Jumaat, November 21, 2008

Nak lebih mintak Tamrin, bapak dia kaya

Ini cerita lama. Husin rasa pasti ramai sudah mendengar jenaka ini. Sampai ibu Husin pun pernah ulang jenaka ini pada saya.

Mula-mula ingat jenaka biasa, tapi selidik punya selidik rupanya peristiwa betul. Tak sangka arwah Tun Ghafar seorang yang boleh melawak. Selalu ingat dia serius.

Sebelum Husin mulakan cerita, minta kita sedekahkan fatihah kepada arwah. Dia banyak juga jasa, yang paling menyerlah adalah MARA.

Al fatihah!


Satu hari arwah Tun Ghafar dilawati di pejabat oleh sekumpulan yang datang dengan niat untuk meminta derma untuk satu Majlis Makan Malam. Kalau Pak Ghafar kasi, dialah akan dijemput sebagai tetamu kehormat.

Selepas digelek-gelek bercerita macam-macam kepada Pak Ghafar, akhirnya mereka luahkan hasrat mereka berjumpa. Nak mintak duit untuk satu Majlis Makan Malam untuk Persatuan. mereka untuk sekian ramai orang dan tujuan.

Ghafar tidak banyak cakap. Dia buka wallet dan terus diberi wang RM200. Terlopong masing-masing. Hasrat untuk dapat dalam sekurang-kurangnya RM2 ribu. Kalau nak jual meja, berat ahli-ahli nak bayar. Tak boleh buat di hotel.

Salah seorang dari mereka yang memang agak rapat denagn arwah terus bersuara, "Eh ... Pak Ghafar apa sedikit sangat?"

Arwahnya menjawab, "Ini saja yang saya ada sekarang."

"Tak akan Pak Ghafar kasi banyak itu. Tamrin pun kasi lima ratus."

Dia merujuk kepada anaknya yang ketika ityu ahli parlimen Batu Berendam.

Arwahnya menjawab tanpa senyum dan ketawa dan dengan rupanya yang serius, "Oh dia boleh lah. Pergi jumpa pada dia dan mintak lagi RM500. Bapak dia kaya. Bapak saya miskin. ..."

Terlopong masing-masing tak tahu apa nak kata. Dah tentu bapak Tamrin yang kaya itu Pak Ghafar.

Rupanya dia saja nak kenakan dia orang. Dapat dua ribu akhirnya.

Inilah susahnya ahli politik. Gaji tu ada untuk membiayai keluarga. Tapi masyarakat banyak sanhat harapan. Mereka tahu mintak saja dengan ahli politik.

Dah biasa mintak. Dulu mintak raja dan orang bangsawan, kali ini ahli politik. Kita dah anggap orang berpangkat mesti kaya dan perlu ada duit untuk kasi.

Tak kasi, kalahlah ahli politik itu. Dikatakan pelokek.

Kalau tak lokek susah mereka. Bayangkan satu hari minggu macam sekarang yang ada jemputan kahwin sampai 15-20 tempat. Satu tempat kena sumbang RM100. Nak makan pun tak larat. Tak ke sampai RM1,500 - 2,000.

Gaji RM10 ribu pun tak cukup melayan harapan dan kehendak orang ramai. Belum yang kaki pau.

Lama-lama terpaksa cari wang lain dari gaji. Ini yang jadi macam-macam. Ada yang rasuah, itu dah memang salahlah. Tapi ahli masyarakat pun sama bersalah.

Ini jangan nak hentam UMNO saja. Husin tahu ada MP PAS pun luar baisa banyaknya duit sekarang. Anwar pun ada banyak duit war chest. Lim Kit Siang dapat duit, sorok luar negara. Dulu kempen derma Bukit Cina apa jadi?

Mungkin kita kena ubah hal ini. Peranan ahli politik dan wakil rakyat perlu berubah dan perubahan difahami masyarakat.

Mereka yang nak jadi ahli politik mesti mereka yang gentlemen of means. Kalau sendiri sudah lepas, baru boleh fikirkan untuk jadi pemimpin masyarakat. Tapi kalau seseorang itu pandai, mempunyai semangat dan tenaga untuk berkhidmat, dan berkeupayaan memimpin, apa nak buat dengan bakat sedemikian?

Jika harap orang biznes, akhirnya rosaklah pemimpin muda itu. Mereka fikir hanya macam mana nak cari peluang. Masuk parti politik pun pasal nak cari peluang. Masuk NGO untuk bergiat tapi mereka nak luaskan kenalan. Fikiran orang biznes dah macam gitu.

Tolak tak boleh, rapat sangat tak boleh. Fening lalat.

Wow! Baik jual unta, lagi senang

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama7:51 PTG

    al-fatihah kepada enche ghaffar baba pejuang bangsa yang sejati.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9:50 PTG

    bila melihat gambar Allahyarham Pak Ghafar, sayu hati rasanya, teringat kembali nostalgia dia datang berkempen di kampung saya pada 1990 ketika mewakili Jasin. Muka seriusnya tapi dalam ucapanya penuh dengan nasihat, amanat diselang seli dengan lawak jenaka. inilah tokoh pejuang tulen MELAYU.

    BalasPadam
  3. setuju hussin... ini yang orang tak tau... tekanan daripada penyokong, menjadikan mereka perasuh dan penerima rasuah...

    BalasPadam
  4. Macam tu laa. Masalahnya Kerajaan PR pun dok ikut stail lama pasai apa. Tumpang ada kuasa sikit ni la kena mula didik orang ramai.

    Jangan dok layan sangat geng welfare ni, sampai bill api rumah depa pun hulur kat YB suruh bayar. Suruh laa depa tu hulur kat Kebajikan Masyarakat, tak pun baitul mal ka.

