Selasa, Januari 29, 2008

Kenapa Pak Lah Tak Ziarah Pengkebumian Suharto?


Apabila membaca tulisan Bigdog bertajuk, "PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak menghadiri pengkebumian Pak Harto", Husin berasa amat malu dan segan sekali kepada negara jiran dan rakyat Indonesia.

Secara tidak langsung, Husin pun ada akar umbi di sana. Siapa tidak? Orang Melayu semua adalah sebahagian satu bangsa dan satu gagasan Nusantara Melayu.

Indonesia adalah negara jiran kita yang terdekat dan apatah lagi kita serumpun. Mungkin Suharto bukan lagi President, dia juga bukan lagi berkuasa, namun dia masih diberi penghormatan rasmi oleh negaranya sendiri. Walaupun jika banyak kesalahannya sekali pun hingga tidak ada jasa langsung, siapakah PM kita untuk menghukumnya?

Majlis sebegini adalah peluang untuk mengambil hati dan mendekatkan balik perhubungan antara kita yang sudah renggang, akibat tidak tanduk pentadbir-pentadbir dan rakyat kita terhadap rakyat mereka yang berziarah dan mencari rezeki di sini.

Jasa Suharto banyak sekali kepada Malaysia.

Semasa Suharto menjadi Ketua Tentera Indonesia pada tahun 1970an, dia telah terlibat memberhentikan Konfrantasi dengan Malaysia. Bagi anak-anak yang tidak tahu, kita pernah perang dengan askar-askar Indonesia yang telah memasuki negara kerana menentang penubuhan Malaysia.

Demi keamanan serantau, Suharto terpaksa melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Presidentnya sendiri yang begitu karismatik dan disayangi ramai, Sukarno. Pada masa itu, Sukarno amat dipengaruhi oleh Komunis.

Pah Harto dan Allahyarham Tun Abdul Razak adalah dua tokoh utama yang membuahkan ide Asean dan membawa konsep ZOPFAN (Zone of Prosperity Freedom and Neutrality) sebagai strategi menahan limpahan peperangan dingin Amerika-Rusia. Keamanan yang kita kecapi adalah hasil usahanya.

Ramai mungkin mahu hanya mahu menyalahkan Suharto kerana kezaliman dan pembunuhan ratusan ribu dan mungkin jutaan rakyatnya. Ramai juga menuduh beliau korup dan melibatkan kroni dan keluarganya. Namun, Husin kesal melihat Suharto jatuh dan negara menjadi tidak aman selepas IMF membawa pangaruhnya ke dalam Indonesia. Malaysia hampir jadi demikian.

Suatu yang harus kita fahami adalah semasa Sukarno memerintah, ramai rakyatnya melarat dan kebuluran. Suharto telah membawa pertumbuhan ekonomi.

Indonesia bukan suatu negara yang mudah untuk diurus. Ia mempunyai ratusan kumpulan etnik, ribuan pulau-pulau dan kawasan yang amat luas sekali mengharungi laut dan lautan. Sudah tentu ada pelbagai usaha pemberontakkan dan tindakan bersenjata dari puak-puak pemisah. Ingat lagikah Timor Timor?

Kadang-kadang cara diplomasi boleh membawa penyelesaian dan adakala perlu tindakan ketenteraan. Maka, sudah pastinya akan ada ketelanjuran dengan cara ketenteraan. Orang Indonesia memang terkenal sebagai orang-orang yang kuat, lasak dan berani.

Jika salah caranya sekalipun, semangat Asean adalah tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara itu. Apabila itu polisi yang diambil, kuasa luar susah untuk masuk campur.

Sebagai Ketua Negara, adalah menjadi tanggungjawab Suharto untuk memastikan negaranya tidak berpecah dan sempadannya masih satu.

Husin Lempoyang amat kesal dan hairan mengapa PM Abdullah Badawi yang sudah pulang dari Davos malam semalam tidak pergi membuat lawatan hormat keesokkannya (semalam). Dilihat dalam TV, PM Singapura Brig. Gen. Lee Hsien Loong dan Sultan Brunei ada menghadhiri. Bukankah mereka juga baru balik dari Davos?

PM hanya melawat Kedutaan di sini dengan Menlu Dato Syed Hamid. Kenapa Syed Hamid tidak ke sana? Kenapa PM perlu menghantar wakil dan banyak pulak itu? Bukankah cukup setakat Dato Seri Najib seorang sudah cukup? Apa perlunya dihantar Musang Hitam, Zam dan seorang pegawai tinggi tentera?

Apa yang dibuat selama 9 tahun dari 1991-2000 menjadi Menteri Luar Negara? Tidak fahamkah perjalanan protokol? Atau tidor semasa taklimat?



Mungkin dia takut setelah merepek dan menjajar dalam Interview dengan CNN dari Davos.



Nak tahu apa merepeknya, dengar kata Encik Din Merican.



Tapi dia orang Keldaian ...sayang benar dengan Anwar Ibrahim Al Jub.

Mungkin bukan kerana temuramah ini. Banyak temuramah dia yang merepek. Ingat tak temuramah di TV3 tahun 2006. Anak saya tidak dapat kontrak kerajaan ... hahaha.

Namun, tanya lagi, kenapa dia tidak pergi ke majlis yang begitu penting ini. Apakah Majlis yang dia lebih suka? Majlis yang ada bintang Hollywood ke?


Atau keadaannya sudah desperado kata sifunya, lebih penting hadhir Majlis politik sebegini ...


Dia lebih selesa dalam negara, tidak perlu protokol yang ketat terutama Majlis seperti pengkebumian....


Tidak malukah seorang yang sudah tua berbuat perkara yang luar adab sopan Melayu? Kalau masa duda dia boleh raba bahu pelakun Hollywood, apa yang dia malu? Rasanya memang dia tidak malu pun? Sehari sebelum itu ...


Mengikut khabar yang boleh dipercayai, dalam satu Majlis di P&O Hotel, Penang, PM di beri kucupan di pipi oleh Datin Irene Yap. Datin ini kaum kerabat taukeh besar bekas Ban Hin Lee Bank. Kucupan terima kasih ke dan untuk apa? Mungkin ciuman di Majlis MIC untuk mengalih pandang. Sebahagian cerita boleh di baca dalam Rocky Bru di sini.

Kalau dalam gambar di aats, PM selalu berlakun malu dan segan. Alah malu konon! Tahun lepas, bini Menteri MCA mana dia raba-raba semasa Majlis perayaan Tahun Baru Cina?


Begitu lembut dan gebu ke sampai tidak boleh lepas-lepas tangan?


Berbalik kepada Majlis Pengkebumian Suharto, mungkin penganjur tidak sediakan cewek untuk dipegang dan cium dan dicium, dan tempat untuk lena tidor seperti di Malaysia ...


Inilah PM terpilih yang tidak tahu cara
Degil pulak, tidak mahu ditunjuk juga.
Kalau hanya nak buat hal dia,
Berhenti bicara terajang saja.

Tapi orang UMNO ada telo ke?
Semua membodek tidak kire
Husin tidak sanggup apa jua
Jangan sampai pembangkang yang berkuasa.

Melarat jauh cerita Husin
Dari Suharto hingga yang pelik fesyen.

Hanya yang baik Husin ingatkan
Semua ada manusia ada kekurangan.
Yang hidup ditegurkan.
Jika sedia, yang tiada diampun kesalahan.
Namu, rakyat Indonesia jua pilihan.

Al Fatihah buat Mantan President Indonesia Suharto.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trol tidak disiarkan.