Ceritanya adalah mengenai seorang isteri muda yang mendapat nafkah batin yang sempurna dari suami hingga terkentot. Apabila ditanya suami, isteri muda menjawab,”Maaf bang, yang depan ni terlalu gembira sehingga yang belakang ikut bersiul.”
Semuga pasangan pengantin baru itu sentiasa bahagia dan sang isteri sentiasa kentot.
Kalau kentot disebabkan itu, berbaloi juga … puas.
Sejak seminggu dua ni, Husin asyik kentot-kentot. Fitrah badan Husin ini, bila fikiran keliru, perut masuk angin. Masuk saja angin, keluarlah asap.
Macam mana Husin tidak kentot-kentot, dahulu ceramah bercakap mengenai keterbukaan dan ketulusan. Pemegang-pemegang jawatan harus mengikut amalan pentadbiran yang baik untuk mengistiharkan harta.
Kenapa sekarang ada ahli exco tidak mahu isytihar bila dah menang dan dapat jawatan? Husin ingat hanya tersasul gagap …
Pret pret … dah terlepas ….
Semasa hendak sokongan, PKR dan Khalid Ibrahim berbaik bercemolot dengan kumpulan hak asasi manusia. Mereka ajak aktivis-aktivis masuk parti dan ditawar bertanding. Bila menang pilihanraya, mereka jadi Wakil Rakyat dan bukan Wakil Pos.
Apabila SUARAM menegur rancangan mengenakan levi RM9 sebulan seorang kepada buruh asing, Khalid berkata NGO seperti SUARAM perlu mengutamakan kepentingan nasional bukannya menegakkan pendirian antarabangsa mengenai hak asasi manusia. Kalau dahulu disebut macam begini, Khalid yang akan menafikan. Harap bukan tersasul atau gagap.
Elizabeth Wong PKR adalah anggota jemaah exco kerajaan negeri Selangor dari PKR. Dia juga jemaah sekretariat SUARAM. Adakah Khalid menembak ahli pasukan sendiri? Keliru-keliru ...
Tho ... ooot …. baik punya.
Dalam hal si Elizabeth Wong, baru-baru ini, dia menyertai satu majlis protes mengenai mempertahankan satu kawasan hijau dari pembangunan. Pembangunan ini di dalam negeri Selangor.
Ana pening lalat la ... kenapa orang kerajaan protes sama kerajaan. Lak lak lah ... vangun-vangun... ana kujut-kujut ... ente sudah exco jaga alam sekitar, tak payah protes lagi. Lakukan saja la ....
Pot pot pot ... terkentot fula ana.
Sehubungan dengan levi pekerja asing, Khalid mahu kerajaan negeri Selangor mengambilalih PKFZ yang dituduh ramai penuh skandal. Selamat mencuba tetapi bukankah kedua-kedua perkara ini jatuh pada bidang kuasa dan projek yang melibatkan kerajaan pusat? Ada cukupkah wang?
Khalid bersyarah berkenaan pentadbiran kerajaan dan mengaku kerajaan negeri ada kuasa. Keliru Husin, bukankah perbezaan bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri sudah jelas tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan?
Poooooottttt … ini susah bila dah keliru.
Kerajaan Selangor dahulu dikatakan "jahat". Mereka hendak mensifar setinggan. Tidak baik mengadakan keadaan perumahan yang tersusun dan sihat. Mereka seolah-olah tidak ada peri kemanusiaan dan tidak hormat hak asasi manusia apabila menyempurnakan hak asasi untuk berlindung.
Sekarang Khalid pula hendak meneruskan dasar setinggan sifar. Ada pulak parti BR tidak setuju.
Hoi hoi ... mana satu Husin nak ikut ni!?
Tot tot tot toooooot …. dah terlepas yang busuk punya.
Husin setuju dengan kata-kata Raja Petra supaya diberi ketua kerajaan, negeri atau persekutuan, masa 100 hari dahulu sebelum ditegur. Sememang tidak adil untuk dituntut dan disoal semasa 100 hari yang diperlukan untuk memaham keadaan dan merancang pemerintahan.
Macam mana dengan Husin yang sedang dikeliru dan terkentot-kentot!? Tak akan tidak boleh sembahyang 100 hari kerana asyik batal wudu’?!
Preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hoi panjang dan berapi yang ini. Kalau kentot panjang lebih dua *marhalah, boleh sembahyang *jamaq qasar tak, Ustaz?