    BalasPadam
  5. hehehe, kelakau benor...

    tun ghaffar tu oghang melako. memang oghang melako terkenal dengan practical joke-nya, sabao jerlah.

    entah lah tuan rumah, itulah bezanya masyarakat melayu dengan yang bukan melayu. masyarakat bukan melayu dah terlalu biasa sponsor makan/ticket untuk sekolah/tokong/golongan kurang bernasib baik. kalau ada VIP datang pun, kekadang sumbangan mereka lagi sedikit dari sumbangan tetamu biasa.

    cuma sayang sekarang ni, banyak sekolah di negeri PR yang tak benarkan wakil PR menyerikan majlis di sekolah mereka, jadi tak tahulah kalau orang politik PR ada buat apa-apa sumbangan pulak.

    anyway, setahu saya, ahli2 politik tu ada dapat "reimbursement" untuk buat sumbangan begitu ler, bukannya keluar duit poket sendiri pun, macam yang orang BN habiskan peruntukkan untuk setahun dalam 2 bulan sebelum pilihanraya, nampak sangat bukan pakai duit sendiri untuk sponsor penyokong...

    BalasPadam
  6. Husin...tolong ana fahamkan sikit - macamana nie?

    harga minyak mentah dunia terus menjunam dan Malaysia nampkanya masih mempunyai harga siling petrol, adakah ini bermakna harga petrol di Malaysia akan menjadi lebih mahal berbanding harga petrol di US? Pada hari ini, berdasarkan akhbar AP, harga petrol di US berlegar sekitar USD2.00 se gallon, atau lebih murah dari USD 2/gallon... Ini bermakna harga seliter bahan api petrol di US sekitar RM1.91 - RM1.95 seliter berbanding RM2.00 bagi RON 97 dan RM1.90 bagi RON92 di Malaysia. Apakah ini bermakna harga petrol di Malaysia kini lebih mahal daripada harga petrol di US?

    BalasPadam
  7. ada kawan2 suruh saya ajak u dtg join perbahasan bloggers pro BN vs pro PR..

    inisiatif ini saya usahakan untuk mengumpul bloggers yg berani dan sedar realiti politik sekarang.

    Add email saya, untuk kt beramah mesra dan bertukar fikiran dengan team kami ttg politik negara kita.

    Kita mengkritik tidak bermakna kita bergaduh, bersetuju tidak bermakna semuanya kita angguk memberi restu.

    Kita mahu bloggers menjadi pihak mempertahankan yang benar dan menolak yang salah. Dengan hikmah dan mauizah hasanah..

    Berani berkata benar dan nasihat dengan hikmah seperti tauladan keluarga Rasulullah, itulah yg kita mahu dalam mengumpul bloggers utk sesi sidang alam maya ini..

    Lagi banyak bloggers pro dan kontra bertemu sesama sendiri lagi bagus, untuk menajamkan lagi skill perbahasan dan pengetahun serta kefahaman kita terhadap sesuatu isu.

    harap tuan blog sudi datang dan sy tahu tuan memang orang yang berani @ 'ada telur' untuk bertukar fikiran dgn sesiapa sahaja..

    setakat ini blogger dariAnwarDotCom, Minda Intelek, Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan Anda, PerigiJernih, saudagarsenja, Sarfams, paspkrdap,utusanchemoq,abagtuah, pokotua, malim muda sudah menyertai sidang maya bloggers ini..

    Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll...


    Sila add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com

    untuk agama,bangsa & negara kita !!

    Waktu Rasmi : 9 pm

    Waktu lain : bila2 masa bloggers online dan free untuk sidang.

    sekian.


    http://penembak-tepat.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10:16 PG

    Salam Husin,

    Terlebih dahulu Al-Fatihah utk arwah Tun Ghaffar.

    Saya setuju dgn pendapat sdr mengenai hal ini. Malah, saya rasa ramai pun berpendapat demikian juga. Cuma attitude msy memang sukar diubah menyebabkan ramai yg give up dan membiarkan UMNO dikuasai oleh mereka2 yg mencari kepentingan sahaja. Sikap meminta-minta adalah satu sikap yg memalukan & merendahkan martabat bangsa dan wajar dikekangi dgn segera.

    Mungkin pemimpin2 skrg wajar mencuba ambil sikap seperti Tun Ghaffar dan tidak takut utk kehilangan sokongan. Jadi pemimpin yang sincere dgn niat utk berbakti kepada masyarakat & bangsa. Saya sedih bila baca berita ada YB yg sampai hampir bankrupt & hutang berjuta ringgit. Kenapa perlu sampai jadi begitu?

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama5:49 PTG

    Salam Pak Hussin
    Alfatihah utk Allahyarhan Tun Ghafar Baba, pejuang bangsa yg tulin.
    Berhubung perkara ini, utk mengubah budaya ini amat susah, tapi seperti kata saudara, ia sedikit sebanyak mempengaruhi para YB kearah amalan 'rasuah' yg pd hakikatnya adalah 'terpaksa' jika kita kaitkan dgn senario yg dibentangkan oleh pak hussin, oleh itu mungkin ada cara utk 'mengelak' dari rasuah terpaksa tersebut, mengapa tidak buat tabung YB, agar segala 'sumbangan' yg dikatakan mirip rasuah itu disalurkan terus ke tabung tersebut dan segala apa permintaan sumbangan utk kebajikan boleh diambil dri tabung tersebut, semua ini memerlukan keiklasan YB sendiri, mana yg boleh claim, takpayah lah ambil dari tabung, bukan apa takut ada yg letak tabung utk "wayang".
    Wallahualam

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.