

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.