1. Adakah UMNO berjuang membela kesejahteraan orang berbangsa Melayu?Soalan yang tepat, padat, dan kaw.
2. Adakah PAS berjuang untuk menegakkan syiar orang yang beragama Islam?
3. Adakah PKR berjuang untuk menegakkan keadilan bagi orang Melayu Islam?
Biar hamba, Husin Lempoyang, saudagar unta dari Cairo, bapak kepada Hasan Lengkuas, dan lebih untung jual orang dari jual unta ... Wow! memberi jawapan yang tulus dan ikhlas dengan satu cerita.
Al kisahnya, ...
...eh ... cut cut. Tuan Direktor, kenapa semua cerita Melayu mesti mula dengan Al Kisahnya? Macam Al Gore.
Dah bapak aku, Abdul Nafsu suka mula cerita macam begitu. Ikut sajalah skrip yang aku sudah tulis ... adat kita ikut tradisi lama. Okay berbalik kita. Ikut saja skrip tu. Action! Taaake two!
Tuan ... sekejap tuan. Kenapa mesti guna perkataan orang putih? Tak boleh ke pakai perkataan Melayu?
Ehhh ... banyak songel engkau ini. Belum pun jadi bintang felem. Baru pelawak pun dah cerewet.
Saya hanya mahu ingatkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Okay saya sudah bersedia.
Baiklah peringatan yang baik. Lakunkan! Rakaman ketiga!
Al kisahnya, satu persidangan bekas anggota bersenjata seluruh dunia telah diadakan di Paris untuk membincangkan mengenai isu-isu kebajikan bekas-bekas anggota bersenjata.
Di dalam satu sesi bengkel yang membincangkan masaalah kehilangan anggota yang dialami askar semasa pertemporan, seorang wakil dari Amerika menjadi salah satu ahli panel.
Dia memberitahu sebarang anggota bersenjata mereka yang terpaksa dipotong tangan atau kaki digantikan dengan anggota palsu bermutu tinggi.
Wakil dari Perancis yang merupakan ahli panel kedua memberitahu bekas-bekas anggota bersenjata mereka diberikan jawatan tinggi korporat disamping anggota palsu.
Selepas itu sesi perbincangan dari para hadhirin. Setelah pelbagai pandanagn dan persoalan ditimbulkan oleh pelbagai wakil-wakil dari negara-negara maju bangun berbicara, wakil Malaysia yang duduk terperuk dibelakang sebelah hujung bangun.
Dia memberitahu bengkel bahawa askar-askar Malaysia tidak pernah mengalami kehilangan kaki atau tangan.
Askar Malaysia hanya mengalami kehilangan kepala kerana semasa Jepun menceroboh Malaya, mereka banyak potong kepala. Itu pun kami berjaya tukarkan dengan kepala palsu bermutu tinggi yang diperbuat dari kayu.
Seluruh bengkel terpegun. Pengerusi bertanya dimana untuk melihat rekaan Malaysia ini.
Wakil Malaysia menjawab kebanyakkan askar-askar ini sudah tua atau sudah meninggal dunia. Zuriat mereka juga berkepala kayu.
Banyak dari anak-anak mereka berada di Parlimen. Hampir kesemua ahli-ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera dari Barisan Nasional, dan parti-parti PAS dan PKR adalah anak-anak askar ini.
Semua parti dan bebas ada. Siapa yang kepala kayu kerana sayangkan undi?
Seorang penuntun bangun bertanya adakahs emua ahli parlimen Melayu demikian. Wakil Malaysia terangkan. Satu saja pasti tak. Ibrahim Ali. Dia Bebas ... maaf, dia Perkasa.
Wow! Anon 8:18, aku tujukan Wow! itu untukmu.
Potong!!!! Cetak rakaman itu!
Bagus Husin Lempoyang. Pergi pejabat tandatangan kontrak sosial.
Kontrak sosial? Aku ingat kontrak felem. Celaka punya Tuan Direktor.
kekekke~ tepat n padat
BalasPadamHusin....Husin.
BalasPadamKadang-kadang saya geram sama lu,
Tapi ada ketikanya saya ketawa terbahak-bahak.
kahkahkahkahkahkah.
Sin,
BalasPadamSilap tu, bukan kepala dia orang yang kayu....tapi...otak dia orang....OTAK KAYU....
tuan rumah,
BalasPadamsaya ada ramai kawan melayu yang otak bergeliga jugak. tak patut lah sebab kerbau seekor kat parlimen, habis semua terpalit?
dan juga, ramai kawan bukan melayu saya yang sama berkepala kayu, berotak tahi. dah tahu kebanyakkan BN penyagak, tetap jugak undi depa.
d'frog prince
Director: Ini misai ke tanglong?
