Khamis, Februari 19, 2009
Setuju pada soalan?
Semalam kita dapat mendengar calun-calun Ketua Pemuda UMNO diinterbiu oleh seorang pengacara, Dr Agus Salim. Ramailah memberi pandangan mengenai 'debat' itu. Dalam masing-masing memberi pendapat, adakah terfikir jawatan yang ditanding hanya Ketua Pemuda UMNO?
Sorang pun bukan Menteri untuk usahakan benda besar yang dibincang. Bercerita seolah 'orang muda' bertanding President UMNO. Seolah-olah orang muda itu segala-galanya. Yang taksub jangan cakap, memuja macam demigod (penjelamaan tuhan).
Itu bab 'orang muda' bunyi bijaksana macam 'orang tua'. Ana ada cerita mengenai orang tua bunyi macam ... 'orang muda', gut?
Al kisahnya ada seorang Tan Sri yang sekarang calun Timbalan Presiden UMNO menjemput kawan-kawan makan malam untuk bincang-bincang pow wow dan dengar timbal balas. Semua yang datang duduk di sebuah meja dengan Tan Sri ini. Lepas makan dan minum kopi dan desert. mereka bincang.
Seorang demi seorang memberi buah fikiran tentang hasrat Tan Sri ini untuk bertanding Timbalan President UMNO. Ada memberi pendapat mengenai prospek kemenangan, persimpangan kerjaya politik, dan taktik kempen.
Semua berbincang dengan nada membodek untuk memuji, menyokong dan menyetuju. Setuju, prospek Tan Sri baik. Kena berusaha saja.
Setuju, Tan Sri saja berupaya membawa agenda ini dan itu. Si polan tu tak boleh harap. Dia ada kes ini dan itu. Tan Sri tak ada.
Setuju, Tan Sri akan diterima kerana banyak jasa semasa menjadi MB dahulu. Orang akan tetap ingati.
Setuju, jangan risau cerita-cerita lama. Orang dah lupa. Ah, bawak-bawak lari tu cerita lama. Itu biasa orang jantan.
Pendik kata, keliling meja semua setuju Tan Sri patut bertanding. Apa yang masing-masing harapkan dari Tan Sri untuk bertanding, wallahu alam. Pendikkata, semua setuju melainkan ada satu orang lama sebelah Tan Sri yang diam mendengar dan memerhati gelagak masing-masing.
Tan Sri menyedari kesunyiannya lalu bertanya pendapatnya.
"Saya tak ada pendapat Tan Sri. Tapi saya ada beberapa soalan-soalan. Lepas itu baru saya boleh membuat perkiraan saya samada setuju atau tidak setuju Tan Sri bertanding."
Tan Sri minta dia teruskan.
"Soalan saya Tan Sri, apakah pembaharuan-pembaharuan yang dirancang dan dilakukan oleh UMNO untuk mengambil hati rakyat yang terluka?
Tan Sri mengangguk-angguk kepala dan minta diteruskan soalan.
"Kedua, apakah rancangan-rancangan yang UMNO perlu lakukan untuk memulih dan memperkasakan semangat serta komitmen ahli-ahli kepada perjuangan UMNO?
Tan Sri mendengar mengangguk.
"Ketiga, adakah Nasionalis Melayu masih releven dalam persepektif politik baru yang dicanangkan oleh pembangkang?
Tan Sri bertambah syok dengan soalan-soalan dan memandang terus kepada pembicara.
"Keempat, kompromi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kepada sosial kontrak dan hak keistimewaan orang Melayu diterima oleh pengundi bukan Melayu. Adakah kita tawaran yang lebih baik?
Semua di meja ikut memberi perhatian dan memgikut-ikut Tan Sri mengangguk
"Kelima, apakah dunia politik baru yang boleh UMNO bina untuk lebih menarik dari politik keterbukaan dan liberalisasi yang dituntuti oleh pengundi-pengundi sekarang?
"Keenam, perkara pokok untuk satu calun itu adalah soal integriti dan persepsi kepada pandangan masyarakat dan pengundi. Bagai ... "
Belum orang itu habiskan soalan, Tan Sri cepat-cepat memotong, "Bagus ... bagus soalan kamu. Emm ... saya setuju lah ... "
Setuju? Setuju dengan soalan? Mana pendapat la ...
Ya Sheikh! ... Inikah calun Timbalan Presiden ente?
Wow! Ana Sheikh Unta, ada sikit untung jual orang.
* Terima kasih kepada seorang Dato yang tidak boleh diberitahu namanya. Kemaskini 8:30 AM.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamOi ... kawan-kawan.
BalasPadamDah tak ada cerita pemilihan Ketua Pemuda. Ini cerita pertandingan Timbalan Presiden.
