Khamis, Mei 22, 2008

Shahidan Terkedu di Airport

Dilapurkan berita ...

Umno Perlis Yakin Tun Dr Mahathir Akan Ubah Pendirian

KANGAR, 20 Mei (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Perlis yakin mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengubah pendiriannya untuk terus berada di luar Umno jika beliau disajikan dengan langkah-langkah berkesan untuk memperkasakan parti itu.

Pengerusinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negarawan itu mempunyai alasan tersendiri untuk meninggalkan Umno tetapi tidak semestinya beliau akan kekal dengan keputusannya jika ada kaedah terbaik untuk memperkasakan parti.

Katanya beliau akan mengetuai rombongan Barisan Nasional (BN) bertemu dengan Dr Mahathir esok dan antara yang akan dicadangkan termasuk menubuhkan Majlis Veteran Umno.

Beliau memberitahu Bernama pada Selasa bahawa BN Perlis akan memulakan kempen memulihkan semangat anggota-anggota Umno supaya tidak mengikut jejak Dr Mahathir meninggalkan parti itu semalam selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Shahidan berharap pertemuan dengan Dr Mahathir itu nanti akan membawa kepada perkembangan menarik ke arah memperkukuhkan parti.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata beliau dan rombongan BN Perlis telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini di Putrajaya mengenai perkembangan terkini politik di negeri itu.

Menurutnya antara yang telah dibangkitkan kepada Abdullah dalam pertemuan itu ialah berkaitan kedudukan kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai belum serasi dengan semangat BN dan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

-- BERNAMA

Dengar di Airport Subang, ada pi jumpa orang dan ditanya siapa tu?

Balik terkedu ...

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama2:45 PG

    Datuk Seri Shahidan pun tak terjaga kerusi MB Perlis inikan pulak nak berbicara dengan Tun Mahathir. DS Shahidan insaflah dan ambil iktibar terhadap apa yang berlaku setelah terang-terang dijatuhkan kemaluan di hadapan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak diperkenankan oleh Raja Perlis sebagai MB.
    Luangkanlah lebih masa untuk memujuk Paklah berundur dengan terhormat barulah bertempat sebab Bos tak power ma sebab tu hang tak dapat jadi MB

    BalasPadam
  2. Saya ikuti semua by election dan jenguk2 bapa angkat negeri2.Yang paling kuat kerja ialah drp Perlis.Saya tabek Datuk Seri..bukanlah bermakna tak jadi MB tak boleh menyumbang kepada agama,bangsa dan negara.

    Ada pemimpin nasibnya lagi malang dibandingkan dengan Datuk Seri.Satu tangga lagi nak jadi PM tapi disebabkan gelojoh dan Tuhan tak mengizinkan maka terpelantinglah dia ...kini main pintu belakang untuk jadi PM. Macam ni pemimpin pun ada....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10:24 PTG

    Sudahlah Abas. Bunyi macam Dolah Badawi bersyarah di RTM.

    Dah mantan baru nak mintak jumpa. Dulu manyak act. Mana ada hormat.

    Mantat.

    Mampus lagi baik.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10:44 PTG

    Anon

    Abas ini Radio Shah-berry.

    Kalau nak propaganda pun jangan jadi apologis.

    Amatur!

    Shahidan ini dulu masa Backbencher hebat dan berani bersuara.

    Tapi difahami dalam MKT UMNO sekarang, dia pengecut nak cakap.

    Badan saja besar, kote kecik ... takut dengan si lembik bodowi.

    BalasPadam
  5. anonymous/sulaiman akhlakan:-

    Permulaan senikata baik;nada pujian secukup rasa; picing tak lari...cuma endingnya saja yang kureng.

    Dalam apa jua permulaan yang dinilai ialah endingnya..

    Kamu berdua bernasib baik, kerana minggu ini tiada penyingkiran...kalau tidak kamu dah bolehlah heret beg keluar...Ada FAHAM....

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8:46 PTG

    Abas

    Frank SInatra tu tak dada vocal, pitching dll, cuma style saja ada. Tetapi dia adalah greatest singer of all time.

    Kamu ni senikata, pitching, ending dll bagus tetapi membosankan.

    Bunyi macam cut and paste dari NST, Berita Harian, TV3, Mat Taib dan Pak lah bercakap. Kah kah kah ...

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.