BalasPadamRamlee: Misai pun boleh,tanglong pun boleh,Tuan!
Ohhh ... aku terasa sin. Pasal business high commissioner.
BalasPadamFroggie, Husin sudah cover tu. Dia kata "... hampir kesemua ahli-ahli Parlimen ..."
Husin ni lawyer ke? Mungkin anak murid aku. Cover baik punya!!!
Jawapan kepada soalan di bawah:
BalasPadam1. Adakah UMNO berjuang membela kesejahteraan orang berbangsa Melayu?
2. Adakah PAS berjuang untuk menegakkan syiar orang yang beragama Islam?
3. Adakah PKR berjuang untuk menegakkan keadilan bagi orang Melayu Islam?
Jawapannya :
1. Ada / ya
2. Tidak
3. Tidak...
Ibrahim Ali?
BalasPadamWow!
Berapa harganya? Ana mau beli Lah...
Lain kepala kayu, tak nak!
Ini bagus punya ulasan. Otak kau hari makan examo ckm 500. ha ha ha
BalasPadamKepala yang di tengah tu dibuat dari buloh betong.
BalasPadamBunyi kuat berdegar2 tapi kosong ... hehehe
Puhhh .. sin
BalasPadamKena tepat selepek!!!
Nampaknya kita undi parti katak lah untuk PRU13.
Husin...husin,....
BalasPadambetul soalan tu..
aku tambah sikit..
1.Adakah islam yang diperjuangkan oleh parti pas itu tidak adil dan memerlukan Parti keadilan untuk meng adilkan islam yang diperjuangkan oleh pas..
Dulu boleh gak kita kata ADIL ni Anwar dalam isteri luar..lani semua dok kat luar...
mula-mula x faham gak apo kau nak citer nie Husin,bila sebut Ahli Parlimen Pasir Mas tu,barulah dapat sikit,baguihh Husin..teruskan keje jual unta kau dan tembak ahli politik kita yg patut ditembak...huhuhu
BalasPadamKau ni lawaklah sin... Tak tau nak cakap apa. Blog ko ni lebih baik dari blog si khairi, anwar dan lim kit siang. Mereka tu blog underdog je.
BalasPadamAlahai Husin..
BalasPadamDimana ada kepala kayu disitu ada hantu..Ahli Parlimen berkepala kayu dipilih oleh pengundi-pengundi yang kepala kayu .
Wah! kalu macam tu ramai yang terkena dengan posting ko kali ni husin..
Teruskan dengan jual unta ko sin...
ni betul-betul taik lembu gugur dari langit.
BalasPadamhahaha..tekena2
BalasPadamMacam banyak untung, sin.
BalasPadamBayak olang boleh jual. Kalau termasuk pengundi yang mengundi, satu Malaysia boleh jual.
Tapi bila lebih olang dari pembeli, aiyoo ... banyak lugi. Harga merudum. 10 paun sorang pun tak laku.
Sadiq Sigaraga jatuh harga dari 50 paun ke 25 pense. :)
Pak Hussin, kawan nak tambah sikit, selain kepala kayu, ada jugak yg ditukar dgn kepala tin susu kosong, bunyi banyak kuat la pak hussin, boleh buat main gendang tarian naga, tambah2 tin susu dr china yg tercemar toksid melamin ka apa...itu ada satu contoh tp sudah resign satu kali sebab dia punya lagi satu kepala ada manyak kuat.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSin, tolong wat citer ni.
BalasPadamwww.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Isu ketuanan melayu?
BalasPadamUh ... itu silap dolah kok (lanas). Dialah patut repair dan betulkan kesalahan istilah ... tahun 1986 ISEAS Singapore.
Mana ada dominan melayu. Tuan bukan dominan tetapi respek. Cerita panjang.
Dalam ekonomi kita minoriti. Itu ketuanan apa pula?
Ini semua pasal kepala palsu byk tak tahu berfikir kreatif.
itulah pasal.
BalasPadamaku dah ckp dah. ketuanan bukan membawa maksud tuan saja.
maksud ketuanan kat sini hormat.
aku dah cerita kat blog aku.
diorang saje tak phn sbb kepala palsu otak sempit
Tuan Husin,
BalasPadamWalau pun kepala kayu tapi dlm akaun bank mereka ada berjuta juta.
Itu bukan duit kayu...duit betul.