"Kacau program, kacau ..."
Kassim Pantalon terkejut dari lelapnya di opis tengahhari. Mengantuk sebab makan tengahhari lauk kari kepala ikan. Bergegas-gesas dia masuk ke bilik kliennya. Bosnya ni kaki panik.
"Kenapa ni Tuan Sadiq? Kenapa ..."
"Bankrup aku, Bankrup. Kalau pencen, abis anak aku bankrup." Tuan Sadiq Sigaraga terus mengeluh.
"Anak tuan?"
"Tidak tidak ... Jangan nak ingat persen-persen. Aku yang bankrup."
Semasa Majlis tadi, Tuan Sadiq terkejut apabila Pengerusi Syarikat menyampaikan ucapan terima kasih. Terkebil-kebil matanya semasa disebut meminta peralihan kuasa yang aman. Sepanjang jalan pulang, hatinya resah dan tidak henti berdebar. Itu serupa Pengerusi suruh dia letak jawatan.
Macam nak kasi keadaan gelora untuk diri dapat kekal. Ini yang diperlukan dari Kassim Pantalon, Penasihatnya sepanjang menjadi CEO tetapi tidak ada nasihat yang berjaya.
"Ini sangat bahaya Tuan. Kita tak boleh biarkan lagi. Emmmm ..."
Baru saja kassim nak menyebut, Tuan Sadiq sudah potong, "Sudah sudah ... jangan kau nak mintak persen-persen lagi. Banyak nasihat kau buat aku ranap.
"Kau lah yang suruh kensel projek jambatan, kereta dan keretapi. Kau yang suruh berbaik dengan Pulau Komunis Selatan. Suruh mereka melabur ini, melabur itu, ... Kau cuma ambil persen. Habis aku dipanggil penjual negara. Kasi aku skit!"
"Baik ... baik tuan, rumah di Pulau Otolia akan kami tukarkan nama tuan bila tuan pencen." Kassim cuba menyedapkan hati bos.
"Celaka kau. Kau suruh aku pencen ke? Aku lesing tau."
Dengan nada bisik-bisik, Kassim mengingatkan "Tsk tsk ... tuan salah skrip. Itu line felem Labu Labi."
"Oh ... oh ... Sekarang apa kita nak buat ni? Kau dah tampal itu poster besar."
"Sudah tuan. Orang pun hairan pasal apa ada poster besar gambar tuan di highway bila Tuan dimaklumkan akan pencen dalam dua bulan."
"Poster-poster itu macam mana. Dapatkah kelihatan seolah-olah pekerja-pekerja mahukan saya lagi?"
"Kata sahabat-sahabat Tuan sudah beres semua. Saya pun sudah suruh akhbar temberang kawan kita buat laporan seolah-olah Tuan betul nak pencen akhir bulan depan."
Tuan Sadiq mengangguk-angguk.
"Apa lagi saya boleh bantu Tuan? Kenapa sabotaj kita di Perak tak jadi?"
Dengan muka sedih, dia menjawab. "Saya pun tak tahu sapa punya kerja. Kena saya garenti sama Singh Lembu Jaga jangan risau pasal kena tangkap.
"Kawan-kawan kita si Ketam budak Melaka, Mami Ijat, Jahid, dan menantu mesti dipastikan menang tau.
"Agrhhh ... Tak suka aku budak Johor yang tak selalu senyum itu. Dia yang mula kasi susah sama program kita.
"Kawan-kawan kita Lebai Boroi, Ah Lim Gapgap dan Brader A.b.i. dah jumpa?" tanya Tuan Sadiq.
"Sudah Tuan. Kami dah jumpa banyak kali dan masih sedang berjumpa. Mereka dah buat kenyataan-kenyataan menyokong. Brader A.b.i. pula bantu menantu untuk menang jawatan."
"Bagus lah ... dapat kita ranapkan syarikat."
Dengan kepala tergaruk-garuk, dia melihat muka Kassim dengan rasa sedih, "Sekarang macam mana dengan situa pencen?"
"Situa tu? Kita boleh cuba carikan kandang kuda untuk dia tidur. Dia pun suka naik kuda." Kassim cepat memberi cadangan.
"Tidakkkkk ... dia sudah dedah habis program kita ... Aw aw aw ... " Menangis Sadiq Sigaraga sambil mengibas-ngibas topi green beret.
Sin,
BalasPadamKalau Tuan Pengerusi dah bagi ucap terima kasih, maknanya Dollah dan KJ dah boleh belah dengan hurmatnya dan jangan cuba derhaka macam si Anwar Berahi..
Tuan Husin,
BalasPadamAda berita terkini dari Hospital Tanjung Rambutan. Anak Tuan Sadiq Segaraga dimasukkan ke situ kerana dijumpai bercakap keseorangan di Kalabul Malami.
cerita penuh details..semua watak utama ada dlm story board!bagus tuan director!
BalasPadamSungguh komprehensif naratif saudagar unta. KJ, ko kiralah hari-hari terakhir seorang seniman ko ya.... Budak Tingkat 4 semua jemput ke parpu kari makan kari penendang supaya jauh sikit untuk ditendang...
BalasPadamHj Usin,
BalasPadamTak sangka saya yang Tuan Pengerusi tuan haji usin bukan saja pandai ber taekwando, bersukan kuda, bahkan juga bermain catur.
Husin,
BalasPadamAku ingat PM tuan sahaja yang suka tidor dalam majlis, rupanye Menteri Kewangan Jepun pun lagi teruk
Kalau kasikan Sime Darby IJN dan LCCT, tak adalah susah Tuan Sadiq nak cuba-cuba.
BalasPadamTuan Husin,
BalasPadamAna baru dua hari baca Tuan Husin punya blog la. Tuan Husin punya blog ada itu x-factor yg ana cari2 selama ini yg hanya ana boleh jumpa di blog2 kawan2 di seberang pagar.
Tuan Husin punya blog sudah naik jadi carta nombor satu dalam ana punya senarai menewaskan blog che det lah :)
Ana harap tuan Husin boleh bikin satu seminar atau workshop lah bagaimana Tuan Husin boleh bikin blog yg sugguh bergeliga.
Sekarang ana faham, kadang2 bila mau lawan dengan orang2 yg kurang rasional, kita kena guna reverse phsicology lah. Itu lebih berkesan.
Ana harap Tuan Husin akan terus kan dengan ini business jual unta. Ana doakan Tuan Husin panjang umur dan murah rezeki lah....
Senyumlah!
BalasPadamHentikan segala keluh kesah...
Hentikan segala fitnah...
Hentikan segala amarah...
Senyumlah.
Jangan kita derhaka...
Jangan kita berlaga...
Jangan... nanti kita celaka...
Senyum sahaja.
Mari kita bersatu...
Mari kita maju...
Mari... jangan malu...
Senyum selalu.
~ Shairul Abdul Karim
Sekarang ini partai gembira segala sudah boleh kata tuan pengerusi bersekongkol dengan tuan najibul razak!!! WOW!
BalasPadamJom baca siapa sebenarnya yang terjah Elizabeth Wong telanjang?
BalasPadamNI DIA ORANGNYA - KLIK DAN BACA
harap2 najib dapat terajang hishamudin taun jugak
BalasPadamamboiiii bukan main dia kipas najib sekarang
dulu bukan main jilat dolah hadhari dengan menantu beruknya
dolah,beruk dan taun sedang menghitung hari masing2