TERKINI: Semua penumpang berjaya diselamatkan - Bomba
Berita Harian
Isnin, 25 Februari 2019 | 4:41pm
Oleh Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Sebuah feri yang membawa 52 penumpang dan enam kru dari Terminal Feri Langkawi menuju ke Kuala Perlis, terbakar di kawasan perairan berdekatan Kuah dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, feri berkenaan dikatakan baharu sahaja bertolak sebelum bahagian enjinnya mengalami kerosakan dan mengeluarkan asap tebal.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.48 petang.
Katanya, pihak bomba menggerakkan dua bot penyelamat dan bot kevelar ke lokasi, selain turut dibantu bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan bot nelayan.
"Berdasarkan maklumat awal, kita dimaklumkan feri penumpang Dragon 01 dilaporkan terbakar dalam anggaran jarak kira-kira tiga meter dari kawasan pantai Langkawi berdekatan Jalan Beringin.
"Kita dimaklumkan terdapat penumpang terjun ke laut bagi menyelamatkan diri dan setakat ini semua penumpang berjaya diselamatkan," katanya.
Difahamkan, terdapat dua penumpang cedera ringan, manakala penumpang lain berjaya diselamatkan pihak berkuasa dan nelayan berdekatan.
-------
Bukan apa...
Penumpang memang banyak pihak akan bantu selamatkam
Risau jika apa-apa berlaku pada bomba, polis dll, doktor keling akan kata lain dari sebenar.
Kaum MP Langkawi kuat ke arah membohong.
Wow! Demi politik, pengorbanan bomba tak ada harga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Trol tidak disiarkan.