Ahad, Ogos 24, 2008

Laporan Spy ... Over and Out

Ini laporan dari cif "spy" Husin Lempoyang.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Khairy menuduh Anwar menerima dana dari Amerika. Agen-agen kami di Permatang Pauh sudah mendapat bukti-bukti bahawa confirm perbelanjaan PKR begitu lumayan sekali.

Operasi code ten minyak rambut mendapati Pakatan Rakyat mempunyai poster, bendera, dan risalah yang begitu banyak sekali. Bilek gerakan dan pondok panas makan cukup dan sedap.

Operatif agen kod jilo jilo seben melaporkan satu parti pembangkang dikatakan membawa masuk wang ratusan juta untuk PRU12 yang menyamar sebagai FDI projek dan mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan atau Bank Negara.

Mengikutnya wang tersebut telah diagih-agihkan kepada semua parti-parti pembangkang dalam jumlah RM150 juta setiap parti.

Kenyataan Khairy hari ini menimbulkan banyak persoalan dan pihak komander diberi amaran berjaga-jaga.

Khairy tidak mungkin berani membuat kenyataan sedemikian dan menimbulkan kemarahan Amerika, melainkan dia sudah mendapat clearance.

Kami mengesyaki kenyataan ini mungkin berniat untuk menimbulkan kemarahan atau sabotaj kempen UMNO secara "reverse psychology."

Persoalannya dari mana dia mendapat maklumat untuk menyatakan berikut:
Tambahnya, dia juga mempunyai maklumat yang Anwar telah berjanji dengan kerajaan AS bahawa satu pangkalan tentera laut akan dibina di Sabah jika hajatnya menjadi Perdana Menteri tercapai.

"Saya sendiri tahu Anwar akan meluluskan pembinaan pangkalan tersebut jika beliau berjaya menunaikan cita-citanya.

Kami mengesyak Khairy adalah seorang "double agent".

Kami akan teruskan dengan pemerhatian hingga arahan seterusnya dari ibu pejabat. Back-up diperlukan segera.

Roger

Over and out ... Hahaha ...

Saya suka jadi spy
Mengumpul semua rahsia ...

... Oh superman
Oh batman
They are all my friend

Wow! Cif "spy" menyamar jual orang dan unta. "Spy" CIA konon berperang sesama sendiri.

23 ulasan:

  1. Kita harus bangga kalau ramai yang sudi meminjam untuk di agihkan dan mengkayakan pengundi setiap kali pilihanraya kecil dan umum.

    Di masa akan datang, suapan kepada pengundi harus bersistem, di mana selepas memangkah, pengundi dibenarkan membuat fotostat kertas undinya dan disahkan salinan sebenar oleh Pegawai Pilihanraya, dan kemudian membuat tuntutan kepada parti yang berkenaan. Ini akan menggalakkkan parti parti yang bertanding bersaing menawarkan harga yang tinggi bagi setiap kertas undi yang memilih calon mereka.

    Yang kita takut, parti parti ini meminjam dari 'along' di mana jika tidak mampu bayar, tentulah ada lagi sebuah dua buah pulau yang kena dilepaskan untuk membayar hutang tersebut..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6:09 PTG

    Khairy agen Singapura a.k.a Amerika/Yahudi. Sama juga Anwar.. Kong Kali Kong

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6:32 PTG

    Saudara Husin

    Tolong peringatkan penyokong-penyokong DSAI diPermatang Pauh.Berdasarkan 'pendedahan Nalla Karrupan dalam klip video You Tube' DSAI memperolehi duit yang lumayan dari sumber yang HARAM-rujuk (video klip).Jadi tidak hairanlah DSAI bolih hamburkan kpd penyokong-penyokong beliau dalam kegiatan kempen di Permatang Pauh.

    Mintak jauh dr termakan duit haram ni Sin.Kita tidak berjudi tapi kita dapat dosa sama seperti kita berjudi.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama6:52 PTG

    Khabarnya Tiga Bujang Lapok yang pergi ke sekolah orang dewasa berjaya mengatasi IQ graduan universiti dalam satu ujian.

