Jika semalam, kita dengar seorang calun Tan Sri 'menjawab soalan'. Hari ini, ana mahu cerita mengenai satu lagi calun Tan Sri menjawab soalan.
Biasalah mesti ada Majlis Makan dahulu, lepas itu ada pula bersoal jawab dan berbincang. Macam-macam perkara nak disampaikan, nak ditanya untuk dapatkan penerangan, dan tidak kurang bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu semasa, ekonomi dan politik parti.
Seorang anak muda bersuara:
"Tan Sri nak tunggu UMNO ini lakukan pembaharuan lambat. Pada saya, perubahan segera yang perlu dilakukan adalah tukar muka-muka lama ini. Samada mahkamah mengatakan mereka ini rasuah ke tidak, samada persepsi atau betul, rupa wajah UMNO perlu diwakili oleh mereka yang bukan saja bersih tetapi kelihatan bersih. Apa pandangan Tan Sri?"Dengan senyumannya yang mahal, Tan Sri bertanya:
"Saya ini orang lama ke baru?"Baru menyedari dirinya tersalah guna istilah.
" Oh tidak, tidak. Saya maksudkan mereka yang ada masaalah persepsi. Dalam politik, persepsi itu segala-galanya."Cepat anak muda membetulkan.
"Tidak saya bergurau saja, saya faham maksud itu. Masaalah persepsi ini memang satu masaalah besar dalam politik. Kalau dulu kita menguasai media, kita boleh pastikan sesuatu laporan itu dibuat secara profesyenal. Dapatlah masaalah persepsi itu ditangani dan kita pun lakukan penerangan. Cuma saya tak tahu bagaimana ianya dilakukan sekarang oleh UMNO kerana bukan tanggungjawab saya. Saya tidak mengata orang lain tidak buat kerja. Cuma tak faham cara sekarang ...Tengok tu, halus saja dia tibai dia punya pesaing.
"... Itulah keterbukaan sekarang ini kadang-kadang mengelirukan rakyat. Dulu kita akui kalau lidah pengarang dan ruang pendapat ada condong kepada pemerintah tetapi laporan berita itu adil. Sekarang ini, anih pula. Laporan berita pun diputarbelit dan spin. Walaupun agak terbuka dalam ruang pendapat, pendapat parti nampaknya tidak dapat diluahkan. Macam ada yang menyekat.Seorang lagi pesaingnya dicuit.
"Namun begitu, saya tidak lihat ini suatu masaalah jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimopin memainkan peranan. parti mesti ada jaringan maklumat, dan ada program latihan untuk anak-anak muda memahami budaya dan semangat UMNO. Mereka diberi latihan untuk mengkaji, membaca dan berbicara sesuatu isu. Beupaya mentarbiyah dan membetulkan tomahan dan persepsi buruk ini. ..."
"Mungkin cara kita, pemimpin-pemimpin kita, mengartikulasikan sesuatu agak lemah. Faktanya, hujahnya, penguasaan bahasa, Melayu dan Inggeri dan cara penyampaian pun lemah. Dengan dunia terbuka ... ICT, Internet dan blog, ... kelemahan kita menjadi ketara dan dibincangkan dengan terbuka. Maka keupayaan komunikasi, public relation, dan lain-lain penting. Tak ada lai dah kita bercakap dan orang menerima bulat-bulat ...Wah! Dua sekali pesaing ditibai. Kalau berkempen, boleh repot. Tapi bila dia nak jawab soalan yang pendik mengenai rombakan wajah UMNO?
"Berbalik kita pada persoalan kamu mengenai perlunya satu wajah baru, imej baru, packaging baru dan branding baru UMNO untuk memberi keyakinan kepada ahli UMNO, rakyat dan khususnya pengundi. Ini susah sedikit dengan struktur UMNO yang ada dan tradisi pemilihan jawatan dan pemimpin dalam UMNO. Kita perlu fahami bahwa ini adalah demokrasi yang sejati tak macam dalam parti-parti pembangkang yang lain.Orang punya soalan itu dia terangkan balik pulak.
"Mungkin apa yang lebih tepat anda maksudkan adalah UMNO perlukan satu cara pemilihan jawatan dan kepimpinan yang lebih telus dan meluas dan tidak hanya tertumpu kuasa memilih kepada beberapa ratus atau seribu dua ahli di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Sistem perwakilan itu perlu satu rombakan."
"Ada yang menyatakan bahawa semua ahli mesti diberi kuasa memilih dan dengan itu tidak mudah untuk politik wang memgubah keputusan. ..."Anak muda menyampuk, "Tengku Razaleigh ada cakap."