Macam kenal lak. I do know speaking Austlia English
BalasPadamPak Usin, betul ke peristiwa tu berlaku? Setahu aku calon ni agak vokal dan boleh diharap berbanding 2 calon lagi. Kalau Tan Sri pun tak layak, siapa yang nak jadi TPM nanti?
BalasPadamsalam sin
BalasPadamtak tido lagi ker
dulu aku ada hadiri satu majlis yang tan sri ni jadi jemputan khas.memang kaki angguk dalam umno nih bulih kata tahap terpuji.selangor dah di rampas pun depa depa masih nak bergembira ria lg.Tak ada pun keluar idea idea untuk memperkasakan umno dan menmantapkn barisan.semuanya tak seperti sedar umno akan hanyut kedasar gaung...memang sedih orang macham ini masih tak sedar diri dan mengangap dirinya masih gagah dikalangan rakyat.dan puak puak umno pun sama tak berani nak tunjuk jalan keluar pada mamat sorang ni.Dia dulu memang terpuji dan aku pun sama jadi penyokong kuat dia.tapi zaman dia dah lepas lah......bawa bawalah berehat.jadi veteran umno pun rasanya orang akan lebih hormat dari jadi tpm yang di pandang hina.itu pun kalau dapat jadi tpm dan umno masih kekal menerajui negara ini
Sorrylah terkomen salah salah tempat.
BalasPadamdepa layan apa pulak ni ?....ketum ka ketumbar kakkakaka..calon tim..mungker makan cuka
BalasPadaminilah blog yang aku suka sekali di Malaysia...THE BEST BLOG .....TERgelak selalu sampai sakit perut ......yang tukang tukang komen pun kelakar habis......hati ni terhibur sikit, stress makcik pun terus hilang, tak payah makan ubat ....Terima kaseh Tuan Husin ....
BalasPadamLast-last semua jadi PAK ANGGUK.
BalasPadamAngguk-angguk takde geleng-geleng.
Ada berita yang mengejutkan...
PAS dan PKR kini tukar nama baru - klik dan baca. Macam mana budak-budak Pakatan Rakyat tak tahu?
Angguk angguk faham dan setuju ni lah yang buat Mahathir tersalah pilih dia dulu...jadi Menteri Besar Selangor..
BalasPadamAngguk annguk faham dan setuju ni lah yang buat Paklah ambik dia jadi Menteri Kampong...
Angguk angguk faham dan setuju inilah yang buat perwakilan pilih dia calon Timbalan Presiden...
Sin, aku pun setuju sangat dengan saolan tu....
Bagi pendapat?..biarlah orang lain yang bagi..aku angguk angguk dan setuju je..
silakan yang lain lain bagi pendapat..
Lain den taknak omen cuma nampak sedap air Zappel atas meja tu Husin oiii..
BalasPadamZappel atau Teh o?
kah kah kah. wah husin, ana x lama lagi ada special interview dgn "colan-colan" (pinjam kata alleycats)tp umno. bolehlah ana pinjam soalan-soalan ente ya? kalau anak tanya mereka angguk juga, ana akan tanya, tanya, tanyalah. kalau tak faham cakap melayu, ana cakap orang putihlah....tapi...nanti....nantui, mereka tahukan "speakin" orang putih? nanti ana tanya "what's your edge"...ana takut mereka jawab "i am 43 years old" lah pulak! ente ada ingat sama itu cerita?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamAda 2 calon yang bergelar Tan Sri. Rasa-rasanya yang mengaku tak pandai cakap bahasa inggeris tu agaknya.Dia bolehlah dikatakan cerdik juga, tetapi terang-terangan salah aplikasi.Jenis membujur lalu melintang patah.Raja pun dikelentongnya.Jahanam lah UMNO, BN dan Malaysia nanti.
BalasPadamKalau kita sentiasa hendak mendengar cerita yang baik2 sahaja tentang diri kita, panggil lah pak angguk.
Ayor "Setahu aku calon ni agak vokal dan boleh diharap berbanding 2 calon lagi."
BalasPadamOh ye ke? Boleh pakai ke Tan Sri yang satu tu?
Kome ingat masa dia datang Perak sekali tu. Kunun nak cerita pasai ekonomi ke apekende..last - last kempen diri sendiri best buat itu ini.
I speak no Australia.
Mana tak bunyi mcm Presiden UMNO. Angus Salim kasi soalan bocor.
BalasPadamAsyik lebih masa cakap, soalan kaw kaw dan mula dulu diberi pd satu joyol. Seblum forum, Angus ngaku DKT adalah idolanya. Mcm nak cover siang2.
Terlalu luar biasa ketepatan, kecergasan dan mendalam jawapan2 DKT. Tak macam biasa penyampaian DKT di majlis2 forum politik.
prestation dia memang setahap tu sin..ko jangan la gelak...hehe...