    Soalannya,

    Apakah maksud tanda "X" pada kertas undi ?

    A. Calon untuk BN
    B. Calon untuk PKR
    C. Calon untuk BEBAS
    D. Calon untuk DIJUAL

    Mereka pilih jawapan D. Ini kerana mereka tidak pernah melihat huruf D sebelum ini. Mereka dah baca dari A, B dan C...... cikgu pun mati.

    BalasPadam
  5. Husin penjual unta pun spy juga rupanya...

    Terukan saudara husin saudagar unta. Bongkarkan rahsia pengkhianat2 negara terutamanya Rawna al-juburi

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8:06 PTG

    Wow itu ladyboy no.1 pun spy talam dua muka... Agen MataHari!

    Dua biji iPhone yang dia dapat ada direk konektion ke CIA...

    Dan sebiji untuk Agen Matahari ini & sebiji lagi untuk Agen HadHari.

    BalasPadam
  7. Menarik,

    Masa Khairy cepat-cepat beri passport supaya Anwar dapat berubat dengan doktor German dulu, maknanya Double agent beri passport pada agent?

    Agen Scomi pun dah keluar dari tahanan.

    Semua agent sudah terlepas!

    BalasPadam
  8. Imam' Masjid Wilayah, Ramlang Porigi yang menjadi tumpuan dan kontroversi selepas kehadirannya di majlis sumpah Saiful sekali lagi bikin gempar.


    Dia mengakui bahawa cara bersumpah itu tidak betul dan dia telah terpaksa untuk menerima dan berada di dalam majlis sumpah tersebut.


    Malam ini, Ramlang Porigi akan mendedahkan segalanya berkaitan isu tersebut di pentas PKR Permatang Pauh.


    Sama-sama kita nantikan.

    BalasPadam
  9. wooww..memang hebat agen Anwar.Mungkin mengunakan ilmu ghaib yang dipelajari dari Ayah Pin. Kelibat agen Anwar gagal dikesan oleh bank negara dan juga bank2 lain diMalaysia. Jika mengunakan kontena, kastam juga gagal mengesan kontena ghaib tersebut.

    Musa Aman sepatutnya melatih agennya dengan ilmu ghaib ayah pin.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama10:08 PTG

    to ofisboytgkt4:

    kalau salah bolehlah brader rawna tunjukkan cara bersumpah dgn betul... ada berani??

    BalasPadam
  11. Aljuburi,

    Tunggu habis kes mahkamah dulu.Kalau penghakiman mendapati Anwar bersalah,atas bukti bukti rekaan, maka untuk membuktikan Anwar tidak bersalah, barulah bersumpah, bagi mendapatkan kembali keyakinan masyarakat.

    Awat hangpa kalut2 tak ketahuan ni?

    Fikir pakai akai, bukan pakai kepala lutut.

    Sayfool sepatutnya bersumpah hanya apabila jika Anwar didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

    Kalut sungguh puak puak UMNO ni.

    BalasPadam
  12. Bila dengar Ramlang Porigi nak cerita apa yang sebenarnya terjadi, puak puak UMNO habih ketaq lutut..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama10:39 PTG

    Tolak Khairi & Nuar- Boikot & pilihlah AKIM jika kedua2nya tak boleh pakai.


    Saya amat kagumi Nuar sebelum ini, tetapi setelah membandingkan secara rasional, perbezaan antara Mahathir & Nuar,

    Mahathir: ada Wawasan 2020- masyarakat Malaysia Tulen. Mampu membuat apa sahaja- contoh sekarang Proton boleh buat enjin sendiri-berdikari bakal setaraf bangsa lain pada 2020. Jika menyindir, pun amat bijaksana.

    Anwar: Cakap-cakapnya busuk, muka hensem tapi sikapnya menjadikan wajahnya hodoh. Kucar-kacir. Semua orang tak baik, semua orang konspirasi.(Kecuali masa dlm govt. mcm ada adab sikit)

    Kerja beliau dari dulu hanya menzahirkan perasaan2 beruk (buas) yang ada pada setiap manusia dari satu tempat ke tempat lain untuk melantiknya jadi PM, itu sahaja. Diperhatikan ketika dalam UMNO @ diluar.

    Ini gambaran saya-Mungkin Anuar berfikiran begini:
    (saya tak maksudkan Manusia itu beruk-cuma perumpamaan shj)

    1. Katakanlah Pak Lah itu (seorang pengembala beruk) ada kat atas bukit dikelilingi kumpulan2 besar beruk2 A,B,C...G yang dipeliharanya, bertahun2. Beruk2 ini dlm kumpulannya bekerja harmoni- ada yg petik kelapa, ada yang tangkap ikan, ada yg sedang makan pisang dgn aman.

    2. Tiba2 ada seseorang datang membuaskan beruk2 ini. "berhenti kerja! buat bulatan keliling saya, angkat kedua2 tangan. Next henjut spring kedua2 tangan dan henjut kedua2 lutut anda juga, sambil melompat 2 & jerit uok2 ouk2 berulang2".

    3. Sambil itu, dia pun berceramah membenci tuan beruk itu. Modal2nya sbg contoh "pisang yang anda makan tu tak berkualiti" maka marah & kuat lah pekikan beruk2 itu.

    4. Orang itu terus merekrut pejuang2 macam movie "Planet of The Ape" supaya bergetar pada frekuensi yang sama. Dari point A ke B...G dan pusing balik A, dan mencari beruk2 liar yg lain juga. Pada masa yg sama,Paklah telah sedaya upaya mengawal orang buas & kumpulan2 beruknya.Namun keupayaannya terbatas.

    5. Bila orang itu merasakan kumpulan2 beruk ini cukup buas dan sekeliling Paklah ini beruk2 telah seragam liarnya. "Beruk2 sekalian, tengok orang diatas bukit itu,serang ramai-ramai".

    6. Terus beruk2 buas (yang asalnya jinak & bekerja) itu menyerbu dan memukul tuannya. Lalu, orang itu menghumban Paklah, dan menjadi ketua baru beruk2 itu.

    -----------------------------------------
    Mungkin itulah agaknya kebijakan, bakal PM kepakarannya membuaskan manusia. (harap2 Allah jangan-lah dia jadi).

    Sekadar pendapat sahaja, maaf jika ada yang terasa atau yakin kepada janji2nya. Saya pun tak ada masalah jika Nuar ni boleh berubah jadi lebih bersopan.

    Seikhlasnya.

    BalasPadam
  14. Eloklah tu penyangak bunuh penyangak, PRU13 nanti kita bunuh pulak penyangak yang menang.

    Penyangak pun ada yang kejam dan ada yang ada hati dan perasaan. Biarlah yang kejam mampus dulu.

    BalasPadam
  15. OfficeBoyTingkat4 said...
    Malam ini, Ramlang Porigi akan mendedahkan segalanya berkaitan isu tersebut di pentas PKR Permatang Pauh.

    ...................................

    Kalau nak buat cerita karut biarlah pro macam Husin, kalau tak mampu, semi-pro macam unta Husin pun dah kira ok..

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama2:30 PG

    soal di mahkamah itu isu lain. disini cuma nak meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak melakukan perkara tersebut . ia tak akan mempengaruhi keputusan hakim kerana di mahkamah ia berdasarkan facts dan sama ada pendakwaraya boleh membuktikan beyond reasonable doubts. dan menjadi tugas peguamya untuk raise up the doubts.

    -katakanlah anwar bersalah, kemudian dia baru nak bersumpah, adakah dia akan dibebaskan? tidak sama sekali kerana sumpah itu tidak terpakai dimana2 mahkamah di dunia.so apa takut?

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama8:51 PG

    SIN,
    Isu Double Agent tu dah lama dengarlah......tapi bak kata empunya diri....DIA ADA PROTECTION PAK MENTUA (KDN)

    Wallahualam. Ada akal fikir.
    Truth prevails..itu ketentuan karma hidup.

    Lambat atau cepat datangnya karma hanya ditentukan ALLAH SWT.

    In desperation - kadang2 terserlah sikit wajah disebalik muka.

    BalasPadam
  18. Hahaha bijak cara kau buka gelanggang Sin, sekarang kita cari "King of The Ring". Yang untung? Husin juga, sebab dah tak mau jadi saudagar unta, tapi mau jadi promoter hahaha....

    BalasPadam
  19. keluangman,
    "Kalau nak buat cerita karut biarlah pro macam Husin, kalau tak mampu, semi-pro macam unta Husin pun dah kira ok.."

    Ada tgk berita ka selain dari tv3 suku dan utusan meloya hari ni?

    aljuburi,
    Kalau selepas dibicarakan dimahkamah, maka didapati individu itu bersalah dan dijatuhkan hukuman,tetapi individu tersebut yakin dia tidak bersalah, maka baru ada kewajarannya untuk di bermubhalah.Walau pun tidak akan membebaskan dia dari hukuman tersebut, tetapi dia mendapat keadilan dari Tuhan.

    Ini macam punya hal pun tarak boleh fikir ka?

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama12:21 PTG

    kau sekolah takat darjah berapa ye?

    BalasPadam
  21. kau pulak sampai darjah berapa?

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama6:53 PTG

    Fakta dan kejujuran adalah dua perkara yang berbeza. Fakta boleh direka-reka atau diubah-ubah atau pun mungkin yang benar, kerana penilaian fakta berasaskan logik dan boleh deterima oleh akal biasa manusia. Kejujuran sebaliknya hanya hati anda dan Tuhan saja yang tahu. Kalu mahu menunjuk2 tu lain cerita. Sendiri juga tahu. Jadi dalam kes bersumpah tu lebih kepada keikhlasan, kejujuran dan keberanian; boleh jugak menipu tapi Tuhan itu ada. Persoalanya, keberanian sebegitu ada pada DSAI ? Saya percaya, dia hanya berani angkat sumpah kalu dilantik jadi PM !!! Poraahlah !!!

    21 Tahun kenal gaya DSAI.

    BalasPadam
  23. Yello Husin Lempoyang,

    Sini Agen Four Five Four Five.

    Ada ingat ka?

    Dulu saya ada duduk sana White Stone Island.

    Lepas kalah internasional kourt punya dalam, sekarang sudah pindah, okay, transfered to Perwiser Plum.

    Kalo sapa sini mari, itu saya lah yang pakai kain pelikat (itu Ismet ada kasi dulu PRU 12, manyak saya kolek).

    Saya juga ada pakai singlet lama. Ini saya ambil dari E-jam, dia kasi dari 6 kotak dia ada simpan, belakang dia kata tarak simpan.

    Aktualli itu 6 kotak ada, semua pakaian lama, itu si Anu punya.

    Bau peluh tenis dia, masih ada lekat lagi sini singlet.

    Okay, saya mau kasi tahu, Husin lempoyang itu ada subut, "Double-Agent". Okay, itu ada butoi juga.

    Sebab, ada dua orang Malysia sini, dan sana Yemarika kasih offer. To be Or Not To Be A "Double Agent".

    Saya, sama dia.

    Saya tolak, jadi dialah jadi itu "Double Agent".

    You tau kah pasai apa saya tolak?

    Sebab, syarat untuk menjadi "Double Agen" mesti pakai macam pompuan!

    Gaun free dia orang Yemarika ada kasi serupa uniporm.

    Saya tak mau apa!

    Saya sini juga syok, jadi Agen four five four five.

    Habes yundi esok kalo, saya pirgi Husin Lempoyang punya rumah, bole ka? Rendang Daging Onta ada ka? Bikinlah satu mangkok ya sebelum posa mari, okay?

    Thank you.

    Roger, over and out...

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.