Husin ingin menyatakan takziah dan simpati kepada mangsa-mangsa. Yang nak bantu, hubungi Yayasan Salam yang diketuai oleh blogger, Tok Mat Talib.
Kesian ...
Orang lain yang Khairy nak tanam, sialnya sampai rakyat yang mati tertanam. Kalau Khairy turun kempen, kalah lagi BN. Jika kawannya, Wan Farid Si Monsoong-Duyong-Batu Buruk dicalun, Makcik Maimon boleh bantu tanam.
Tapi Wan Mutallib Embong menang ...
Semalam terbaca berita bahawa penduduk Bukit Antarabangsa marah pada peminat setia Husin, Dato Shabery Chik (tak caya tengok blogroll dia). Dia berkata dalam keadaan begini, kita jangan suka tunjuk jari.
Memang nak cari pasal. Marah penduduk yang akan saman pelbagai pihak. Bila terjadi kejadian tanah runtuh, mestilah ada yang silap.
Sudah rasmi pihak kerajaan tidak akan mengaku dan ber'dolah' dalih mencari jalan keluar. Biar mahkamah tentukan.
Apa yang Shabery takutkan? Bila pegang jawatan, orang intelektual pun hilang konseptual.
Cerita pasal salah menyalahkan, perang salah menyalah sudah mula. Semalam parlimen membuat perbincangan khas mengenai masaalah ini dari usul yang dibawa oleh Azmin, wakil rakyat kawasan ini.
Khalid Ibrahim menyalahkan Khir Toyo kerana meluluskan 99 projek perumahan di lereng bukit di Parlimen. Kesian, si makan tempe juga yang kena.
Padahal dia telah terangkan jelas sebelum itu di New Straits Times (kawan TV3) bahawa sejak peristiwa 2006, jabatan tertentu kena beri laporan mengenai keadaan di lereng bukit di Hulu Kelang setiap-tiap 3 bulan.
Nampaknya Kkkk ..kha..kha..khalid sokong BN! terasa pedas dan cuba mengalih pandang. Dia ingat politik macam dia tikam belakang staf dan rakan kerja di PNB. Kesian, dia bukan saja gagap, pandangan juling dan kepala pun pusing.
Kalau nak bincang pasal Bukit Antarabangsa, kaji yang itu. Mengungkit yang lain hanya cari modal politik. Bukankah Anwar Ibrahim kata jangan salahkan sesiapa dalam keadaan begini?
Hmmm ... cucu keling botol yang masuk Islam memang boleh buat felem.
Ini fitrah ahli-ahli politik yang sudah terbiasa. Satu masa dahulu ada pemimpin membuat komen mengenai mangsa banjir dengan berkata buat apa buat rumah di tempat banjir. Mengaruk orang. Tak peka. Kemudianlah ...
Rupanya ada pulak yang cakap hampir sedemkian ... Si Ali Rustam al Ketam. Dia kata semua penduduk perlu keluar. Apa dia tahu pasal hal ini? Jangan sibuk hal Selangor.
Orang buat blog, dia pun nak. Orang tulis macam-macam, dia meraban. Kosong isi orang tak datang lagi. Inilah orang tak cermin diri. Mainkan video di bawah ini.
Masuk TV hendak tapi benda nak dicakap tak tahu. Ada baru sedar apa yang Husin dah lama sedar. Bercita-cita nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Tak akan harapkan rajin bersalam dan menalipon perwakilan saja ...
Kenapa dia cakap itu? Apa ada di Bukit Antarabangsa? He he he ...
Cerita peribadi lama tak mahu cerita. Cuma Husin masih ingat cerita ini semasa dia Timbalan Menteri dan duduk di Jalan Maktab dekat-dekat Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Macam bos kempen dia, Dolah yang kononnya Mr Clean, jangat ingat dia pun Clean. Air Melaka, Air Melaka ...
Sudah tersebut Dolah, dia kata kerajaan akan memberi gantirugi. Apa? Disitu bukan jutaan, tapi mahu RM100 juta! Betul tak Ali dan Dolah serupa. Main cakap aja.
