Khamis, November 20, 2008

Lawak Jenaka Ceramah Politik


Kalau yang bercakap itu sedap, ceramah politik memang amat menghiburkan. Tak kira BN atau PR.

Husin akui syarahan Anwar memang menghiburkan. Dalam dia menghiburkan dan membuat para penuntut terpegun dan beri perhatian, masa itulah dia cucuk jarum. Cucuk jarum saja. Bab cucuk lain Mahkamah Tinggi akan tentukan pada Februari 5 dan 6 hb tahun hadapan.

Pada malam Black 14, Husin pergi dengar Anwar bercakap di Kelab Sultan Sulaiman. Dia kata, "Kita akan mengambilalih kerajaan dalam sedikit masa lagi. Apabila kita dapat berkuasa, kita akan lakukan pembaharuan. ....

Sorang sorang dia mengata dan apabila sampai ke Najib, dia pun cucuk jarum, "

Bagi Najib, kita tak buat apa-apa pada dia, ... tidak tuan-tuan puan-puan. Kita akan hantar dia jadi Duta Malaysia ke Mongolia ...."

Kah kah kah ... penuntun ketawa. Dapat dia sebarkan fitnah dan membuka perasaan ingin tahu dari kalangan penuntun.

--------------------------

Ada satu masa, Husin dengar Saari Amri, budak Keadilan. Masa itu dia hentam Zam selepas interview di TV asing.

"Ini macam mana Menteri Penerangan. Dia seorang wartawan veteran tapi ini bukan Menteri Penerangan tapi Menteri Kekeliruan."

Kah kah kah ... dah kena Zam. Padanlah kau Zam. Kau memang teruk pun.

----------------------

Masa pilihanraya lagi best. Kadang-kadang ceramah itu dekat-dekat. Boleh dengar group sini cakap dan group sana cakap. Kalau satu group speaker dia kuat, terpaksa satu group diam dulu.

Ini satu kisah melibatkan seorang Menteri veteran yang memang hebat dalam ceramah kepada akarumbi. Dah tak ada orangnya. Jadi Husin tak sebut nama dia.
Masa itu, zaman UMNO lawan Semangat 46. Kira lawannya UMNO dgn UMNO juga. Pasal UMNO kena bubar, sorang kata itu bukan UMNO ori dan satu kata dia punya UMNO juga.

Di satu tempat, maka ceramahnya dekat-dekat. Speaker UMNO besar dan power, maka penceramah Semangat 46 terpaksa berdiam dahulu dan dengar untuk dijawab balik.
Dalam ucapan, YB Menteri ingin mencerminkan mengenai pembangunan Islam yang dibawa zaman Dr Mahathir untuk menjawab tuduhan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah.

"... Saya nak beritahu tuan-tuan dan puan-puan semua., Dr Mahathir baru saja pulang dari Mekah. Di sana dia telah diberi penghormatan untuk tawaf dalam kaabah. ...

Belum dapat orang ramai menepuk, penceramah Semangat 46 sudah balas.

"... Hoi YB, mana boleh tawaf dalam Kaabah. Macam manalah kita nak harap UMNO dan BN untuk mengimarahakan Islam, hukum tawaf pun dia tak tahu. ..."

Terbahak-bahak penuntut di dua-dua pihak ketawa.

Diluar pandangan orang ramai, ahli politik dengan ahli politik ini, walaupun bersaing hingga tebar fitnah, heret orang ke mahkamah dan sumbat menyumbat ke penjara, mereka boleh berlawak dan berkawan sesama mereka.

YB itu dan penceramah S46 itu duduk hotel sama dan apabila pulang ke hotel, mereka duduk minum satu meja sama-sama ketawakan kesilapan YB Menteri itu. Begitulah politik satu masa dahulu, tidaklah begitu tension dan stress macam sekarang. Tak ada humour dan kesetiakwanan lagi.

------------------------

Dalam satu ceramah PAS di Melaka, masa itu Tok Mat jadi Menteri Penerangan, Husin terdengar Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub berceramah. Masa itu dia sedang mengusik Menteri Penerangan. Dalam ceramahnya, dia berkata:

"Kalau PAS memerintah, kita tidak akan buang Tok Mat dari Kementerian Penerangan. Kita akan kekalkan dia di sana. Kita akan pastikan dia kekal di RTM. Kita akan letak dia jadi Pengacara Rancangan ... Pooooppppp Quiz!"

Ada kawan pergi beritahu pada Tok Mat sendiri. Tok Mat jawab, "Beranganlah PAS nak memerintah.

