Rabu, Februari 11, 2009

Calun air suam untuk Bukit Gantang?


Dengan pulangnya ke rahmatullah YB Roslan Shahrum, terkosonglah kerusi Parlimen Bukit Gantang. Suratan takdir di Loh Mahfuz tidak dikira sebagai konspirasi menandatangani surat kosong. Oleh kerana masih dalam ruang masa "cooling off period", kerusi itu perlu dipertandingkan.

Kemungkinan besar PAS akan meletakkan calun di kerusi tersebut. Pihak DAP mahukan Nizar. Tapi ... Nik Aziz kata tak boleh. Seorang MB tak boleh tanding Parlimen. Hadi Awang saja yang boleh, gut? Khalid Ibrahim tak apalah, dia parti luar tabii dan suka konfrontasi. DAP kaki batu api.

Bagi orang PAS, mereka senang. Suka atau tidak suka, apa yang ditetapkan pucukj kepimpinan akan disokong sepenuhnya. Memilih calun UMNO yang susah. Kalau salah pilih, UMNO sendiri yang akan kalahkan calunnya. Ini pula kawasan 60 lebih persen Melayu dan 30 lebih persen India dan Cina.


Semalam ada suratkhabar laporkan Dolah mahukan orang muda. Tak serik-serik si tua penjahanam. Ini mesti nak meletakkan satu lagi Wan Farid. Kawan Khairy mana yang mahu di Wan Farid-kan?

Kalau di PRU12 lepas, Azim Zabidi yang bertanding. Mungkin sekarang, Azim sudah tahu di mana terletaknya kawasan Parlimen Bukit Gantang dan natang apa masaalah dan isu-isu orang situ. Maklumlah letak songkok dan selindang tak cukup untuk memenangi pilihanraya.


Difahamkan dari kawan-kawan blogger, Zaharin Yassin tak setuju kerana sebab-sebab tertentu. Dia kata lebih baik letak Senator Tan Sri Jins Shamsuddin bertanding. Jin memang meminati dan sedikit-sedikit berkecimpung dalam politik. Dia kata (sila sebut dalam nada stailo suave Jins):

"Kalau MGR boleh jadi Menteri Tamil Nadu, Ronald Raygan boleh jadi President Amerika, dan ... apa salahnya, ya, bintang filem Melayu menjadi pemimpin negara? Betul tak? Ya tak? Ya tak?"
Dia cuba bertanding untuk satu jawatan di UMNO Bahagian Gombak, kalah. Cuba untuk jawatankausa Bahagian pun K.O. Akhirnya dia dapat jadi Pengerusi Cawangan. Namun begitu, dia tidak berpuashati. Katanya (sila sebut dalam nada stailo suave Jins),

"Mereka ini tidak langsung menghormati Pengerusi. Saya ni hanya dijemput untuk bertugas setahun sekali. Mesyuarat cawangan pun saya tak dijemput. Tidak patut, ya? Ya tidak?"
Sambil mengangguk-angguk, orang yang mendengar kesian pada Jin yang terlalu naif dalam tipu helah politik. Kalau sesuatu calun hebat mahu dimatikan, dicalunkan jadi Pengerusi tetap. Berasa macam teratas tetapi tak ada power.

Maka Jin dijadikan hanya selebriti untuk datang dan berdandan dengan songkok tinggi serta bush jacket untuk salam-salam dan ambil gambar bersama orang ramai.

Jin ini kita kena faham sangat bersemangat. Dia berlakun dalam filem-filem mengenai sejarah-sejarah Kesultanan Melayu. Siapa tak ingat filem Bukit Kepong yang begitu membangkitkan semangat terhadap komunis. Memang dia pantang pasal komunis.

Semasa filem "Komunis Melayu terakhir" dia habis-habisan mahu ban filem itu. Katanya (sila sebut dalam nada stailo suave Jin),

"Kita tak boleh membiarkan filem-filem sebegini meracun pemikiran anak-anak muda dan menjadi apolegis pengganas komunis. Kita harus desak pihak kerajaan supaya diban filem ini dari tayangan di pawagam-pawagam."
Seorang hamba Allah tanya selamba,

"Tan Sri dah tengok filem itu?"
Jawabnya (sila sebut dalam nada stailo suave Jins),

"Belum."
Kita semua tahu dari media massa dia sedang dan masih sedang membuat filem Pasir Salak. Dia terlibat dalam Finas dan dana pembikinan filem. Masih tak jadi setelah ratusan ribu dibelanjakan. Jawabnya (sila sebut dalam nada stailo suave Jins),

"Mana cukup? Hanya cukup untuk saya beli beberapa senapang patah lama dari Indonesia."
Nasib baik ada Dolah yang sangat pandai menghargai keupayaan politik dan semangat juang Jefri Zain, James Bond Singapura untuk menjadi Senator.