Dolah naik menziarah penduduk dan khususnya, Setiausaha Dato Thajudeen. Dengan nyawa terkorban, rakyat kehilangan rumah, dan jutaan harta benda rosak, dia kata jangan risau. Lepas ni boleh ambil barang yang tertimbus.
Tak kuasa nak belasah dia lagi. Cuma tertanya-tanya. Barang apa tu? Thaj simpan barang apa untuk Dolah? Untuk Dolah atau Ali Rustam? Teringat peristiwa tentera tolong pindahkan barang dari rumah Jeneral (B) Ismail tahun 2002.
Apa lagi merepek akan keluar dari mulutnya dan apa lagi kerja kelam kabut akan dilakukan Dolah selama tiga empat bulan ni? Asal jangan pula dilanjutkan sampai September cukuplah.
Oi ... apa tengok-tengok aku ni?
Dalam perhatian yang begitu tertumpu ke arah Bukit Antarabangsa, satu suara yang diam menikus. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, di mana Mat Taib? Khir Toyo kata projek-projek di Bukit Antarabangsa diluluskan 15 tahun dahulu. Khir Toyo jadi MB cuma 8 tahun pada tahun 2000.
Mat Taib Mat Taib ... memang pandai berniaga. Selain kejayaan perniagaan "cash and carry", projek perumahanny aunik .... guna "build and bury".
Wow! Lepas Raya Haji, pakai longgok jual orang. Lagi untung jual orang dari jual unta.
Husin, mai kita nyanyi lahu bangau. Lagu ini kita tujukan pada Dolah , Ali, Mat Taib dan yang sekufu dengannya.
BalasPadamBangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak timbul
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.
Mat Tain Mat Taib ... hehehe ... cash and carry.
BalasPadamKalau perumahan, build and bury.
Kalau pertanian, curi and lari.
Kalau pembuatan, make and no guarantee.
Kalau perkhidmatan, don;t care, tak peduli
Kalau perkhidmatan kerajaan, dia kebas dan happy
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamsalam tuan husin, satu lagi buah artikel yg berkualiti dari tuan. Wow! teman mohon izin tuan utk mengambilnya utk diterbit siar di blog teman esok.
BalasPadamBuleh kata buleh..tak buleh kata tak buleh...hehehehe!
ABOdaily@albanjari
Hidup ali rustam. budak kecik pun dia dengki. Baca www.sokongpr.blogspot.com
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamPakteh terbayang bagaimana peritnya Tsunami 2005, Banjir yg saban tahun melanda Pantai Timur dan tidak terkecuali di Utara Semenanjung...ramai yang mati, ribuan rumah rosak...tapi...paparan berita tidak seberapa...
peliknya...kerana disitu tertulis Bukit Antarabangsa...kerana rumahnya tidak ada yang kurang dari 2 juta..maka...Kementerian Penerangan seperti mewajibkan berita dipaparkan sepanjang masa....seolah2 seluruh negara dilanda diancam gempa bumi...
Bukan pakteh tidak simpati dengan mangsa...pakteh tumpang sedih tetapi....beginilah sikap orang berada....
Saman menyaman, tinggal di hotel, memandang rendah pekerja sukarela, memperlekeh agensi bantuan seperti tentera, polis dan sebagainya...kerana MEREKA TERBIASA MEMANDANG RENDAH KEPADA ORANG LAIN.
MB Selangor sendiri semalam berkata potongan diskaun 50% untuk mereka yang ingin menginap di hotel milik kerajaan negeri....fuhh...hotel!
Mengapa layanannya begitu double standard...
perasaan simpati bertukar benci melihat seorang wanita marah2 kepada petugas di lokasi kononya mencemuh sikap bodoh beliau membeli rumah di kawasan berbukit...
entahlah...siapa yang bodoh...tang beli rumah...yang juai rumah..atau yang pi tolong orang terperangkap dalam rumah...
