Bagus juga portfolio ugama di JPM yang Dolah kasi, tersenyum Zahid memikir. Selalu dapat publisiti masuk suratkhabar.
Mana tahu perwakilan akan pertimbangkan kuota untuk Menteri berlatarbelakang ugama. Pasti mereka ingat aku belajar Usuluddin. Padahal tak. Orang tak tahu pun Mashitah marah aku beri pendapat salah pasal boleh berhutang untuk pergi haji.
Zahid memang sentiasa murah dengan senyuman dan ramah mesra. Perwakilan UMNO bukan cerdik sangat. Mudah termakan bila dapat ambil hati mereka. Kena belasah dan dedah macam mana pun, orang tak percaya punya.
Dapat tutup pandangan perwakilan mengenai kes Amir Bazli yang sudah di mahkamah. Pening aku kes budak Amir. Ini yang Dolah tolong. Itu pasal aku sanggup lawan Muhyiddin atas suruhannya.
Tapi Najib marah, kenalah undur.
----------------------------
Dengan tugasnya sebagai Menteri di JPM bertanggungjawab dalam hal ehwak ugama, selalu dia dapat bertemu rakyat sambil-sambil kempen. Jemputannya selalu di Masjid, Surau, Madrasah dan lain-lain tempat-tempat berkaitan ugama. Imej baik.
Satu hari Zahid dijemput oleh satu Persatuan Muallaf ke Majlis di pusat mereka selepas Magrib. Semua para hadhirin diajak sembahyang Magrib berjemaah bersama.
Selepas solat, Zahid cari satu sudut di belakang-belakang sikit untuk sembahyang sunat Magrib. Seorang Muallaf masuk dan pegang bahunya memberi isyarat untuk bermakmum solat Magrib.
Gelabah hari Zahid dalam sembahyang. Dia was-was, bolehkah dia jadi imam untuk orang sembahyang fardhu. Orang tua-tua kata bila was-was jangan buat dahulu. Maka Zahid pun segera beri isyarat pada makmum. Subhanallah!
Muallaf itu diam saja. Entah dia tak faham atau faham. Maka Zahid sebut lagi Subhanallah! Tak ada respons lagi. Macam mana ni? Lebih dari tiga pergerakan dikira batal.
Dia terfikir satu cara. Masa iqtidal, Zahid letak kedua-dua tangannya ke belakang. Dua jari tangan kanan dibuat serupa macam gunting budak-budak main ohsom. Gunting jari itu di buat seolah-olah menggunting jari telunjuk tangan kiri.
Lama dia berdiri dalam iqtidal memberi isyarat pada Cina muallaf belakang tu. Dia tak faham-faham juga. Zahid giveup. Mungkin dia belum habis belajar bab sembahyang jemaah. Maka kedua-dua sembahyang sampai habis dan Cina tu sambung satu kagi rakaat.
Selesai saja sembahyang, Cina tu pegang kaki Zahid. Bila Zahid menoleh, terkejut Cia tu.
“Wah! Latok Jahid.”
“Assalamualaikum.” Zahid beri salam.
Cina tu jawab, “Wa’alaikum salam.
“Mahu tanya sikit latok. Apa pasat lu buat itu macam masa bangun lokuk?”
“Saya hendak memberi isyarat dalam sembahyang supaya kamu jangan ikut saya sebagai makmum kerana saya sembahyang sunat dan awak sembahyang fardhu,” Zahid terangkan.
“Ohhh …saya balu masuk Islam. Tak faham. Cuma ustat kasi tau cara baik belaja solat adalah ikut imam. Dia kata boleh makmum sama sapa2.
Baru Zahid tahu ada hukum membolehkan. Dari Muallaf pun kita boleh dapat ilmu.
Muallaf tu tanya lagi, “Bole tanya sikitlah Tok Jahid. Apa makna itu isarat macam gunting?”
“Itu isyarat sunat.”
“Ohhh … itu sunat kah. Saya belum lagi lo. Takut … “
Wow! Apek cerita P Ramlee kata, “Wa jahid kasut bukan jahid olang.” Aiyaa! Cik Siti manis macam madu …
Dalam bab Islam dan menceritakan keaiban individu tanpa berselindung sesuatu yang tidak baik samada ia akan menjadi fitnah atau tidak.
BalasPadamTakut takut, zahid masuk syurga lebih awal dari husin.
Tuan Husin,
BalasPadamAna pun ada cerita pasal sembahyang
Sorang student ni memang hebat berlagak..bila main hoki, dia datang dengan pakaian hebat..mengalahkan pemain hoki profesional,tapi tak tahu main.
Setiap kali sembahyang berjemaah, dia datang dgn jubah,serban besar serta tasbih besar.
Satu hari imam tak datang....Tuan bilal paksa dia jadi imam...walau pun dia tak mahu..
Kami pun sebahyang berimamkan dia.