* Bagi pembaca bukan Islam, dua marhalah bermakna 53 batu. Solat jamaq adalah solat yang mengumpulkan dua solat waktu dalam satu masa. Manakala, solat qasar adalah solat waktu empat rakaat yang dijadikan dua rakaat. Antara syarat membenarkan solat jamaq qasar adalah dalam perjalanan yang lebih dua marhalah.
Husin Lempoyang
BalasPadamKau memang cekap dalam memilih siapa yang berupaya untuk banyak "blooopers".
Ha ha ha ... ada kentot boleh samai solat jamaq qasar.
Kau cuma keliru kan, bukan kau hentam .... spinnnnn!!!!!
Husin Lempoyang
BalasPadamBagi la peluang dan masa kat depa sat, baru duduk tak dan panas lagi.
Beberapa orang masyarakat cina yang saya temui, mereka memberikan masa selama dua tahun untuk melihat kemampuan BA or BR tapi kebanyakkan orang melayu nak tengok sesuatu dengan serta merta.....
Bagi peluang.....
Malam pertama pun ramai lelaki yang kalah.... he he... betul tak Husin?
bantai husin bantai.bagi depa sedaq sebelum lalok yang berpanjangan.
BalasPadamkalo ikut ko ni semuanya salah. ko je lah jadi wakil pos
BalasPadamko ni semua salah. terlungkup dunia kalo ko yang jadi wakil pos
BalasPadamKhalid Ibrahim ni memang lubuk yg bakal membawa keriangan kepada rakyat, macam Khairy dan Dolah.
BalasPadamTak akan nak tunggu dia bertahun2 tahun ... dah kena temberang dengan Dolah ... dari Agenda Melayu ke RMK9 ke Ekonomi Korridor ke apa jadah lagi janji manis mu. Macam2 helah dia tak mahu bertanding dalam UMNO.
Jangan tunggu2 lagi ... masa perancangan 100 hari kena kasi peringat. Kalau dah dua tahun dah terlambat. Belum apa2 dia dah cakap banyak bercanggah. Nanti apa dicakap lain dibuat. Apa dirancanagn apa di sebat.
INi Khalid Berahim dan nuar berahim ni. Dua2 penyangak!
Ini Khalid Ibrahim adalah orang Korporat yang keparat. Tak boleh dipercaya sangat. Dulu bersekongkol dgn taukeh cina Lim Kin Hong. Mana pernah orang kerajaan diberi saham dalam syarikat kerajaan.
Ini nuar berahim punya kroni dari dulu lagi. Yang sama2 dgn nuar poun kroni dulu - khalid ahmad, md norr mutallib, dan lain2. Ini dulu kaki sebat kiri kanan atas bawah. Rimau tak tukar belang beb.
Sdr Husin,
BalasPadamTidak kedengaran lagi tuduhan Pengundi Hantu selepas PRU12 sebabnya pembangkang menang 5 negeri. Tetapi isunya bukan pembangkang menang atau kalah tetapi kita perlu meneliti sistem pengundian itu sendiri.
Jika diamati bahawa dari mula memang halus sekali kemungkinan undi hantu dapat dilaksanakan atau jumlah undi ditipu. Bila kita keluar mengundi nama dan nombor kad pengenalan dilaungkan dan akan dicatat oleh wakil calon dari kedua-dua belah pihak; kemudian selepas pengundian ditutup. Proses pengiraan undi dilakukan didalam bilik pembuangan undi juga dan disaksikan oleh wakil calon tidak seperti dahulu di mana peti undi dibawa ke pejabat daerah mungkin boleh berlaku sedikit hankypanky. Undi pos sudah disahkan berapa ramai dan diketahui oleh calon yang bertanding. Mana boleh nak jinakkan Pengundi Hantu kerana orang yang dpilih sebagai pengundi hantu mungkin bertukar haluan menjadi penyokong pembangkang dan modus operandi mereka pasti terdedah. Jadi banyaklah rakyat Malaysia kena KANTOI dengan mainan politik PAS; DAP dan PKR.
Benar cakap Tun M bahawa Malaysia akan hancur jika diperintah oleh Anwar sebabnya ada anasir luar yang menyediakan dana untuk pilihanraya ini kepada mereka dan selepas ini mereka akan jadi BARUA bangsa, agama dan negara sendiri kepada kuasa asing tersebut
Tan Sri Khalid patutnya menjadi tauladan declare public dulu asset beliau. Nanti terurailah bagaimana dasar DEB sebelum ini menunjukkan bagaimana ia telah membantu golongan Bumiputra.
BalasPadamJangan cakap tak serupa bikin.
kentot tu klu kt sabah negeri asal i is "make luv", dipinjam dr bahasa indonesia....;)
BalasPadam