Selasa, November 18, 2008

Kisah Noh Omar, Usahawan Fofesyenal, dan Sosej


Dalam satu Majlis Ilmu berkaitan ekonomi Melayu, Dato Noh Omar diminta bentangkan kertaskerja.

Dia mengatakan, "Kita perlu mengeluarkan lebih ramai "fofesyenal" Melayu melalui program Modal Insan. Selepas mereka habis belajar dan balik dari luar negara, mereka boleh menimba pengalaman semasa menjadi "fofesyenal-fofesyenal" dan mencebur bidang keusahawanan.

Inilah cara terbaik untuk kita mengeluarkan lebih ramai usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera."

Salah seorang hadirin yang mendengar ia-lah kawan-kawan Khairy gang Tingkat 4. Senyum dia mendengar kerana ini adalah peluang untuk kawan-kawan Oxford and pelajar British Top University untuk diberi projek untuk dapat jadi usahawan .

Semasa berhenti rehat minum teh (biasalah seminar lebih banyak makan sedap dan minum teh dari perbincangan), Dato Noh diletakkan satu meja dengan seorang bekas Menteri yang berkhidmat zaman Tun Abdul Razak dan Tun Hussen Onn (kita panggil Tan Sri sajalah).

Tan Sri itu terus bertanya kepada Noh Omar, "Betul ke budak-budak balik belajar boleh jadi usahawan berjaya?"

Noh menjawab, "Saya lihat ini banyak dari kalangan bekas penuntut-penuntut MRSM, IKM dan UiTM bawah kelolaan MARA yang demikian. Padahal kita tidak beri latihan keusahawanan dahulu. Karakter lasak mereka semasa belajar dan di luar negara menjadikan mereka berani mencuba dan sedia ambil risiko."

"Aku tak percaya. Kita kena bimbing mereka. Mereka mungkin pandai belajar tapi tak mesti berjaya begitu saja. Orang Melayu sudah hilang sejarah berdagang dan berniaga semasa di ketepikan oleh British dari arus pembangunan.

"Aku hantar anak aku ke German untuk belajar."

Noh menyampuk, "Baguslah itu. Sana cara dia praktikal."

Tan Sri sambung, "Taka da juga. Dia banyak main dan akhirnya fail. Kau tahu bila dia balik, aku tanya, kau dah fail ni macam mana?

"Dia kata dia belajar mengenai line production. Katanya, line production yang dia sudah reka boleh buat semua. Masukkan lembu, mesin boleh sembelihkan, buang kulit dan tulang, potong-potong daging, asing jenis-jenis daging dan akhirnya diproses jadi sosej."

"Bagus tu. Kalau teknologi itu boleh dibawa ke Malaysia, kita sedia biayai." Noh Omar mencelah. Macamlah senang biayai usahawan Melayu. Banyak sangat cekadak MARA, SME Bank dan lain-lain agensi. Nak lulus boleh makan setahun, nak dapat release duit lagi satu cerita.

"Alah .. Noh. Kau jangan kena temberang. Anak aku nak kelentong. Kau tahu, apa aku jawab?" Tan Sri bertanya.

Noh yang tidak boleh teka apa jawapan menunggu dengan seronok, "Apa-apa?!"

"Aku jerit kepala hotak kau! Apa kau belajar ambiskan duit abah bertahun-tahun cuma nak buat sosej. Abah pakai sosej masukkan mesin di kilang dan boleh keluarkan lembu ...

.... macam kau."

Kah kah kah .... semua ketawa.

"Apa jadi anak Tan Sri?"

"Sekarang dia usahawan berjaya pasal dia pandai temberang dan meyakinkan orang."

Terpompong mulut Noh Omar yang tak kena gaya disindir. Tak payah "fofesyenal-fofesyenal" nak jadi usahawan. Inilah cara orang lama kenakan orang.

Noh Omar, calun MKT tertinggi pencalunan.

Wow! Husin jadi saudagar unta dari mula cuci taik unta. Tapi Tan Sri jual orang lagi kelas.

18 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:12 PTG

    Lawak, lawak,,,

    Noh Omar ini antara balaci2 KJ lah... bengap semacam....

    http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12:51 PTG

    Power la story husin ni..

    Betul sin, nak berjaya dlm bisnes mesti kuat klentong utk yakinkan pelanggan.. klentong bukan tipu

    doctor, akauntan, loyer lagi kuat klentong utk kenakan caj tinggi pd client, klentong cara pofesnal...

    Wak Bisnes

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:51 PTG

    kalau tak suka, semua salah. betul ke begitu ... tiada langsung kebaikan? atau serangan tak berasas menutup terus khidmat seseorang?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1:32 PTG

    2 kali aku baca post engkau ni sin tapi aku tak berapa faham,banyak spelling error dalam post kau kali ni.

    BalasPadam
  5. Nyija kita manyak fofesyenal-fofesyenal-fofesyenal-fofesyenal-fofesyenal...manyak aargh, kita moleh muat sosej unta.

    Kemunian masyiuk itu sosej unta, line production, moleh keluar pemimpin itu parti musat punyia.

    Lia olang, gelenti fofesyenal-fofesyenal.

    Apa maciam Husin Lempoyang?