Walaupun kita tak tahu isu apa yang beliau faham dalam debat di Dewan Negara dan apa telah dihujahkan bagi pihak parti pemerintah, Zaharin mahu dia dicalunkan untuk Bukit Gantang.

Rakan-rakan blogger pun tuntut Zaharin Yassin jawab kenapa dia tak mahu Azim Zabidi tapi mahukan Jin. Jawabnya,

"Azim tu peminum arak tegar. Jin Shamsuddin minum air suam."
Wow! Sang Kelembai jual orang atau sindir orang. Baik-baik, dia tengah cari mangsa baru.

27 ulasan:

  1. Tanpa Nama9:58 PG

    Husin lempoyang: Mahu minum apa. Maaf air suam tak jual hari ini.

    Labi: Jin dan setan tak ada , sin?

    Husin Lempoyang: Mana ada jin dan setan. Mahu susu?

    Labi: Lagi baik. Boleh jadi Perdana Menteri Islam Hadhari. Dia balun susu kepunyaan adik ipar.

    Labu: Oh tak boleh. Aku ada susu sendiri di rumah. Aku lah nak jadi Perdana Menteri.

    Labi: Mana boleh? Aku nak.

    Husin Lempoyang: Sudah sudah ... aku yang layak PM. Mari pergi jumpa Sultan cari penadilan. Terima tak keputusan Sultan nanti?

    Labu: Terima

    Labi: Terima

    Sultan: Oleh kerana, majoriti pada Husin Lempoyang. beta perkenan jawatan PM pada Husin.

    Labu: Ini tidak adil. Salah dari segi perlembagaan, Patut buat undi di Dewan Negeri.

    Labi: Ini tidak adil. Sembah derhaka. Patut bubar DUN. Aku dulu setengah jam.

    Karpal Chandra Bose: Saya akan bawa ke mahkamah.

    Nger Chin Peng: Mana ada derhaka? Ini hal Melayu, biar kau Melayu sama Melayu gaduh.

    Anuar Wolfowitz: Kita mesti tegakkan keadilan. Rising tide of Islam adalah Islam Liberal berdailog dengan barat sementara barat ratakan Gaza. Biar si Labu Labi gaduh. Aku yang akan jatuhkan Husin Lempoyang.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10:15 PG

    Sindiran kamu hari ini pasti orang PAS PIS PUS tak marah.

    Orang ameno jangan marah. kita mesti sporting.

    PAS PIS PUS meraung pasal kena kongkek PKR luar Tabii dan komunis DAP.

    BalasPadam
  3. Hebat sungguh Husin Lempoyang, sungguh hebat satira kali ini.
    Tak sangka Tan Sri Jin boleh jadi modal terhebat di pasar baghdad pagi ini.
    Roll the felem.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11:09 PG

    Sin,
    Mr Os pun orang felem juge. Petah bertutur peroknye. Amacam kite calonkan dia bertanding di Parlimen Bukit Gantang.

    Din Punggok
    Ex TI Penang 78

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12:28 PTG

    ubah suai dari lagu gilo judi,datok m.daud kilau.


    ramai orang gilo kuasa
    ramai orang gilo kuasa
    kuasa untuk kumpul harto
    sampai ko tuo

    gilo kuaso,rebut kuaso
    gilo pangkat,sapo kuat
    gilo ghoto,sampai lupo
    lupo diri,lupo yang eso

    ramai oghang gilo kuaso
    ramai orang gilo kuaso
    gilo sampai nok derhako
    janji dapek kuaso

    kumpul duit,tak terbelanjo
    cari tanoh kat noghori luar
    kuli kuli belanjo arok
    sampai rakyat punuh ranoh
    sampaitergadai tanoh

