Rabu, Disember 19, 2018
Rahim boleh masuk, Tambi dia tak boleh
Seorang bekas ahli Parlimen UMNO dari Melaka yang umum keluar parti telah diterima sebagai ahli PPBM.
Namun, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang telah keluar UMNO tidak lagi dapat diterima masuk.
Oleh sebab kisah-kisah lama yang mana berakhir dengan bekas ahli Parlimen Kota Melaka menjalani hukuman penjara dan video China Doll terdedah dan tersebar, DAP dan PKR membangkang.
Tan Sri Muhyiddin kata permohonan Rahim perlu melalui Jawatankuasa saringan yang akan pastikan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu sertai PPBM adalah bersih dari salahlaku lepas.
Kesian Rahim, terimalah permohonan keahliannya. Cuma jangan terima permohonan Tambi dia.
Wow! Yang dah dalam PPBM, bersih benor ker?
1. Agak terhibur dengan dakwaan ketua Pakatan Harapan, Lim Kit Siang bahawa anaknya, Guan Eng telah berjaya merentasi batasan kaum dan agama demi mempertahankan maruah seorang anak gadis bawah umur Melayu Islam yang didakwa telah dirogol, sehingga akhirnya menyebabkan Guan Eng dipenjarakan selama setahun.
BalasPadam2. Inilah satu cebisan propaganda yang yang telah digunakan berulangkali oleh DAP dalam memanipulasikan imej pemimpin mereka, supaya nampak lebih baik & mulia.
3. Mungkin Kit Siang terlupa bahawa Lim Guan Eng telah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan berhubung dengan kesalahan mencetak dan mengedarkan berita palsu di bawah Akta Akhbar dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948, _dan bukannya kerana membela seorang gadis Melayu Islam_.
4. Kesalahan yang dilakukan Guan Eng, ialah pada awalnya, didapati bersalah dan didenda sebanyak RM 15,000 namun Guan Eng ingkar malah seterusnya memutuskan untuk memfailkan rayuan, dan pada masa yang sama berulang-kali mempersoalkan keputusan hakim-hakim tersebut di luar mahkamah. Mahkamah Rayuan akhirnya memutuskan hukuman penjara ke atas beliau.
5. Mungkin juga Kit Siang terlupa bahawa lelaki yang dituduh sebagai perogol itu telah menyaman DAP atas fitnah tersebut sehingga menyebabkan DAP mengakui di mahkamah bahawa kesemua tuduhan tersebut sebenarnya adalah tidak berasas.
6. Mungkin Kit Siang juga terlupa bahawa _Time Magazine_ dan _Asiaweek_ juga telah menarik balik artikel mereka yang bersumberkan daripada DAP. Mereka seterusnya memohon maaf kepada lelaki tersebut.
7. Sekiranya tertuduh itu bukanlah daripada anggota parti pemerintah, pastinya mustahil untuk DAP meneruskan dakwaan tersebut kerana ianya tidak banyak memberikan kelebihan dari segi politik.
8. Seandainya Kit Siang masih berniat untuk meneruskan propaganda yang mengelirukan ini, dicabar supaya Kit Siang menamakan perogol tersebut kepada umum. Kegagalan Kit Siang untuk membuat pengumuman akan menghancurkan kredibiliti pendakwaan beliau.
9. Kit Siang juga diminta supaya menamakan gadis Melayu Islam yang *kononnya* telah dibela maruahnya oleh DAP – atau dalam hal tersebut, mana-mana gadis dari apa jua bangsa dan agama – yang dibela oleh Guan Eng, selama ini, samada sebelum atau selepas insiden yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara tersebut.