    BalasPadam
  6. masuk sosej keluar lembu?? kakaka, tergolek-golek membacanya.

    tuan rumah, walaupun kita banyak kali berbeza pendapat tapi pada dasarnya, saya rasa kita ada banyak persamaan, tak peduli lah orang tu tampak je betul, kalau benda tak betul, kita kenakan. itu baru adil namanya, kakaka.

    biar PR atau BN, kalau dah tak betul, tak boleh sokong, betul tak?

    dalam business, kelentong boleh dapat business tapi kelentong TAK BOLEH maintain business!! macam projek boat pertahanan kita, kelentong je lebih, boat tak siap, duit keluar jugak, itulah kemuncak business kelentong. yang bestnya, kaki kelentong tak perlu menanggung apa2 kerugian, biar orang yang kena kelentong je tanggung.

    www.tmithomas.blogspot.com

    BalasPadam
  7. salam,

    che moq pun fofesyenal guna sosej tapi bukan sosej lembu..hehe...

    che-moq.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama2:47 PTG

    Begitulah orang berniaga, lebih senang masuk neraka dari berusaha untuk mengelakkan neraka.

    Takut kat akhirat nanti...
    "...Ini naraka ente yang punya ha ha ha ha..."

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4:25 PTG

    betul sin bukan nak jadi saudagar saja nak jadi menteri/wakil rakyat/ahli politik mesti lagi mau pandai klentong...ana tak percaya....
    tengok mcm mana menteri jerawat batu ni bantu pengusaha2 bas yang permit nya org politik melayu punya tapi di usaha kan oleh ah chong..bila ah chong nak mintak turun bayar komisyen..mula pengusaha sewa permit ni buat kacau maka menteri jerawat batu ni bagi la naik tambang dgn menipu rakyat dia kata surcaj..untuk musim perayaan saja..lani diteruskan pulak..dalam bajet 2009 dia bagi tol murah kat pengusaha permit bas ni..dia tambah subsidi disel..ini cara jerawat batu tipu rakyat...nak bantu usahawan melayu yang sewa permit..masa mula2 naik harga minyak kunun nak guna duit subsidi nak memperbaiki pengangkutan awam...cuba tuan husin naik komuter dari pantai dalam ke kl sentral pukul 7.30am hari bekerja...sebijik mcm kat india..itu cara nya pak mentri klentong....

    baca utusan melayu...
    TOL TURUN 10% untuk perjalanan 12mlm hingga 6 am...untuk hantu raya yang menggunakan lebuhraya

    BalasPadam
  10. Salam Blogger,

    Husin,

    Apa lu cakap...???

    Ana talak paham ma...

    Ada unta libih tak...??? Nak buat qurban...


    Ikhlas,

    SARFAMS.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama10:37 PTG

    haha lawakbetul alkisah ni

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama10:41 PTG

    byk hal yg sibuk pasal spelling. dia faham bahasa noh omar saja ... fofesyenal ... atau baik pergi baca blog mat taib, ali rustam azalina, zahid hamidi dan khairy ... kah kah kah ... universiti mana noh omar dapat ijazah law ... pasti tak ada mock courtroom atau cakap jawa di court room

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama11:29 PTG

    Betul tu Pak Husin!

    Dah masuk bulan ke 5 loan aku terperam kat SME bank Ipoh!, Balik-balik mintak bank statement terkini, agaknya dia minta bank statement sehingga hujung tahun 2010 baru loan di proses kot

    Capcibo

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama11:56 PTG

    Lembu - potong - masuk mesin proses jadi sosej! Sosej - masuk mesin - keluar jadi lembu! kah! Kah! Kah!

    ..??. proses keluar susu! Susu - proses keluar jadi payudara? Aku mau jadi usahawan ini. Aku mau! Aku mau!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama12:35 PTG

    cedrita lucah tan sri ini memang bagus. Nga nga noh omar ye!

    BalasPadam
  16. Noh Omar ni typical masuk UMNO bagi kepentingan diri sendiri. Dia buat kelab UMNO Luar Negara tu batu loncatan nak jadi Menteri.

    Spesis super duper lalang macam Noh Omar, Zahid Hamidi ni semua sibuk macam beruk kena belacan nak jadi MT, esok sambung kontrak HP6 tukang angguk.

    Habislah UMNO kalau lantik spesis2 macam ni lagi. Perwakilan2 harus muhasabah diri kalau sayang UMNO dan masa depan anak bangsa.

    KATAKAN TAK NAK dan TOLAK NOH OMAR DAN ZAHID HAMIDI DI PAU 2009.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama6:19 PTG

    tuan lempoyang

    ...lari pada topik sikit..jangan marah!

    INI APA KE CERITA 'GERBANG REBANA UBI' YANG TIBA-TIBA TERCETUS DAN TIADA PIHAK YANG TAHU MENAHU ATAU MEMANG TAK TAHU, ATAU SENGAJA TAK TAHU, ATAU PURA2 TAK TAHU ATAU TAK NAK AMBIL TAHU..ATAU SEDAP LAGI MAKAN TAHU YONG TAU FOO!

    KALAU SEMUA TAK TAHU..CUBA RISIK SIKIT DARI MALAYSIA INSTITUTE OF PLANNERS (MIP) KOT KOT PUAN TU TAHU!

    PICOLOTIKUSMONDOQ

    BalasPadam
  18. Yang pelik nya Bank ni nak kiter punyer account tu padat ngan wang.

    Kalau dah padat ngan wang tak usah lah pinjam aper lah Bank nih...

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.