Khamis, September 19, 2019

Kongres Maruah Melayu: Penjualan yang belum selesai


Kini terdedah rancangan PPBM untuk menyaingi samburan Perhimpunan Perpaduan Ummah pada September 13-14hb baru-baru ini.

Pada Oktober 6hb, satu Kongress Maruah Melayu akan diadakan di Stadium Axiata Bukit Jalil.

Lima jurusan hal-hal Melayu akan diperbincangkan; undang-undang, agama, bahasa, ekonomi dan pelajaran.

Malam semalam ayahanda-ayahanda dengan penuh bertanjak telah diserahkan "hantaran belanja nikah kahwin".

Pegawai-pegawai serta pekerja-pekerja kerajaan dan penuntut-penuntut bakal dikerah untuk memenuhi stadium.

Konon-kononnya ia perjumpaan suara-suara rakyat Melayu dan Islam yang ikhlas dan murni tanpa tangan-tangan politik.


Rupa-rupanya tidak, ia telah dicemari dengan tangan-tangan politik yang kudakan ilmuwan dan para akademik untuk lalai berkongres ketika Melayu sedang ditekan.

Pengerusinya pun mangkok hayun Dato Hamzah Zainuddin. Perbincangan di pejabat Bekas Pengerusi PWTC dan kroni Mahathir, Datok Yahya Jalil.

Mungkin dia yang booking untuk PWTC bagi rancangan asal.

Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PPBM tidak dijemput. Konon tiada penglibatan politik. Auta sahaja...

Resolusi dari tuntutan yang akan dibuat nampak macam permintaan rakyat. Konon tak macam #HPU914 yang merupakan perpaduan dua parti politik.

Lepas Kongress, mereka nak berarak jumpa Tun Dr Mahathir. Mungkin sekali Mahathir akan hadhir untuk terima resolusi dan tuntutan mereka.

Dia akan menerima dengan penuh drama dan syahdu. Ekoran itu, terus mereka mahu ambil tindakan untuk buang Lim Guan Eng.


Entah bolehkah dilakukan?

Mahathir pernah berkata DAP yang tentukan kedudukannya dan segala-galanya.

Lim Kit Siang pun sudah kasi amaran. Rancangan DAP tidak boleh menyimpang.

Jika betul Kongress ini diteruskan tanpa DAP bising, maknanya DAP yang beri izin dan biayai sekali. untuk lalaikan Melayu.


Melayu-Melayu yang mudah lupa dan ditipu merayu-rayu kepada Mahathir.

Janganlah berhenti dan kekallah hingga habis penggal. Hanya kamu sahaja yang upaya selamatkan bangsa.

Walaupun sudah kena kencing, kami masih percaya kamu saja upaya tunaikan janji Manifesto.

Niat baik kamu tidak tunjuk. Pencapaian mu banyak dan yang gagal, orang lain salah. Ketidak upayaan mu mengurus dan ketirisan ke poket mu tidak betul atau kami tutup mata.

Selamatkanlah bangsa Melayu.

Mahathir pun dengan teresak-esak membaca dengan penuh syahdu sajak baru tetapi maksud sebenarnya adalah  yang dikarang DAP buatnya:

Penjualan yang belum selesai!

(pasca PH dapat kuasa)
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat asset bangsaku dijarah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan golongan terpilih itu selalu terpelihara
Bagi lain-lainya air mata sengsara
mengiringi setiap langkah eksesais kroni kita
Tugas sekarang bukan sukar
Kerana menjual pasca kemajuan tercapai
Rupanya jauh senang dari bermandi
Keringat dan darah untuk mengadakannya
Lagi pula apalah ertinya Malaysia Bahru
Kalau bangsaku asyik dibodohkan
Dan terus dihina olehku,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
Kroniku masih memfaraid
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukankah keangkuhkan dan obsessi
Menghina dan menjatuhkan Bangsa sendiri
Diwayangkan sebagai ‘Meneruskan perjuangan’
Kedudukan Bangsa kita sebelum ini
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?


Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi menjarah kepentingan dan asset bangsa
kerana hanya kroni yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar mengayakan kengkawan dan mengisi jong-jong mereka
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan palsu yang cuba didustakan sebagai buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang kita lemahkan dengan sengaja
Dan kita andaikan mudah kecewa
Kepada golongan terpilih dan kroni ketat
Tetapi syurga dijanjikan sementaraSelagi ada masa untuk menjarah dan melipat
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Kroniku yang berjaya.
(Adapatasi dari ciptaan asal bertarikh 4 Mei 1996)

Poodah Mahathir keling Kerala!

Janganlah nak temberang. Ini adalah alasan akhir kamu untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Hanya Syed Hasan, Setiausaha Agong Perkasa yang buta hati dan konon baik sangka masih kata sajak berlainan maksudnya.


Berilah pada Samurai terakhir. Lama dia tunggu....


Bunuh diri nanti. 🤣🤣🤣

Wow! Terjual negara dek Mahathir, Anwar dan Daim (MAD)

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama6:14 PTG

    PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK TANJUNG PIAI...

    'DEDAK' AKAN SAMPAI MINGGU DEPAN...!! Sekian


    Penduduk Tg Piai huntung laa dengar khabor terbaru landasan ECRL akan di lencongkan ke Tg Piai oleh MoF... kikikikiki..kui kui kui

    Rel HSR dengornya akan dilencongkan juga ke Tg. Piai...

    Tol Simpang Renggam tetiba dapat Free tol jugak mcm Mazlee janji dolu..

    Sekolah Melayu tetiba dapat bantuan paling tinggi di Tg Piai.. huntung laaa...

    Banyak lagi janji dicapati akan tunaikan gaji minima lulus 1.5k huntung laaa..

    kikikikiki kui kui kui

    Penduduk Tg Piai minggu depan dedak sampai tauuu...!!


    kikikikiki..

    jumpa di Tg Piai...PH atok aljub Tokong mengelupor di Tg Piai nnti

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.