Selasa, Mac 25, 2008

Pak Lah dan Khairy Menang Anugerah Pos Malaysia

Kuala Lumpur Mac 25hb, 2008 – Pos Malaysia Berhad mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Wakil Pos untok Pilihanraya 2008 kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri Malaysia dan Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau.

Anugerah ini yang pertama kali dilancar tahun ini memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Ini merupakan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pengguna di dalam suasana pasaran perkhidmatan yang lebih bersaing.

Abdullah merupakan pengguna perkhidmatan pos terbanyak semasa musim PRU12. Mengikut anggaran firma konsultan Etot Consulting, Abdullah telah menggunakan sekurang-kurangnya 10,096 undi perkhidmatan Pos Malaysia untuk menaikkan lebihan dari 1,150 ke paras lebih ketara 11,246 undi.

Perkhidmatan Pos Malaysia lebih bermakna untuk Khairy. Undi perkhidmatan pos menyelamatkan Khairy dari kalah sebanyak 83 undi untuk menang lebihan undi 5,746 undi. Etot Consulting menganggarkan penggunaan fasiliti undi pos yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 5,829 undi.

Menurut jurucakap Pos Malaysia, Cik Jenny Stamp, sebanyak 12,000 dan 6,000 orang anak Kepala Batas dan Rembau menyertai perkhidmatan keselamatan negara. Jumlah anggota askar dan polis negara adalah lebih kurang 180,000 orang.

Pos Malaysia mengalu-alukan sumbangan mereka kepada kemajuan syarikat. Pemenang-pemenang untuk tahun ini amat bermakna kerana perkhidmatan Pos dapat meletakkan wakil di Parlimen dan pucuk kepimpinan negara. Pos Malaysia menganggap mereka lebih merupakan Wakil Pos dari Wakil Rakyat.

Selain mendapat hadiah pertama mesin pencelik mata berkomputer dan sarung tangan menahan batal air sembahyang, Abdullah juga diberi tawaran untuk jawatan posmen sukarelawan apabila bersara. Khairy pula diberi tawaran jawatan posmen untuk Rembau apabila kerjaya politik yang dijangka menunggu masa untuk berakhir. Dia memenangi hadiah sangkar kera dan berok, dan alat solek lelaki, yang termasuk ubat pemutih muka dan clorox mulut.

Upacara penyampaian hadiah masih belum ditetapkan lagi memandangkan kedua-dua pemegang anugerah sedang sibuk bertengkar dengan Raja-Raja Melayu dan menguruskan perpindahan harta karun ke Perth, Australia.

Disamping rakan cemolot mereka yang tidak bertanding, Kalimullah dikatakan telah melarikan diri ke London. Pos Malaysia berharap dapat menawarkan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar salinan dokumen kerajaan dari Abdullah dan Khairy. – Agensi Husin Lempoyang

18 ulasan:

hang kebun berkata...

Clorox Mulut?? Tak kan lah Husin..kau pun.. Setahu aku clorox buat rendam baju. Tak kan buat cuci mulut..ka ka ka.. kau ni ada ada saje. Macam ni Dewan Rakyat ada 224 kerusi ka? Macam mana satu org nak duduk dua kerusi? terpaksa pakai sofa two-seater.

teja berkata...

Dear Husin,

I really enjoy your blog! hehehe one of my favorite gem from yr site is "Is Hishamuddin cucu Onn Jaafar or Jaafar, Onn?". That had me and the entire family reading it in stitches! heheheh

This is another favorite as well.. I guess the duo won the Wakil Pos in Kepala Batas and Rembau.

Keep up the excellent work!

Wasaalam,
Teja

H.Tempoyang berkata...

Husin,

Aku rasa wakil pos kat kampung aku jauh lebih berwibawa...!

zanudin berkata...

heheh...menarik sungguh laporan dari agensi berita husin lempoyang...banyak berita yang terkini, ulasan pula di buat dengan bijaksana, terkena batang hidung bijaksini, sapa lagi kalau bukan rejim Bedo LAH Had Hari

Tanpa Nama berkata...

Sdr Husin,
Mereka mengirim dengan setem kenang-kenangan Sami Value kot. Naik gak saham Pos Malaysia.
Sebab itu semuanya takde setem ludah saslah muka pulak.

jeanbara berkata...

Lawak giler la bro...
Nanti kawan belanja roti canai...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah ha ha ha ho ho ho he he he ... wakil pos ... eh eh eh ... memang layak lah tu dipanggil wakil pos dan bukan wakil rakyat.

Shahrizat pun dahulu wakil pos juga masa mengalahkan zainur zakaria.

Najib dahulu pun pernah jadi wakil pos.

Ah ah ah ... hidup husin lempoyang

Tanpa Nama berkata...

err! sapa sebagai posmen ? rashid ke!

PM berkata...

Wang haram ta akan kekal, calon menang dari undi tipu pun ta akan kekal..akan hempas kebumi saperti kelapa jatuh dari pokok...boom.

suara kami berkata...

laa pos malaysia tak sediakan perkhidmatan pos ke longkang besar ke..dua dua bahan terbuang ni eloklah dipos ke destinasi yang dinyatakan di atas

Tanpa Nama berkata...

Hi Husin,

Yes, for every jokes and lies, there are elements of truth. Thank you for taking times to entertain. /AK

tbsbidayuh berkata...

Hi Hussien Lempoyang,

The Camel Merchant coming from Cairo. I am really impressed by your joke on the Pos Malaysia.

The next thing should be the promises of Bn lah. Dijangka Sampai Tulat.

Enjoy you blog!

Sincerely
tbsbidayuh

orang johor lama berkata...

takkan nak menang dgn undi kawasan sendiri kut klu dah panggil orang kampung beruk....


Makluman kepada semua: harap dapat tolong hebahkan blog saya mengenai wilayah pembangunan iskandar (wpi) kepada ramai khususnya orang johor. semoga sumbagan saya yang tak seberapa ini boleh menyedarkan pemimpin dan rakyat johor tentang kesan wpi. lawat:

http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/

terima kasih

cruzeiro berkata...

You're such a joker lah ....
Clorox mulut ... sarung tangan batal wuduk!

That was really good!
Cheers mate!

Tanpa Nama berkata...

Mmg pun.biaq p la meka.dlm kubuq tau la.muka x malu MENANG! cisss!

Tanpa Nama berkata...

Adoi ! Kelakarnya - I tergelak gelak tengah malam sampai my husband bangun terkejut thinking the wife kena penyakit.
Very good Entertainment !

barb michelen berkata...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

Alamat berkata...

Husin Lempoyang patut interview Pemenang Anugerah Pos Malaysia nie, untuk tahu perasaan mereka.