BalasPadamsin...ini cerita calon timbalan presiden UMNO ke timbalan datuk bandar gold coast?
BalasPadamhahahaha
Hahaha ... kalau Husin tulis Tan Sri ... bukanlah aku.
BalasPadamApa ni kau orang tengok kat aku?
BalasPadamBukan aku sorang yang calun Tan Sri dan belas MB.
Tsk tsk ... Ali tu pun bukannya cerdik sangat pun. English dia erroneous.
Atrocious Mat. Bukan eroneous. Your English is atrocious, Mat. Sama lah ko dgn Ali.
BalasPadamKau jgn nak ngada2 tunjuk kat aku. Husin maksudkan kaulah, Mat. Mana aku ada cerita bawak lari. Puteri orang kau bawak lari. Duit kau nak lari kastam.
Aku dah kawtim dgn husin. Belanja nasi beriani gam johor. Raya haji aku beli 3 ekor unta dia.
Kau kena ajak dia makan lauk kg di ulu selangor. Pejenis dia, 7 ekor unta baru dia boleh diam. Habis ko dia dikerjakan nanti Mat.
Eh eh eh ... din. Kau janganlah nak babitkan aku.
BalasPadamKau ni tulis di sini pasal nak kempen ke? Nanti aku repot kat Tengku Rithauddin tangkap kau.
Kau orang berdua jangan mimpilah. Nanti aku yang menang. Pasal orang suka aku. Pak Lah pun nak aku.
Setuju Tuan Husin (belum apa-apa dah setuju yek)
BalasPadamOk Lah Dato' dan Tan Sri- Tan Sri,
BalasPadamIf you cannot own to Husin Lempoyang tak mengapalah aku tolong korang kali ni.
Tapi jangan lupa ana punya twenty parsen kasi up lagi...
Usin,
BalasPadamAku ada masa dia menyeberang pi Golok dulu. Cuma dia tak ajak aku join sekali.
Tapi dalam sejarah Umno, ada ke pernah SEORANG SENATOR yang patut dah pencen boleh jadi TIMBALAN PRESIDEN.
Macam le dalam Umno dah tak ada calon yang lebih layak.
Nanti terpaksa buat satu lagi Pilihan Raya Kecil ( Parlimen) semata mata nak bagi Mamat ni ada kedudukan dalam parti.
sin..
BalasPadamaku harap minuman yang dihidangkan dalam foto tu hanya teh O..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamTengok tu, baru title aku dah penuh ruang nama ...
BalasPadamGinilah kau orang bertiga ni buat 5 soalan dan jawab sendirilah.
Kita nilai keikhlasan dari soalan yg ditunjuk dan kita nilai kebijaksanaan dari jawapan yang diberi.
husin sepatutnya orang tu bagi jawapan dulu baru tanya soalan..sebab dia kata dia dah boring asik ambil peperiksan SPM aje la ne nak cuba ambil STPM la...soalan yang orang tu bagi adalah soalan yang terlalu susah ini untuk student pengajian tinggi punya soalan...
BalasPadamPak Husin,
BalasPadamSaya ada satu soalan nak bagi kat Tan Sri tu.
S1. Kopi apakah yang tak boleh di
minum ?
J1. Kopipikir la sendiri.....
muah ha ha ha ha ha
Weh orang atas, apa soalan da... Tara soklah punya olang..
BalasPadamyap kim hock
Coach Yap Kim Hock pun ada sini di Baghdad?
BalasPadamBila landing?
BAM apa jadi, lu kasi jual sama Husin ka?
Next month ada peralihan juga ka? Mungkin you mari sini belajar dengan calon-calon timbalan MNO. Ok la tu.
Pak Husin,
BalasPadamSebetulnye jawapan soalan Paloi adalah begini
S1. Kopi apakah yang tak boleh di
minum ?
J1. KOPIKIR la sendiri.....
muah ha ha ha ha ha
OK..OK..
BalasPadamDi Padang Mahsyar nanti, semua orang telanjang. umur pun semua sama,25 tahun.
Macam mana kita nak kenal yg mana
Adam dan yg mana Hawa?
Siapa dapat jawab,dia jadi Timbalan.
Aku dapat jawab....tapi aku tak mau jadi timbalan.Aku takut nanti Najib suruh aku jadi Ahli Nujum Negara.
Sorry, teman baca dan komen (di atas) masa tengah mengantuk. Silap orang, tak perasan calon yang berprestation tu pun Tan Sri jugak. Ok2. Teman tak berbelah bagi. Terang2 cakap, dah ada 3 calon ni je. TS Muhyiddin jadi pilihan. TS Mat tu rasa2nya acah je, dia tarik diri.
BalasPadam