Selepas rumah dihempap tanah..masih ada yang mengaku tidak bodoh.
BalasPadamApa salahnya mengaku sahaja bodoh sebab selain pemaju dan pihak berkluasa yang rakus, pembeli juga rakus kepada status. Ketiga tiga pihak ini tidak pernah belajar dari pengalaman.
Ketiga tiga pihak ini juga telah menyusahkan lain lain agensi kerajaan seperti polis, tentera, bomba dan lain lain. Mereka menyusahkan ramai orang.
Salahkah mereka dianggap mangsa yang bodoh sombong, cerdik tidak boleh ditumpang.
Simpati kia hulurkan tetapi bukan bererti kita bersetuju dengan kerakusan mereka.
Bang husin,
BalasPadamsaya cuma terfikirkan 2 perkataan yang boleh di huraikan dengan panjang dalam bab "tarakjadi"bukit antaabangsa,(sampai lupa bangsa)
1)KORBAN.....
Sempena raya korban tarakjadi ni macam mengingatkan kita akan korban,semua sekali,tak kira montori ko,jutawan ko,miskinwang ko,apkah tahap pengorbanan kito semuo terhadap ugama senilai dongan kenikmatan yang kita miliki.
2) KUBUR.....
Cam mano tobal eh dinding konkrit,cam mano tinggi eh umah,cam mano banyak eh guard,kalau tuan punyo nyawo nak ambik sonang jah tu,tak kiro kek mano kito semuo akan beristirehat kat ruang cumo 3x7x7 (bilik hotel 1st class weh,ado gak yang datang tanyo,tapi fikir le sendiri,)
cin, check out
BalasPadamhttp://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/10/i-know-its-too-early-but-thanks-pak-lah/
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamkekawan, kadang2 aku tengok berita bukit antarabangsa ni berlebih-lebih le pulak, rumah musnah baru 14 biji macam nak kiamat dunia ni diputar oleh berita TV, cuba kita renung dan lihat kebelakangan ni banjir di negeri lain lagi le teruk, hari tu aku balik kampung aku di Melaka, hujan punyalah lebat hampir 2 hari kawasan rendah mula ditenggelami air hingga paras dada, kesian makcik pakcik tak dapat beraya. yang hampehnya YB kawasan langsung tak jenguk muka bantu ke ape ke, sedar-sedar dia mengikuti rombongan ALI KETAM ke Perak mempromosikan Melaka. punyale Sakit hati aku..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamTuan Husin,
BalasPadamMasing-masing cuba menyembunyikan bengap mereka dengan mempamerkan kebodohan yang sedia ada.
These politicians are fabulous joker boys.
Wassalam.
hmm apo lak den nak komen ni,,,,,,,,KEBANYAKAN MANGKOK HAYUN YG BERMASTAUTIN DI INTERNASIONAL HILL TU ada lah manusia yang kufur nikmat,,,,,,,,,wajar sangat lah Allah beri musibah itu kepada mereka,, atau mereka itu bukan islam sekadar bangsa je meLAYU,,,,,, sendiri mau ingat lah husin oiii.......
BalasPadamWah!
BalasPadamHusin Lempoyang, well research beb ini posting super class gitu.
Lelong semua orang ini manyak untung O.
Cuma mahu setuju dan tanya. Itu Menteri cakap, jangan tunjuk jari.
Wa ingat aargh, kalau tunjuk jari, cium dulu baru kenal siapa tanggungjawab ini tragedi Bukit Antarabangsa.
Itu dulu anak beranak cium jari boleh panggil jadi expert kah?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamBila nak dinner, cari orang kaya donate. Nak biayai rumah anak yatim, yang dicari untuk derma adalah orang kaya. Nak buat majlis di surau dan majlis, harap sumbangan orang kaya. Nak sebarkan Islam, orang kaya seperti Abu Bakar dan Abdul Rahman Auf bantu Nabi.