"Macam mana memerintah. Itu pun dia tak tahu. Itu bukan rancangan RTM, itu rancangan TV3 ....."

Kena balik PAS.

Macam begitulah Husin dengar dahulu PAS berangan nak perintah macam Anwar nak ambil alih pemerintahan.

Pada malam Black 14, Anwar berkata,"Kita akan tukar kerajaan dalam sedikit masa, harap tuan-tuan puan-puan bersabar. Kalau tidak dua tiga minggu lagi, bulan depan. Kalau tidak bulan April, bulan Mei. Kalau tidak Mei, Jun atau Julai. Pastinya, paling akhir sekali pada bulan September."

Yang itu Husin ketawa terbahak-bahak. Pada hari September 16, Anwar tak dapat tubuh kerajaan baru, tapi kawan Husin dapat Pertubuhannya diluluskan.

Wow! Sadiq Sigaraga punya suai. Lima puloh paun saja dapat jual.

24 ulasan:

  1. hussein .. jangan lupa

    'we have the numbers, increasing by the Hour"

    BalasPadam
  2. Woi Khairy aka Senapang Patah,

    kah kah kah...kalau bapa mertua kau tu asyik dok tidur tak ndak sokong kau, jangan pulak mare TDM nak naikkan anak dia.

    Dia bilang sebelum dia pergi nak bikin itu lah bikin ini lah, mana diyer daaa...? Tak dengaq cit ke cet ke... tidoq lagi kot? kah kah kah

    BalasPadam
  3. Sin, kalau kau jadi penceramah politik, agaknya lagi hebat kau temberangkan orang ramai. he he

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4:33 PTG

    usen oiii. cucuk ape anuar nanti kena.. cucuk bontot eh..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama4:34 PTG

    woi jahanam punya senapang patah..kang aku patahkan senapang ko..

    BalasPadam
  6. Senapang patah terpaksa dibuang semua. Pergi bawak politik khairy/mukhriz kamu tempat lain.

    Org cerita benda lain dan banyak benda lain. Pegi heritage mansion untuk parti dan minum sampai akhirat.

    Ini blogger tak ada adab tak faham undang2 berblog. Ini bakal buat org benci lawati blog dia.

    Ini blogger baru dalam 50 tahun lebih dapat kewarganegaraan kerana masih tak faham adat resam dan budaya Malaysia.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama4:36 PTG

    husin lempoyang,

    ko memang terer. tak kering gusi aku membacanya!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama6:29 PTG

    Ada sekali tu aku dengar ceramah BN kat Perak..." PAS mana ada duit nak memerintah kalau menang.." tup tup besok betul punya PAS menang dan memerintah...

    Dalam hati aku pun tergelak.Di zaman moden ni pun ramai jugak orang buduh tak tahu duit kerajaan negeri tu bukan duit UMNO tapi duit kerajaan negeri laa...lawak lawak.

    BalasPadam
  9. Seronok ya Husin Lempoyang, dulu punya jam. Berkempen!

    Laa nii debat Lah pulak.

    Syok kalau nengok Pak Syed debat Kit Siang.

    Atau Kit Malam.

    Janji kita nak tau keadaan jenayah di Malaysia...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama10:42 PTG

    propaganda Nazi & Maozetong

    kerja syaitan mata satu

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama10:51 PTG

    kit siang berdendam kesumat DAP,

    nak bela Lee kwan yau vs Albar

    otak propaganda habuk & gila

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12:34 PG

    Sin,
    Kau kabo kat delegasi wanita UMNO, jangan undi lawyer masa pemilihan March ini. Suruh dema undi Ahli Ekonomi. Graduan Undang-undang , Pengajian Melayu, Pengajian Islam terutama dari UM tak boleh pakai bebenor untuk melawan haru-biru tsunami ekonomi yang akan melanda bila-bila masa tahun depan nih.

    Yob Kati

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama9:17 PG

    Sin ko memang hebat,
    terhibur juga tengah dok
    tension pikir politik kelam kabut malaysia ni..... wooow

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama10:19 PG

    perak ngarut... MB melayu, masyarakat politik kapir kapir..

    suma ngarut, kontrak sosial wat dek.. org nk kacau keistimewaan tp masih gadoh sama sendiri..

    anwar lg la berangan, rasanya nnt jd cam Ku Li, masuk UMNO balik.. jd org bwh jgk..

    lakonan suma ni...

    BalasPadam
  15. Usin,

    Bukan suai..., suwey laa....he..he..

    BalasPadam
  16. Usin,

    Bukan suai..., suwey laa....he..he..