    p/s datok pun oghang perok bulih jadi calun gak

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:31 PTG

    Jangan letak calon UMNO kat sini.. UMNO akan kalah.. ini kerana undi protes dari kaum CINA dan INDIA.. umno takan tak faham-faham lagi.. MP melayu sudah cukup di parlimen.. ini lah masanya nak pujuk pengundi CINA dan membuktikan sekali gus.. BN dan MCA atau Gerakan telah mendapat kepercayaan rakyat.. satu peluru.. 10 kena..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama1:40 PTG

    disini saya ingin mengemukakan pertanyaan ringkas. Since Perak dikatakan ada 2 Menteri Besar skrg,sorang dilantik sultan, sorang lagi masih claim dirinya MB (Still tinggal di kediaman rasmi dan menggunakan kenderaan rasmi), JADI BAGAIMANA DENGAN PEMBAYARAN GAJI, ELAUN, CLAIM KEDUA-DUA ORANG MB INI?ADAKAH KERAJAAN PERAK MEMBAYAR GAJI UNTUK 2 MB ATAU SALAH SEORANG BUAT KERJA WELFARE?Sekian soalan saya yang dipertua, yang dipertua jgn main-main.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama3:01 PTG

    Sin,

    Bagi saya kalu PRK Bukit Gantang ada campur tangan KJ budak L4 tu saya gerenti UMNO punah .
    Adalah lebih baik meletakkan calon yang lebih Melayu dari amik calon yang mirip Mamak Sekodi .
    Sekarang ini dah ramai geng mamak dalam UMNO...cukup2 lah..tu...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama3:24 PTG

    anok ganu sabai2

    Memang layak lagu itu untuk parti PAS PIS PUS yang hanya 7 kerusi tapi nak berkausa.

    PAS PISs mamPUS.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama3:31 PTG

    Zambry MB teh tarik, Nizar ex MB teh crysanthemum.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama3:33 PTG

    korang sumo dapek apo? masuk angin kuar asap..ngeh ngeh ngeh..main politik la klu bran..ngeh ngeh ngeh..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama3:45 PTG

    thanks oghang ghombau,

    den tujukan lagu ni untuk semuo,bukan eh kek pas pis pus ko,umno ko pkr ko,untuk semuo,termasuklah calon ketua darjah,calon af dan lain lain.

    kito ni bilo asyik sangat dok golak an oghang kadang2 terlupo kain eh tanggal.

    politik,poltik gak,kilang dah banyak katup dah,nampah eh den kono balik ganu gak kalau lagi ni,motong gotah la gamak eh

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama4:23 PTG

    Namo pun politik..amno ko,pkr ko,dap ko,pas ko..sumo nak lopeh tembolok masing2..ngeh ngeh ngeh.

    BalasPadam
  14. kekeke...ambil gambar taruk satu surat khabar..letak dalam ruang sukan sekali...keke

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama7:48 PTG

    Husin,

    Atas semangat setiakawan BN, saya cadangkan supaya Datuk Seri Samy Vellu, bertanding.
    Kita patut kesian dekat dia, melalak sana sini, nak tolong kaum kling. Masa jadi menteri dan MP Sungai Siput, dia sebuk buat highway,repair jambatan, luruskan jalan raya, untuk himpun duit untuk dirinya. Kini tidak jawatan baru ingat nak tolong orng Kling dan mamak tongkang.Sungguhpun Perak tidak ada anggota DUN daripada MIC, tetapi Kling UMNO jadi MB. Itu ADUN betina yang mahu bunuh kling dahulu sebelum ular, kini jangan main-main sudah jadi EXCO.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama9:28 PTG

    ape salahnya Jins jadi calun, sekurang-kurangnya satu penghargaan besar buat golongan karyawan. ape nak heran ali ketam siap boleh beri datuk lagi kat kling dari benua keling tu

    BalasPadam
  17. BAGUS LA CERITA ENTE, ANA SUKA LA..

    TAPI TUAN INI KJ MEMANG HARAMI LA DIA..

    BANYAK BAHAYA LA DIA NI TUAN...ANWAR MAIN BELAKANG PUNYA FAVORITE DIA NI..

    BalasPadam
  18. Husin Lempoyang...

    Air Suam?

    I pun!

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama11:19 PG

    Kalau Dolah nak orang muda, aku cadangkan orang filem juga......
    Aku cadangkan MAYA KAREN.
    Dia pun memang dah ada kawan dalam parlimen. He,he,he.