BalasPadamOrang kaya ada peranan besar dalam masyarakat. Tapi mereka manusia juga. Ada masa mereka menerima mala petaka. Mereka pun perlu dibantu. Masyarakat pun perlu belajar berterima kasih mengembalikan bantuan.
Pasal nak saman di mahkamah, itu hak semua orang dan bukan isu tak bersyukur atau tak terima. Oleh kerana ianya hak, tiada sesiapa ada hak untuk tegur.
Kena difaham apa yang mereka lakukan adalah fardhu kifayah. INi orang kaya dan berpengetahuan yang mampu melakukan untuk masyarakat.
Rakyat biasa yang tidak faham dan mampu tak perlu komplen kerana manafaat dari usaha individui ini akan dinikmati bersama oleh masyarakat.
Saman akan memastiakan orang tak bertanggungjawab menjadi bertanggungjawab. Kalau menang, pasti kerajaan tempatan akan lebih berhati2. Pasti pemimpin kerajaan tidak sewenang main masyuk sesuka hati. Pemaju, konsultan, kontraktor dll tidak akan berani main sogok untuk dapatkan approval.
Biar mahkamah tentukan siapa yang tak bertanggungjawab. Letakkan hak pada tempat masing-masing
mmg bukan khir toyo yang lkuluskan sebab kawasan perumahan tu dah wujud berpuluh tahun dulu..dia jadi MB belum sampai 10thn..so sendiri mau ingatlah!
BalasPadamLoyar buruk..
BalasPadamDi zaman sekarang:
Orang kaya menyamun duit rakyat.
Lepas itu orang kaya derma kepada rakyat.
Lepas tu rakyat derma kepada orang kaya yang rumahnya dihempap tanah.
inilah dia balasan yang harus diterima oleh penduduk bukit antarabangsa, "kufur nikmat" kerajaan sebok nak jaga mereka ni, beri tumpangan kuaters kerajaan di putrajaya, ape ni semua.. mangsa banjir lagi kesian duduk ramai-ramai kat sekolah walaupun rumah mereka musnah dihanyut banjir, tapi mereka ni tetap besabar, wujud "kasta" dalam pemberian bantuan kepada mangsa, mentang-mentang la mereka ni dari golongan "elit", sibuk kerajaan nak jaga kebajikan mereka. dulu masa nak beli rumah,buat rumah tidak fikir sedalam-dalamnya duduk dekat pinggir bukit.. ni dah "terantuk baru nak tengadah". apa-apa pun aku tetap menyampah dengan kerajaan, berita TV asyik mainkan lagu ni hari-hari.
BalasPadamDalam keadaan sekarang ni nak salahkan siapa pun dah tak guna dah. Benda dah jadi, biar benda ni jadi teladan, lepas2 ni jangan ulang benda yang sama.
BalasPadamtak nampak pun mat taib dan khir toyol kat sana beri bantuan pada mangsa. nak jadi ketua pemuda dan timbalan presiden konon!
BalasPadamtragedi menjadi pembuka mata. ramai yang nampak bahawa bukit antarabangsa tempat golongan kaya dan berada. tidak ramai yang sedar bahawa polisi perumahan menetapkan peruntukan 30% untuk penempatan kos rendah mesti diwujudkan bersama dalam setiap projek pembangunan rumah. jika semua yang terlibat dalam tragedi bukit antarabangsa adalah kaya dan berada, ke manakah menghilangnya 30% kuota perumahan kos rendah yang sepatutnya ada di situ. ini memerlukan penjelasan lanjut oleh pihak yang berwajib. pihak yang kononnya prihatin dengan golongan berpendapatan rendah sepatutnya menyedari kepincangan ini. memanglah hak golongan kaya dan berada untuk membuat komplen, menyaman pihak yang kebal (PBT) dan sebagainya. namun hak golongan miskin yang sepatutnya berada di situ janganlah pula dipendamkan sebegitu saja. tidaklah antarabangsa namanya jika hak golongan miskin terpinggir sedemikian rupa.
BalasPadam