"Ya ya ... dan ada beberapa yang lain yang mencadangkan. Saya melihat dari segi kos dan penyelanggaraan agak rumit dan perlu suatu cara lain. Saya tak mahu lihat kita terlalu tertumpu kepada pemilhan dan ini melarikan fokus kepada aktiviti. ...Ini macam set untuk orang tanya.
"Saya setuju satu rupa baru, personaliti baru, imej UMNO baru yang lebih diterima rakyat dan pemgundi. Persoalannya macam mana? Ini adalah formula yang kita akan fikirkan. Dalam masa retreat pun saya ada menyuarakan mengenai mengembangkan jumlah ahli yang boleh mengundi dan jawatan-jawatan terlantik dikurangkan tapi menggunakan kaedah pemilihan. Ada yang mahukan formula mengasingkan jawatan parti dan kerajaan. Tapi timbul pula soal effectiveness?"Pehhh ... panjangnya jawapan. Setelah beberapa soalan, begitu juga dia mengolah balik soalan-soalan dan memberi penerangan-penerangan yang panjang lebar. Ada kala dijawab soalan dan ada kala dia menerangkan kerana jawapan mudah tidak ada.
Di pelusuk meja, ada kawan kita menyedari keadaan ini. Dalam kepala dia berfikir macam mana nak kasi Tan Sri ini jawab soalan dengan tepat. Dia pun mula bertanya:
Mengangguk dia macam setuju."Tan Sri, saya agak concern dengan keadaan ekonomi. Lagi saya risau apabila PM mengatakan Malaysia akan terselamat dari recession. Kita tak boleh lari dari recession. Kita adalah trading nation dan bergantung kepada pasaran eksport negara-negara besar. Selain itu, kita bergantung pada minyak dan minyak sudah jatuh harga. Keadaan inflasi dan kenaikkan harga barang pun menyulitkan rakyat jelata.
"Sektor-sektor ekonomi pun semua merudum. Kalau dilihat sektor pembuatan yang dibangunkan begitu pesat dan merupakan penjana pekerjaan yang banyak semasa pentadbiran sebelum ini, nampaknya hancur zaman PM yang ini. Contoh yang nyata adalah systematic killing of Proton dan penjualan MV Agusta yang mana Khairy sendiri mempertahankan penjualan. IMP ke 3 seolah di ketepikan apabila dari rancangan 5 tahun dijadikan rancangan 15 tahun 2005-2015.Sektor servis kita khususnya perbankan belum cukup canggih untuk menjadi pemangkin. Sektor hartanah hanya akan pick-up setelah ekonomi naik. Manakala sektor pertanian yang diwar-warkan akan dimajukan sebagai industri skala besar dengan ada pengkhususan kepada bioteknologi hanya temberang Pak Lah saja. Saya tahu kita perlu budget beberapa billion tapi hanya dapat RM400-500 juta saja ..."
"Kalau kita hanya mahu fokus kepada construction, ia akan meningkatkan impot. Kita tahu itu hanya lebih menguntungkan kepada taukeh-taukeh Cina yang besar-besar. Orang Melayu dapat tulang saja. Usaha kita nak memajukan Melayu melalui hitech dikuburkan oleh Pak Lah di MAS, Proton, dan lain-lain.Panjang soalan kawan kita.
FDI dah tak masuk sangat Malaysia. Khazanah yang penubuhannya untuk membangunkan negara dengan melabur dalam bidang-bidang strategik dan membina learning curve, tapi kita pergi bantu negara lain untuk maju pula. Terikut-ikut nasihat Omar Ong Ethos Consulting yang ciplak ide Temasik.
Jadi saya nak tahu Tan Sri apa sektor yang boleh menjadi sektor pendahulu dan memimpin ekonomi untuk kembali cergas? Bagaimana pula kerajaan akan lakukan kerana masalaah sebesar ini memerlukan satu pemikiran out-of-the-box seperti pada tahun 1997 untuk menyelesaikan. Adakah kepimpinan mempunyai satu political will yang berani melakukan sesuatu yang perlu walaupun ditempelak dunia semasa 1997?"
Rupanya mengena. Tan Sri jawab pendik dan tepat.
Ekonomi buat masa itu belum terjejas dan kerajaan sentiasa memantau. Keadaan sekarang sangat berlainan dan kerajaan sedang memikirkan satu strategi dari aspek ekonomi domestik dan mencari pasaran-pasaran baru. Dia memberikan keyakinan bahawa kerajaan akan lakukan apa saja.
