Sabtu, Februari 24, 2007

Oh rumput, Oh rumput! Kenapa tak tumbuh?


Alkisahnya, arwah Endon (al Fatihah di pohon dari pembaca) memang sudah bersedia menghadapi kenyataan kerana adik beradik kembarnya pun menghadapi sakit yang sama.

Mengikut sumber-sumber tertentu, cinta Endon cukup suci kepada Dol hingga merelakan ia berkahwin lagi setelah peninggalannya demi kebajikan Dol.

Itu serious dan seterusnya jenaka.

Satu petang bulan puasa semasa Endon sedang sakit di Hospital Putrajaya (sebaik pulang dari LA, USA) dan di hari2 akhirnya.
Dol dan Endon hanya berdua saja di bilek. Endon memandang pada Dol dan berkata, "Lah, lah, aku tahu bila aku tak ada nanti, kau perlukan seseorang untuk jaga urusan kau supaya dapat memerintah negara dengan baik. Saya pun tak mahu Nori tu terhabis masa menjaga kau. Dia dah bersuami dan suami dia ni aku faham benarrrr".

"Dahlah jangan cakap benda-banda macam ini. Insya Allah, kamu akan pulih dan kita akan bahagia seperti sedia kala." Dol seolah-olah tak sedia menerima kenyataan ini.

"Kita kena menerima takdir, Lah", kata Endon. "Aku tak menghalang kau nak cari orang lain lepas aku dah tak ada. Aku cuma mintak satu permintaan saja. Kau jangan cepat sangat. Bagilah masa. Sekurang-kurangnya rumput di kubur saya naik sekaki"

Dengan linangan airmata, "Yalah sayang", kata Dol yang mahu segera mengakhiri perbincangan itu. Ia pun terus memelok isterinya dengan tangisan.

Tak disedari masa itu, Nori baru sampai dan berada di pintu mendengar perbualan ibubapanya.

Seperti sedia maklum Endon meninggal. Selepas selamat dikebumi dan sudah hampir 6 bulan, Dol sekeluarga baru hilang rasa sedih.

Satu hari, hari minggu, semasa menziarahi kubor arwah bersama Nori, Dol barulah teringat pasal pesanan Endon. Dol baru sedar kubor itu bersih tak berumput. Lalu di tanya siapa yang membersihkan kubor. Seorang penjaga kubor datang dan mengaku dialah yg selalu buat kerana di suroh mandurnya. Dol pun beritahu supaya tak payah buat lagi.

"Saya nak buat sendiri", kata Dol. Dia pun hadiahkan wang padanya. Penjaga kubor itu terpinga2. Dalam hati Dol, ia berkata lega dan dalam dua tiga bulan lagi pasti rumput itu akan tinggi sekaki. Nori di belakang dengar dan berasa susah hati.

Satu hari minggu, Dol pergi dan sedar kubor masih bersih. Dipanggil penjaga kubor dan tanya, "Kamu ada bersihkan kubor lagi ke?" Penjaga tu jawab dengan kehairanan, "Tidak Dato". Dol pun hairan.

Habis tu dia ingat nak buat lawatan kejutan. Selalunya dia hanya kelapangan untuk ziarah hari bukan kerja.

Satu hari di pejabat, hari Khamis gitu, Dol berasa mengantuk dan ingat ini masa sesuai untuk hendap kubor arwah Endon. Dia pun balik rumah dan memandu sendiri Morris Minor kesayangannya untuk pergi diam2.

Sampai-sampainya ke perkarangan kubor, terkejut dia melihat. Dari jauh kelihatan ... Nori sedang mencabut rumput kubor ibunya.

Diam-diam Pak Lah pergi ke pondok tukang kubor dan bertanya pasal Nori. "Tiap-tiap Khamis dia mesti datang dengan suaminya. Hari ini tak pulak"

Diambil dari Forum MyKMU. Terima kasih CucuWakTelu dan mungkin BigGuyDotCom. Siapa-siapa yang dudok di Putrajaya, boleh kasi tahu rumput dah naik sekaki? Dengar-dengar dah naik, dah.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ya Maulana Peniaga unta dari cairo.

    Ana sudah kena tag utk cerita mengenai 6 benda pelik2 mengenai diri ana, dan kemudian tag orang lain.

    Saja buat seronok. Kita kan betul2 Bloggers United, bukan main2.

    Jadi ana sudah tag sama ente.
    Wassalam

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    mana ada nai sekaki tuan syeikh.. Pusara almarhumah bonda ana berhampiran kat situ. Cantik terjaga lagi..siap. siap ada security 24 jam lagi. rajin2 lawatlah tanah kubur kat precint 20 tu.

    BalasPadam
  3. dell

    kesian jane danker kena tunggu lagi.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.