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama2:20 PTG

    Bsgus tu Husin, Patahkan senapang patah tu dan patahkan puntungnys sekaligus supaya nanti senang orang nak jalan didepan dia.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama5:29 PTG

    kah..kah..kah..
    husin...desak org letak jawatan depa pandai..desak orag percepat peralihan pandai..kah..kah.kah..bila kena kat batang hidung sendiri....itu tak adil...kah..kah..kah...pokok getah bila dah lama di toreh...risda suruh tanam semula...kah..kah..tanam semula...sawit pon tanam..semula...sebab pa husin..sebab dah diperah abis...bukan tak kenang jasa pokok lama...hasil pokok tu la dok sara mengaji anak kat U....kah..kah..balik rehat..la...tak kan nak tunggu orang datang belari suruh tarik balik sampai patah kasut...kah..kah,,kah...kasut dah repair kerr...kah..kah..kah...

    BalasPadam
  19. Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen. Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.

    Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

    Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-

    1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
    2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
    3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
    4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
    5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
    6. Cheguman = waadat.blogspot.com
    7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
    8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
    9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com

    (Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)

    Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-

    1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
    2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.

    Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.

    Siapa yang layak untuk menyertai?

    1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
    2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
    3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
    4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)

    Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.

    Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

    Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)

    Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-

    1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
    2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
    3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
    4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
    5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
    6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.

    Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-

    Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
    Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com

    Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
    21 November 2008 / 9.00 Malam
    Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai

    Laporan oleh :-
    Che Moq ( che-moq.blogspot.com )

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama11:10 PTG

    Pakatan Rakyat (Melayu) diketuai orang2 yg lebih burk dari Paklah.

    Mereka dicucuk hidung dari arahan Singapore

    OPPORTUNIS KAUM YANG BERTOPENG LIBERAL..

    http://kkamdias.blogspot.com/2008/11/jawapan-kepada-opportunis-kaum-yang.html

    Hj Hadi!, Azizan gadai rezab untuk dapat sumber pendapatan..
    syaratnya 50% pembeli bumiputera..mampukah?

    Kat selangor pemamgku MB teresa kok, senang betul mulut mcm burit ayam..(samajuga mcm fong po kuan)
    PKNS? perubahan menggunakan orang lama yg kafir..takadakah bakat2 melayu dlm PKR/PAS? nak ubah jgn bawa orang dlm tong sampah yg sama..

    fikirkan bangsa Melayu..jgn di'tenggelami' org2 kaya dari bangsa global yg tamak.

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama1:52 PG

    dalam kempen pru-12, seperti lazim UMNO berkempen dengan cara orang berduit, sewa khemah, kumpul penduduk. sewa PA system yang baik, siapkan jamuan dan sebagainya.

    PAS pula berkempen dari atas van. PA system pun dengar tak dengar. parking van kat tepi-tepi flat, syok sendiri berkempen. tak ada audien kat depan pun.

    Malam 8 Mac, calon PAS diisytiharkan menang dan kemudian dilantik menjadi exco negeri sebab UMNO bertukar peranan menjadi pembangkang di negeri itu.

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama5:20 PTG

    Thank you so much for this. I'm a blogger from Atlanta, United States and what you've
    said here on blogger.com could not be written
    much better. Going through this post reminds me of my previous roommate, Jermaine.
    He persistently kept preaching about this. I most certainly will send this
    stuff to him. Pretty sure he will have a good time reading this.
    I am thankful to you you for revealing this.

    My blog post ... monosepalous

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama2:29 PG

    Hey there, my name's Jolie and sometimes I write about the same thing on my blog. Actually, if I may, let me ask you something.. Is it just me or does it look like some of the replies appear they are coming out of brain dead folks? :-P And, if you're writing on additional social sites such as web 2.

    0 site list, I want to keep up to date with you. Is it possible you could publish a list
    of every one of your shared sites like your Twitter,
    Facebook page or linkedin profile?

    Also visit my web-site: écouter

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama7:44 PG

    Hello there, I just wanted to see if you ever have had any trouble with hackers?
    My last blogspot blog at http://the-antics-of-husin-lempoyang.
    blogspot.com/ was hacked and I ended up losing four
    months of hard work due to no back up. Do you have any tips to stop hackers?
    By the way, is your template personalized or did you
    get a hold of it from someplace? With a theme like the one you have, my blog could really stand out more.
    Kindly tell me the place where you acquired your layout.


    Also visit my page; http://www.hopehealencourage.com/index.php?do=/profile-2253/info

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.