Hehehe ... orang politik. Kalau ditanya soalan bola tanggung yang dia tahu, ceramah perdana dia. Konar betul-betul soalan, baru dia jawab. Sekurang-kurangnya dia tahu dan faham kerjanya, taklah setuju dengan soalan.
Wow! Siapa yang tanya soalan panjang itu. Macam kenal aja kawan ini ...
Usin,
BalasPadamOrang Johor memang bijak dan objektif bila buat kerja.
Dulu Dato Onn walaupun dia pengasas Umno, tapi bila menyimpang dari aspirasi kemerdekaan yang diingini rakyat dan ingin membuka Umno kepada bangsa lain ( yang dipelopori Britihs ), maka dia sendiri pun tidak di sokong oleh orang Johor.
Sekarang pun ada juga Orang Johor dalam kabinet yang di tolak oleh orangnya sendiri, sebab lebih menjaga kepentingan kedudukan sendiri dari kepentingan rakyat.
Tapi secara amnya orang negeri lain pun bagus juga.
Cuma sultan di negeri Johor tu amat straight forward dan tegas - tu yang sebabnya ahli politiknya dah terbiasa tak berani buat sebarangan.
PS. tak nak pakai songkok masuk Dewan ADUN pun dah kena halau balik
Pandai2 mengaku yang cakap calun orang Johor.
BalasPadamAku pun boleh beri penerangan macam itu. Aku Ketua Penerangan UMNO.
UMNO ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman.
Aku orang Melayu. Nama pun ada dua Muhammad.
Muhyiddin ni nama Pakistan Malbari jual roti. Itu yang Mahathir suka. Sama2 separa Melayu.
Ini aku kan, Husin?
Baik ngaku aku. Kalau tak, aku repot berkempen pada Ku Din.
Husin
BalasPadamHe he he ... betul engkau punya observation. Tan Sri suka olah balik soalan orang dari jawab terus.
Kalau dia kalah, patut kasi dia jadi Ketua Penerangan. Dia lebih strategik berfikir.
Melainkan Telok Komang, N9 kasi Tan Sri aku rasa.
TAN SRI MUHYIDDIN MEMANG KELASS ORANGNYA...
BalasPadamana sokong orang yang cepat bayar elaun JKKKP ler.... he hehehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamuSIN, KALAU tsmy TAK JADI TIMBALAN, AKU KELUAR umno! (tAPI AKU BELUM MASUK PUN...! oH YA KALAU DIA JADI tIMBALAN, AKU MASUK umno! hIDUP hUSIN
BalasPadamMuhyiddin sekor pun tak mampu buat apa apa dalam UMNO.
BalasPadamMukhriz atau Khir jadi Ketua Pemuda pun tak banyak sangat perubahan dalam UMNO.
Pidah jadi Ketua Wanita pun sekadar cukupkan korum saja.
Najib jadi PM pun (kalau) tak banyak tolong orang Melayu - lebih nak ambik hati cina dan india.
Puteri hanya waiter siapapun jadi ketuanya.
Suasana ini cukup pahit untuk ditelan kerana jika berharap ke pihak satu lagi, PAS dan PKR sering tunduk kepada DAP.
Melayu makin tersepit - paklah bertanggungjawab atas situasi ini.
Dolah nak Ali Rustam
BalasPadamSama bodoh sama padan
Dia masih berangan
Nak kekal sebagai PM
Dijemput Ali datang
Semua orang dia salam
Mesra tepok belakang
Melawak dalam syarahan
Cuma datang jemputan?
Cuma tepok belakang?
Cuma penuh kejenakaan?
Baik kasi Badul & Acappan
Ini mentaliti bawahan
Tak dalam perkiraan
Ali terbatas kebolehan
Semangat aja tak cukupan
Ciri pilih kepimpinan
Biar elok, kepandaian
Cakap perlu pengisian
Kerjaya petanda kebolehan
Presiden perlu bantuan
Untuk dapat timbal balasan
Bernas tajam buah fikiran
Bila perlu pangku number one
Perlu bawa kepercayaan
Dah yakin ada kesetiaan
Bersemangat menguatkan
Berkorban demi perjuangan
Sering lupa perwakilan
Undi diberi yang meyakinkan
Parti lemah orang tepikan
Salah pilih, PRU13 kesedihan
Usin,
BalasPadamComment at 2:17 pm tu dari Muhammad Taib ker?
Clcik kat nama dia, trus direct ke blog dia...
Naper cheap's cake sangat comment dia?