Khamis, Mei 22, 2008

Wan Azizah salah tanya soalan

Semasa sidang Parlimen semalam hari Selasa Mei 21hb, 2008, YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, (Permatang Pauh) memberi soalan tambahan kepada Menteri Kewangan Kedua, YB Tan Sri Nor Mohammed Yakcop (Bukit Glugor).

Soalan Wan Azizah seperti dalam hansard Parlimen mukasurat 19 adalah seperti berikut:

Terima kasih Yang di Pertua, terima kasih Menteri yang menjawab. Bunyinya baik tetapi saya nak tanya. Menurut IMF, keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat akan menyebabkan kerugian sebanyak USD945 billion dan lebih dari USD3.2 billion seluroh dunia. Soalan saya, berapa banyakkah serta jumlah nilainya institusi kewangan negara terdedah kepada keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat dan implikasi kepada ekonomi negara? ...

Aisay ... salah soalan Kak Wan. Mungkin lama sangat ke penerangan Nor Mohamad kepada soalan utama Kak Wan hingga hilang tumpuan.

Di Malaysia, pembangunan kita bagus. Jumlah dagangan kita RM1 trillion. Jumlah rizab kita besar dalam ratusan billion (lebih seratus billion saja :) ). Institusi perbankan kita stabil. Kita tak tidak akan beri pinjaman kepada peminjam yang tidak berkualiti (Sebenarnya bank kita tak beri langsung pinjaman tetapi hanya kepada peminjam besar dan kaya sahaja).

Pelaburan hasil dari pembukaan koridor-koridor pembangunan akan membawa pembangunan ke seluroh negara. Projek ini diterima dunia dan pelabur-pelabur dari seluroh dunia mahu melabur.

Ini semua kerana kita negara Islam yang mengamalkan pendekatan Islam Hadhari. .... cough cough cough ...Kita kan lakukan bersama. Yang penting, rakyat memberi sokongan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Kita semua harus bekerja dengan lebih tekun dan mengubah gaya hidup. Jangan lagi kita lalai dan alpa ...

Eh eh ... sorry pembaca. Husin dah bersyarah macam Dolah pulak. Mana kita ada gaya hidup? Lama dah tak ada gaya hidup. Hanya cukup makan untok hidup. Mati pun tak cukup nak tinggalkan harta pusaka untuk anak-anak.

Dulu Dolah asyik ingat harga komoditi baik dan orang luar bandar akan sokong dia dalam pilihnaraya, segala isu-isu dia tak ambil peduli. Harga barang naik dia tak ambik kisah kerana itu masaalah orang bandar. Orang bandar tak undi, ada orang kampung. Angkuh!

Sekarang rakyat dan akarumbi parti sudah tak mahu dia, dia masih angkuh dan degil untok mahu terus kekal jadi Presiden dan PM. Padahal ramai orang lebih layak, pandai dan yakin untok membawa kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Sebenarnya kalau Kak Wan cerdik, sepatutnya ditanya: Adakah Malaysia menghadapi masaalah pasaran sub-prime minister?

Wow! Jual PM lagi mahal dari jual MP tetapi selalunya lagi untong jual unta. Kad-dang kad-dang ada MP yang paling mahal kerana sangat hebat dan berwawasan. Tetapi bukanlah suami Kak Wan.

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama11:18 PTG

    Sub Prime Minsiter ... hahaha

    Saya baru tahu Gordon Brown itu sub prime minister.

    Sub standard prime minister.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:36 PTG

    Hi husin!

    Engkau dah murtad blog ke? Sokong kerajaan buat apa? Apa popularnya?

    Bukankah kerajaan sudah ada penyokong, ada jentera kerajaan, tetapi kau sokong buat apa?

    Bikin gua susah aje.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1:23 PG

    tengok teemberang ni, dia bukan nak cari kebenaran, keadilan atau membawa kemajuan minda.

    Main bangkang saja. Padan pembangkang negara ini tak ada class.

    Dia membangkang demi membangkang bukan untuk menuju kebaikan.

    Bodos pekak badak!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1:28 PG

    Semua tahu Kak Wan ni jadi politician atas proxy Anwar.

    Sekali-sekala kesian tengok dia, cakap depan ramai tak berapa nak lancar, tapi tak kena buu... sebab dia presiden PKR.
    Apa kan daya, isteri mithali, kena patuh pada suami.

    Cite pasal Tun tak groom his successor, Nuar pun silap tak groom Kak Wan to be his 'replacer'.

    Ya Husin, suami Kak Wan MEMANG nak beli MP.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama10:20 PG

    sub prime minister?? hahaha.. that's good.

    sokong kerajaan or not, yg penting cari dan cakap yang benar untuk kepentingan semua pihak. taksub sangat dengan satu pihak dapat apa?? dapat syurga Allah ke? heh..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11:45 PG

    Wan Azizah ni tak pandai cakap rupanya. Bila di Parlimen bercakap pun kalut je, bila wartawan tanya jawab pun tak pandai. Macam bimbo je.

    Patut kalau ye pun Anwar nak sangat isteri dia jadi proxy, ajar-ajarlah isteri tu cara bercakap macam dia. Cuba bab cakap putar belit tu tak payah ajar.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11:38 PTG

    Sub-prime Minister - this is really good because today we lost our Pulau Batu Putih. Thats the thing money cannot buy.
    WE LOST OUR PRIDE AS MALAYSIAN WHEN TUN MAHATHIR RETIRED

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11:40 PG

    pada saya performance Datin Seri WAWI selaku ketua pembangkang di parlimen setakat ni kira ok lah... tersasul sekali dua tu normal semasa dlm proses learning curve. nanti sampai masanya akan menalaah fabrik menarik ranelagh-bukitpantai-bukitdamansara-bukit segambut. ada makna tu....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.