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama11:58 PG

    "kambeng berkata...
    Namo pun politik..amno ko,pkr ko,dap ko,pas ko..sumo nak lopeh tembolok masing2..ngeh ngeh ngeh."

    aku sokong kata si kambeng tu..nga,nga,nga..

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama1:00 PTG

    kau baik2 sikit sin..
    jin tu boleh bertukar jadi ular.. tak percaya? sila tonton PANCA DELIMA..malam jadi manusia,siang jadi ular..

    nanti kalau dia dah bertukar jadi ular,masuk pulak dalam seluar kau, naya beb..tak pasal2 ada 2 ular..

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama2:14 PTG

    husin kau sudahkan cerita ni aku tak dak idea la..
    Dipetik dari filem musang berjangut.

    Kerajaan Pulau Cendana.

    Raja: wahai permaisuri intan payung, Kekanda begitu gumbira memerintah ini kerajaan pulau cendana.

    Permaisuri: Tapi siapa akan mewarisi kerajaan kita nanti, Lihat raja-raja dahulu semua nya meninggalkan waris..anak kita yang sorang tu gila nak berniaga.

    Raja : pada fikiran adinda permaisuri ku intan payung, apakah yang perlu kekanda lakukan.

    Permaisuri: Apa kata kita kawin kan anak perempuan kita? Nanti kita dapat menantu dan menantu itu yg akan mewarisi kerajaan kita.

    Raja: bagus bijak sekali kepala hotak adinda.

    Raja: datuk menteri umumkan kepada rakyat jelata yang beta mahu mencari seorang menantu.

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama3:10 PTG

    2:14 Tanpa Nama

    Belalang: Jangan2! Jangan umumkan Tuanku. Patik Belalang ada calun untuk tuan puetri.

    Tuanku: Engkau budak2. Mana boleh cari jodoh untuk orang dewasa.

    Belalang: Kalau Tuanku umumkan. Semua anak-anak muda akan masuk isi borang Tuanku. Patik dengar dari kawan-kawan, ada satu anak duta beristeri mamak sedang mencari mangsa.

    Tuanku: Mangsa untuk diapa?

    Belalang: Dia bercadang untuk langgar kereta mana-mana anak Bendahara atau Sultan dengan keretanya. Lepas itu, dia akan buat-buat tolong dan hantar pergi kerja tiap2 hari.

    Tuanku: Baiklah begitu, apa cadangan mu Belalang.

    Belalang: Kalau Tuanku tidak menghalang, Tuanku boleh padukkan Tuan Puteri dengan bintang2 filem Jin Shamsuddin atau P Ramlee.

    Tuanku: Bintang filem?

    Belalang: Patik rekomen P Ramlee pasal dia jadi Pak Belalang, bapak patik. Jin Shamsuddin akan bertanding di Bukit Gantang. Kalau menang jadi MP, dia tak ada masa-masa.

    Tuanku: Biar beta fikirkan ...

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama4:06 PTG

    kalau nak celebrity MP baik letak je Mawi daripada pak jins yang dah lanjut usia. Mawi orang Johor tapi kalau Khairy boleh bertanding di Rembau apa salahnya Mawi bertanding di Perak. Mawi pun ada trophy wife pakai tudung, mesti melayu suka. Cuma Ikin jangan pakai jins, eh jeans, ketat sangat sudah lah.

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama4:35 PTG

    Usin,

    mana-mana calun utk 2 Bukit ni (Bkt Selambau - dulu Pas pis pus cadang nak buat kandang B.A.B.I kat sini la & Bkt Gantang) harap-harap jgn ada kena mengena dengan yang pakai jeans atau jin la... cari yang pakai kain pelikat... yg pakai jeans dah tak berapa boleh harap... suka tidoq.. kalah Gus Dur.

    akulanamron

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama8:41 PTG

    bukan den yg ckp yo..ngeh ngeh ngeh

    Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

    http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/12/mstar_mutakhir/20090212172050&sec=mstar_mutakhir

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama1:13 PG

    sin, jangan fitnah orang UMNO sin, manad ada ahli UMNO minum arak? arak kan haram? ko ada bukti kukuh ker ahli UMNO minum sin? jangan main sedap mulut jer cakap sin! UMNo terus Mara untuk rakyat malaysia! ARAK ITU HARAM!

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.