Selasa, Mei 14, 2019

Dari kecik, Maszlee suka memandai


Orangnya kecil dan pendek saja, tapi memang budak pandai dari kecik lagi, kata seorang Pak Cik bernama Pak Leman di Simpang Renggam mengenai Menteri Pendidikan.

Masaalah Dr Maszlee Malek, sambung Pak Cik itu, dia suka memandai.

"Kami tak heran dia memandai nak tukar kasut sekolah ke warna hitam. Memang dari dulu, dia suka memandai," kata Pak Cik yang satu kariah surau dengan keluarga Pak Malek.

"Teringat aku si Maszlee baru lepas sunat. Jadi dia sembahyang di surau dengan bapanya di saf depan sama orang2 tua. He he he... lucu betul. "

"Ketika sedang rukuk, aku sedar kain pelikat Tok Imam tersepit di celah punggungnya. Si Maszlee ni ‘konon’nya ingin membantu, lalu terus menarik kain yang tersepit itu. Aku sedar ayahnya yang sedang solat sebelahnya membaca subhanallah menegur," sambung Pak Cik tersebut.

"Maszlee yang faham maksudnya itu, lalu terus menolak semula kain pelikat Tok Imam itu semula ke celah punggung dengan dua jarinya.

"Ha ha ha!" ketawa besar Pak Leman.

"Apalagi, melatah Tok Imam bila rasa ada jari cucuk bontotnya. Habis satu jemaah terbatal solat kerana terkejut dengan latahan Tok Imam. "

Pak Malek merah padam muka menahan malu dan marah mengheret Madzlee balik ke rumah.

Pak Leman beritahu, "Malam tu, sah berbirat punggung Maszlee dirotannya.

"Memang dari dulu budak si Maszlee memang suka memandai. Mana sangka jadi Menteri."

Wow! Dalam solat, tak bolih memandai lebih 3 gerakan

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama4:17 PTG

    Kalau masih budak tak heranlah kerana perasaan ingin serba tahu sentiasa ada kecuali dari golongan otak budak lembab yang sentiasa takut pada sesuatu yang baru.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8:44 PG

    memandai jadi menteri, awak sedar2lah diri

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.