Jumaat, Januari 25, 2008

Kenapa Mamak Zam Cak Kun Cak?


Bernama melaporkan Zam menafikan lagu M Nasir, Seloka Cak Kun Cak, yang mengandungi perkataan "BERSIH" diharamkan. Ia menjawab tuduhan Lim Kit Siang di Parlimen.

Masaalahnya, apabila lagu atau lakunan artis kena "gam", mana ada surat rasmi atau pengumuman rasmi dikeluarkan oleh sesiapa? Kadang-kadang agak susah nak percaya penafian rasmi ini. Berapa banyak Si Dolah menafi dan menyatakan sesuatu yang terang-terang pembohongan? Kalau Si Dolah kuat bohong, inikan pula si Zam yang bukan ulamak macam Si Dolah...

Pada Husin, kalau lagu dan macam-macam bahan media mahu diharamkan pasal dalam lirik ada perkataan "BERSIH", itu kira tidak matang, tak masuk akal dan ketinggalan zaman. Pilih mana satu.

Hari minggu ni, ada pulak kumpulan PROTES nak tunjuk perasaan di KLCC petang, adakah akan digam perkatan "PROTES" dari buku-buku, majallah, drama dan wayang? Nasib baik jarang tak banyak cerita dan lagu Melayu pasal cerita protes.

Bayangkan perkataan melePAS diharamkan. Berapa banyak falem P Ramlee yang lucu-lucu kena gam. Video itu mustahak nak melalaikan anak-anak dari merengek nak ikut, bila mak bapak nak keluar rumah atas urusan.

Macam mana pula kalau DAPat diharamkan? Tiga suku bahan-bahan media, multimedia, buku-buku dan laporan-laporan kerajaan dalam bahasa Melayu kena gam.

Jika USAh sensitif untuk didegamra, semua drama TV Melayu yang mendapat tajaan dari Fab dan Breeze akan digam. Mak ai ... itu lembu tunai (cashcow) untuk RTM.

Sekarang ni, orang peka politik pantang sebut SINGAPURA. Selagi Dolah, Khairy dan Kalimullah bermaharajalela, tidaklah digam bahan-bahan yang tertulis nama negara itu. Kalau digam juga, hampir semua wayang hitam putih klasik Melayu tutup di buat di Studio Shaw Brother di Jalan Ampas, Singapura. Astro kena tutup satu channel Melayu dan tak ada lagi "cerita Melayu" di stesyen TV RTM.

Janganlah jangan jadi bodoh bangau, Zam. Apa sebenarnya yang menjadi sensiviti telinga Zam atau bosnya si Dolah? Mari kita dengar dulu lagunya ...



Sedap lagunya, apa pula yang menjadikan dia orang tak tahan dengar?

Tan Sri: Satu masa yang telah silam
M. Nasir: Tak dapat diambil kembali

Tan Sri: Melayu mahsyur serata alam
M. Nasir: Hidup mewah gagah sekali

Tan Sri: Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

M. Nasir: Melawan musuh tak terbilang
Duet: Gerak semangat kerana bangsa

Tan Sri: Kelekaan jangan dikenang
M. Nasir: Lautan duka kelak dikenang

Tan Sri: Hampir tinggal sehelai benang
M. Nasir: Bencana sengaja dipinang

Tan Sri: Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung di tangan memegang

M. Nasir: Kekayaan hendak diregang
Duet: Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Tan Sri: Disulami syair termahsyur
M. Nasir: Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur

Duet: Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...

Eh ... setakap ni penuh tersirat dan tersurat peringatan dan nasihat yang disampaikan dengan cara orang Melayu lama yang begitu sopan, adat dan adab.

Siap-siap pasal berdengkor tak bertafakur, ada orang sensitif gut?

Korus:

Tan Sri: Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih

Jadikan bersih, hati pun putih

Duet: Dialah khazanah pintu terpilih
A a a aa aaa...aaaaa

Apa salahnya pasal putih bersih? Dolah dan anak bininya semua serba putih bersih kecinaan, kejepunan, dan keseranian? He he he ... menantu hitam kulit, hati dan pedal terasakah?

Tan Sri: Awak yang payah membelah ruyung
M. Nasir: Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

Namun, pasti lirik terakhir ini mungkin menjadi sensitiviti pucuk kepimpinan UMNO kerana keresahan orang Melayu dan ahli-ahli UMNO adalah berkaitan perkara ini.

Dibuka ruyung WPI dan macam-macam serambi, dibuat reformasi korporat dan dibawa pesaing, dan terbuka sana dibuka sini. Akhirnya yang untung bukan orang kita, tetapi Singapura, orang luar, orang asing dan lain-lain.

Mesti yang inilah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trol tidak disiarkan.