Ahad, Jun 30, 2019

Sistem keadilan menurut Labi, Tuan Magistret


Doktor Labu dan Magistret Labi bertemu di satu kelab di Kuala Lumpur. 

Pelayan datang

Doktor Labu: Eh... kenapa muka kamu macam Haji Bakhil.

Pelayan kelab: Itu pakcik saya

Doktor Labu: Padanlah...

Pelayan kelab: Mahu minum apa Tuan?

Magistret Labi: Saya Jin and Tonic

Doktor Labu: Emm.. aa.. Iblis Tonic

Pelayan kelab: Iblis Tonic mana ada Tuan

Doktor Labu: Err.. aa.. give me Setan and Tonic

Pelayan kelab: Setan lagi tak ada Tuan

Doktor Labu: (Dengan marah) Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!

Pelayan kelab: Tuan...

Pelayan kembali ke bar untuk sediakan minuman. Doktor Labu dan Magistret Labi berbual. 

Magistret Labi: (Dengan nada sindiran) Mereka ini semua bodoh.

Doktor Labu: Ye ye memang bodoh!

Magistret Labi: Patut dipenjara. Kerja berat 5 tahun.

Doktor Labu: Baru adil. So Tuan Magistret, bagaimana dengan sistem keadilan di Malaysia sekarang.

Magistret Labi: Sistem keadilan kita macam hutan rimba

Doktor Labu: Hutan rimba?

Magistret Labi: Ya macam hutan

Doktor Labu: Oh really. Why is that Tuan Magistret?

Magistret Labi: Ia sangat kompleks. Saya ada satu kisah untuk kasi Tuan Doktor faham.

Doktor Labu: (Dengan tak sabar) Cerita cerita ...

Magistret Labi: Dalam hutan, kerbau-kerbau tiba-tiba berlari lintang pukang. Sang Gajah hairan dan bertanya Sang Kerbau kenapa lari?

Doktor Labu: Kenapa itu Tuan Magistret...

Magistret Labi: Mereka sudah menahan semua lembu kata Sang Kerbau. Tapi kamu bukan lembu kata Sang Gajah. Apa takut?

Sang Kerbau kata memang kami bukan lembu, Sang Gajah.

Doktor Labu: Adakah dia melakukan apa-apa kesalahan?

Magistret Labi: Tidak Tuan Doktor. Sang Kerbau kata, mahkamah Malaysia memerlukan 20 tahun untuk buktikan kami bukan lembu.

Doktor Labu: Thats a very bad system

Magistret Labi: Kata Sang Kerbau lagi, padang rumput kami akan dibekukan setahun bawah AMLA. Bila tak jumpa kesalahan untuk dakwaan jenayah, kami boleh didakwa bawah civil forfeiture. Tunggu lagi setahun.

Kami pula yang kena buktikan kami bukan lembu dan padang rumput kami bukan dari duit 1MDB. Dalam hutan mana ada 1MDB.

Dah dua PRU, duit kempen mesti dah habis... Bila Sang Gajah dengar, dia pun lari

Doktor Labu: Ha... mesti Ketua Bahagian UMNO Batu Gajah. Dah lompat ke Bunga belum?

Wow! Masuk Bunga ambik rasuah di Felda tak kena

Tiada ulasan: