Sabtu, Ogos 23, 2008

Mesyuarat Keluarga Untuk Turunkan Minyak ... Satira Sinis


Satu mesyuarat sebuah keluarga di Putrajaya untuk membincangkan keputusan menurunkan harga minyak. Laporan satira pukul 3:45 pagi penuh sinis dan cynic dari Zubli Zainordin. Mungkin ilham lepas solat tahjud, Alhamdulillah, ...


Harga Minyak Sama Harga Tahi Unta: TURUN!!!

Ismet: Ini mosyuarat keluarga, kita bincang pasal harga minyak onta sama harga tahi onta.

Anak Sulong: Apa yang mau dibincangkan bapak?

Ismet: Harga di pasaran dunia sudah pun turun, semua rakyat sudah tau, kita tidak boleh tipu mereka lagi. Depa guna dan dapat tahu dari Internet. Jadi Aku mau tau sekarang, ini harga mau diturunkan atau tidak?

Anak Tengah: Tok sah lah bapak, kita baru untung sedikit saja. Tahun ini biarlah kita ikut ketetapan harga 5 Jun 2008. Tahun 2009, bapak naikkanlah lagi sampai 300 dirham. Kemudian naikkan lagi menjelang 2010, sampai 600 dirham.

Ismet: Aku dah tersilap cakap, 1 September 2008, harga ini semua, aku kata menerusi media, akan diselaraskan.

Anak Menantu: Kenapa bapak bodoh sampai tara itu?

Ismet: Nak buat macam mana, Tuan Penasihat bagitau begitu! Aku umumkanlah. Sudah terlanjur, nak buat macam mana?

Anak Menantu: Berhentikan sajalah Tuan Penasihat ini bapak, anakanda benci melihat muncungnya.

Tuan Penasihat: Wah! Ini sudah melampau ni. Karang aku You Tube gambar kau menari pakai gaun, baru kau tahu!

Anak Menantu: Cobalah kalau kau berani! Esok muka kau keluar muka depan akhbar, makan mee sodo, nak?


Ismet: Sudah! Sudah!! Tak usah bergaduh, kita semua dalam satu parti.

Tuan Penasihat: Jadi apa keputusan Tuan Ismet. Jikalau kita tidak turunkan harga minyak dan harga tahi onta, maka Tuan Ismet akan diturunkan di Pauh Permatang!

Ismet: Inilah yang aku rasa macam nak demam kus-kus neh.

Anak Menantu: tak usahlah turunkan harga bahan istimewa ini bapak. Bayaran komisyen rebet pun baru dapat sikit saja.

Anak sulung: Kau tu asyik fikir komisyen rebet saja, bapak dah nak terkelepet ni, kau tak fikir. Mementing diri kau sorang saja. Jikalau bapak turun, kita semua turun! Kau tau dak?

Ismet: Jikalau begitu, tak usah lawan bapak kali ini, kita semua setuju harga bahan ini diturunkan.

Anak Tengah: Berapa banyak bapak nak turunkan harga?

Ismet: Entah! Tanyalah Tuan Penasihat.

Tuan Penasihat: Kita tidak boleh turunkan sposen sposen sposen. Mestilah lebih dari sposen, jikalau tidak malulah ana.

Ismet: Jadi berapa sposen kau nak cadangkan Tuan Penasihat?

Tuan Penasihat: 5 sposen.

Anak sulung: Apa yang kau melalut neh Tuan Penasihat, cakaplah betul-betul berapa jumlahnya?

Tuan Penasihat: Hasil pendapatan ramai, eh, maaf, hasil pendapat ramai, dan pendapat pakar, yakni Saudagar Husin Lempoyang, maka ana cadangkan harga diturunkan sebanyak 50 sen, bersamaan 50 dirham.

Ismet: 50 dirham! 50 sen! Kau nak mampus!!!

Isteri: Kanda marah?


Ismet: Tidak, tidak, kalau marah nanti kanda kena jual. Maka, kau orang cadanglah, dan turunkanlah banyak-banyak sampai semua puas hati.

Isteri: Sabarlah kanda.

Ismet: Dinda cadang berapa?

Isteri: 15 sen, bersamaan 15 dirham untuk minyak onta. Manakala untuk tahi onta, 8 sen, bersamaan 8 dirham.

Ismet: Geliga sungguh otak dinda. Baiklah 15 sen untuk turun harga minyak onta, dan 8 sen untuk turun harga tahi onta. Kita umumkan malam ini jugak.

Anak Menantu: Tunggulah 1 September 2008, nanti orang tuduh bapak ni Flip-Flop!

Ismet: Tak apalah apa orang lain nak kata. Bapak pun dah memang flip-flop-flup pun. Kita umumkan malam ini jugak ...

Wow! Besok makanan unta akan ikut turun. Kalau tidak, boleh tubuh lagi satu Jawatankuasa atau Suruhanjaya untuk Pantau Harga Makanan Unta. Pantau saja la ... Jangan buat apa-apa. Pembekalnya Syarikat Seko Me dari Perth, Australia.

14 ulasan:

  1. Se kome? seekor me? seekor menatang?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10:40 PG

    OIC ......... nampaknya Tuan Penasihat kelam kabut sebab harga minyak mentah nak mencecah USD121 pada hari Khamis dari sekitar USD112 setong. Kalau tak turun lagi nanti susah nak kempen kat Permatang Pauh.
    Penasihat silap sebab harga patut turun pada 15/08/08 hari tu semasa harga minyak mentah terendah. Mungkin 30 dirham tapi sebab flip flop maka harga dapat turunkan 15 dirham saje.
    Malam tadi minyak turun balik ke paras USD114.50 setong turun USD6.59 setong. PAda analisis saya harga minyak petrol sepatutnya turun sebab nilai ringgit merosot di pasaran kewangan dari RM3.15/USD merosot ke RM3.35/USD, jadi walaupun harga minyak mentah
    turun tetapi nilai ringgit merosot.
    Kerajaan patut meningkatkan nilai ringgit di pasaran ke paras RM3.00/USD barulah harga minyak dapat ditetapkan sekitar RM2.00 seliter dengan subsidi 30 dirham. Kenaikan nilai ringgit juga akan membantu mengurangkan inflasi.
    Cadangan saya terus buat sahaja harga free float minyak di pasaran tetapi nilai ringgit hendaklah dinaikkan berbanding matawang asing sebab sebenarnya nilai matawang ringgit merosot nilainya di pasaran matawang.

    BalasPadam
  3. PR pun sebelum pilihanraya buat peruntukan org miskin dan rebat rumah ibadat.

    sama jugak kan...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12:06 PTG

    Ismet: Apa lah si Husin Lempoyang ni tak syukur ke aku dah turunkan minyak?

    Penasihat: Susah nak kata demikian. Dia kata terima kasih dan syukran semalam.

    Ismet: Tapi dia masih sindir-sindir aku.

    Anak Menantu: Dia cuma tak dengar jelas radio, baba.

    Ismet: Sindirlah tu. Husin Lempoyang kalau tak sindir, tak sah. Kau tengok tu dia letyak gambar-gambar Mafia cerita Godfather. Itu sindir kita lah.

    Anak Sulong: Pedulilah baba, apa dia nak kata. Dia cuma blog satira.

    Anak Tengah: Tak boleh bang. Dari jenaka satira lah orang suka ulang-ulang. Lama-lama ada akan percaya maksud dan sindirannnya.

    Ismet: Bagus kau Nori. Kahwin orang genius, kau pun genius. Asal jangan kau terbalik tukar pakai baju orang jantan kerana suami kau pakai baju gown.

    Penasihat: Tapi memang betul cakap Husin Lempoyang. Kita ni macam Mafia family. Cari harta dengan melanggar undang-undang dan makan rasuah. Tuan pun orang Penang suka makan makanan Mamak ... roti canai dan mi goreng. Itu kan macam pizza dan spaghetti. Kalau cakap Italian, pangkat saya adalah consigliari.

    Ismet: Yalah yalah ... Betul tu! Tapi janganlah disebut-sebut ... Aku nak jaga imej sebagai Imam Islam Ada Had dan Ada Hari ...

    Ghasidah! Ghasidah!

    Ghasidah: Ghasidah dataannggg abah.

    Ismet: Aku maarh dan penat ni. Bawak aku pil tidor. Aku nak tidor. Nanti tertidor tengah Majlis lagi susah.

    Apa lagi Husin Lempoyang akan panggil aku? Kalau sleeping beauty tak apa juga ...

    Penasihat: Tapi tuan sudah tua kerepot nak mampus. Mana boleh dipanggil beautiful?

    Ismet: Shut up you Kassim Pantalon

    Isteri: Oi oi ... apa bising bising ni. Alah abang ni. Tak payah marah2. Kan saya akan sentiasa sokong ... bang. You will always be beautiful to me...

    Ismet: Itulah aku suka dengar ... Kau ni Kassim tak tahu ampu macam bini aku. Semua pendapat aku dia akan cakap saya sokong.

    BalasPadam
  5. Semalam pun saya ada discuss pasal harga minyak ni.
    Saudara cakap ok je. Tapi kalau turun 30 sen lagi bagus :)

    Jemput ke selingan menarik ;)
    http://teampemudaumno.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1:25 PTG

    ex-pembantu rumah yang pakai seluar, kaki-tidur... pakai lampin?

    BalasPadam
  7. Turun! Turun-turun!!!

    Jom! Husin Lempoyang, "Omar Rojik", kita buat Pilem...


    http://atotalblog.wordpress.com/2008/08/23/husin-lempoyang-omar-rojik-and-zubli-having-fun-minyak-turun/

    BalasPadam
  8. Hentam sajalah labuuuuuuuuu...

    BalasPadam
  9. Ya ALLAH yang maha mengetahui, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, peliharakanlah hamba MU, rakyat Malaysia daripada segala kekejaman dan kezaliman pemerintahan regim UMNO dan Barisan Nasional.

    Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, laknatilah dan turunkanlah bala dan pembalasan azab MU kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengkhianati amanah MU agar menjadi pentadbir yang telus kepada rakyat Malaysia.

    Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, kurniakanlah kekuatan, ketabahan, kemenangan dan hidayah MU kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah dizalimi oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

    Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, bukakanlah pintu hati seluruh penduduk dan pengundi di Permatang Pauh agar memilih dan memberi undian mereka kepada hamba MU, Anwar bin Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 24 hb Syaaban 1429 Hijrah ini.

    Selawat dan salam ke atas junjungan kami Rasulullah sallallahu aleihi wassalam, kaum keluarga serta para sahabat.

    Amin ya Rabbal’alamin.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama10:21 PTG

    Kera Rakyat,

    Kau doakan la sekali, agar anwar terbuka hati nak bersumpah yg dia tak liwat si saiful, aku nak tengok dia bersumpah daripada berdolak-dalik..habis cerita

    BalasPadam
  11. Kata Dolah: ' Husin Lempoyang - i don't care, i buat semua ini untuk rakyat'

    BalasPadam
  12. Wahai Husin Lempoyang,

    Mari tengok,

    "Bau ashyem, ketiak siapa busuk!"

    http://www.pp44.com.my/

    BalasPadam
  13. husin,

    aku pinjam versi tiga abdul tahi onta. letak dalam blog aku... satira sungguh...

    BalasPadam
  14. Sin, setakat minyak je turun tidak akan memadam kebencian rakyat kepada kerajaan tiga beranak, unless Dollah kasi turun these tiga makhluk:

    1. Dollah kasi turun,

    2. Najib kasi turun, let Ku Li lead UMNO and run the country,

    3. Khairy kasi turun and keep him away from UMNO dan government,

    And plus bonus raya untuk rakyat, let BPR investigate Khairy, SCOMI and Kamal.

    If this happens, Anwar will shiver in fear.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.