Waktu sujud,semua sujud.. dua minit kamudian, imam masih tak berdiri....tiba tiba dengar suara....Oi imam dah lari ikut tingkap.......subhanallah
Sin,
BalasPadamWalau apa pun cacat celanya zahid, pada aku dia seribu kali lebih berjasa dan berguna kepada masyarakat jika dibandingkan dengan engkau..
Tunjukkan muka kau, jgn dok berselindung dengan watak ciptaan seniman agung saje.. cerita apa jasa dan sumbangan kau pada masyarakat..
kalau anak jantan la.. kalau tak teruskan lah sembunyi..
Wak Din
Dalam satu perhimpunan PLKN, seorang guru bertanya kepada peserta, jika sembahyang jenazah, imamnya Sujud, sah atau tidak..
BalasPadamSebelum peserta menjawab, guru berkenaan memaklumkan terlebih dahulu bahawa jawapan kepada saolan itu adalah sah jika imam itu Sujud.
Tahukah anda kenapa sah??
Encik Husin
BalasPadamKalau imam tu namanya KENTUT,
maka sah lah sembahyang jika kita mengimamkan imam kentut.
Jangan marah ye...gurau aje
Bab bab sembahyang ni biarlah orang alim yang cakap....seperti imam sujud.
Sin sin ...
BalasPadamRamai orang sayang si Zahid sini. Pertahankan dia bagai nak giler. Nampaknya naiklah Zahid jadi Naib Presiden.
Syabas UMNO. Naib Presiden kamu adalah Kretam yang akan suruh orang berjalan lurus tetapi dirinya lurus sebagai penyamun CBT!
Tak pernah kita ada pemimpin mewakili ulamak yang sebelum pegang jawatan Naib sudah macam begini.
Lantak dia orang tak percaya kamu Husin. Satu hari kamu akan ketawakan penyokong lalang ini pakai lori hehehe ....
Wak Din
BalasPadamKamu pakailah nama sendiri dan tinggalkan handphoen sekali.
Tak tahu cerita Zahid, jangan nak defend dia.
Aku tahu dan terlibat dgn program motor yg anak dia terlibat. Anak Zahid Hamidi tu ...
Astaghfirullah ... byk cerita. Dia memang curang dgn suaminya.
Zahid ingat dia pertahankan kehormatan anaknya. Kenapa suami anaknya tak datang dan belasah sendiri???
Dia belasah orang sampai cacat sengsara berdasarkan salah sangka.
Zahid banyak jasa???? Sila senaraikan?
Jasa Husin jelas. Dia berani belasah sesiapa tanpa takut.
Ada zahid kritik si Khairi taik arak? Ada yg dia tegur pak lah dan menteri pasal rasuah? Poodah! Dia pun sama ...Menteri ugama ...
akan diampunkan kesemua dosa dosa umat Islam, kecuali dosa membuka keaiban orang kepada khalayak ramai.
BalasPadamCerita lawak camni, buat apa nak emosi sangat. Husin suka kat Zahid tu, sebab tu dia sukar nyakat. Lepas Kit Siang mati nanti, bolehlah Zahid tunjuk kat Guan Eng macam mana nak sunat kot. Jangan pulak dia tunjuk ajar Chong Eng macam mana nak sunat, sudahlah. Tak pasal2 Theresa terasa nanti.
BalasPadamaku rasa anon tak bernama akan dibuang husin. nasiblah kau orang yg malas nak letak nama.
BalasPadamBerasiam,
BalasPadamJaga2 bercakap pasal Theresa.. nanti dia saman...
P/S Kononnya berjuangkan hak kebebasan akhbar... tapi habis sekampung disamannya...
Bilo bab ugamo ni,ambe dok berape panda,tapi kalu hok pasa kebenaran ambe sokong sangak2.kite seme kadang2 tu kena kurang ajor sikik,untuk nok bui sedor kat orang2 hok bengong,hok dok pok.kalu asik yes mang je dok jadi...
BalasPadamni taung depang ni dok taulah lagu mane jadi kat kapong ambe tu.(K.T) hok manelah buleh pegang.bulang ke dacing.kalu lagu ni pemikiran rakyat hok ade.
seng, mung teghuh lagi dengang komeng2 satira mung.
anak serawak,
BalasPadamjanuari nanti elok kau masuk balik darjah satu..
Sedara Jin
Tek bestlah musim haji dah berlalu. Kalau tidak, boleh tengok muka zahid hari-hari dalam tv.Pergi Mekah nak menunaikan haji atau program nak menonjolkan diri? Macam ni punya orang pun ada.Lepas ni buat umrah pula, kemudian sambung buat haji. Bawa sekali krew tv. Hari-hari boleh muncul dalam Tv.Cukuplah untuk buat bekal promosi pemilihan umno.
BalasPadamsalam toki husin..knp toki suka menghina saudara seagama kita..toki husin kena alzhemair ke?
BalasPadam