Orang berniaga atau orang main saham atau pasaran kewangan memerlukan satu isyarat petunjuk ekonomi untuk merancang pengurusan perniagaan atau pelaburan mereka.
Kalau ada sistem yang dapat meramalkan dengan baik hala tuju ekonomi, dapatlah mereka mengelak kerugian semasa ekonomi menurun dan melabur untuk meraih keuntungan semasa ekonomi rancak. Timing itu segala-galanya.
Kalau ikut orang Bank lama-lama, mereka boleh mengagak dari timbal balas syarikat pengangkutan. Bila menurun luar biasa, ada benda tidak kena.
Bagi yang lebih canggih, mereka menggunakan petunjuk-petunjuk ekonomi. Dari sekumpulan petunjuk-petunjuk, dapatlah dizahirkan petunjuk pendahulu atau cakap Inggerisnya leading economic indicator. Ada pula lagging economic indicator untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ini ana cerita sedikit tetapi tak boleh pakai untuk berniaga unta.
Adalah di satu pertemuan makan tengahhari antara Alias dan sekumpulan kawannya dengan seorang Tan Sri pakar ekonomi di sebuah Kelab.
Semasa makan, Tan Sri ini menerangkan keadaan ekonomi tidak berapa baik masa depan. Dia berkata sebagai negara pengekspot, Malaysia bergantung nasib pada pengimpot negara-neagra maju. Negara-negara ini sudah menurun tahap consumption. Secara langsung dan tidak langsung, Malaysia akan menerima kesannya.
Alias bertanya pada bila masanya, kerana orang dok cakap tetapi semasa itu kerajaan kata kita tidak akan menghadapi recession. Menteri-Menteri kata kita tidak perlu risau kerana rizab kita kuat dan kurang penggantungan pada negara-negara maju seperti Amerika.
Tan Sri itu memberitahu bahawa petunjuk ekonomi atau economic indicator menunjukkan keadaan sedemikian. Antaranya pemberhentian kerja oleh firma-firma antarabangsa di Lembah Kelang dan Pulau Pinang.
Menurutnya yang penting adalah penurunan capital good expenditure. Ini masaalah orang ekonomi. Bila mereka bercakap, mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa yang orang biasa boleh faham. Itu kira perbelanjaan pelaburan perniagaan.
Adalah seorang bernama Asfar mencelah Tan Sri.
"Saya sudah tahu lama ekonomi menunggu masa nak menjunam. Indikator saya senang saja. Kawan-kawan sejiran yang selalu lepak dengan saya di kedai teh tarik."
"Eh ... indikator apa awak pakai?" Tan Sri ingin mengetahui.
"Saya tahu ekonomi merudum bila kawan saya ini petang-petang balik cepat." Asfar menerangkan.
"Bila mereka balik cepat, saya tahu mereka ni sudah tidak ada menggatal di luar rumah. Nak berjimat kerana sudah mengurang duit dalam poket."
"Menarik menarik ..." Tan Sri menjawab.
"Tapi yang paling konfom ekonomi nak menjunam apabila masing-masing cerita di kedai teh tarik pasal mintak urut dari isteri masing-masing. Maknanya masing-masing sudah tidak pergi spa untuk berurut. Itulah ekonomik indikator yang sempurna."
"Ah! Ah! ....," tersedak Tan Sri yang tengah minum air ketawa dengan alasan Asfar.
Ada juga lojiknya. Nak tunggu angka sudah berapa bulan lambat. BNM dan Jabatan Statistik keluarkan angka paling cepat ada lag atau lambat dua tiga bulan.
agaknya aku punya ekonomi memang tak naik-naik, sebab selalu bini jugak urut.
BalasPadamekonomi gawat, semua pakat tanam sendiri sayur...sayur pon susah nak jual sekarang. terpaksa la aku buat pati minyak urut bendi. mana tau ... kot kot laku.
BalasPadamMasalah lah Ana, Tuan Husin. Ana tiada teman pergi SPA!
BalasPadamZaid Tidak Bertanggung Jawab!..
BalasPadamCalon Timbalan Presiden UMNO Celaka mengatakan Zaid tak bertanggung jawab.. Cerita penuh ada kat sini. Pasai Muhyiden boleh kata macam tuu.. Pasai cakap Zaid semua orang boleh buka mata.. Zaid sebelum ni bekas Senator dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal-ehwal undang-undang.
Kalau dulu mamat ni memang salah seorang peminpin UMNO yang paling aku benci sekali dengan sikapnya yang angkuh, sama lebih kurang macam Karpal Singh, apa tidaknya, dialah yang membuat saman kat mahkamah agar hukum hudud&Qisas di Kelantan tidak dapat dilaksanakan… Tapi itulah.. Allah maha berkuasa, Bila dia dilantik menjadi Senator dan Menteri di JPM selepas PRU12 yang lalu, dia ada buat kenduri kesyukuran, dan MB Kelantan Dato Nik Aziz pun dijemputnya, dan Nik Aziz pun ada pergi, aku pun heran dengan sikap Nik Aziz yang cukup pemaaf orangnya.. kalau aku sorry no keo laa.. tapi tengok lepas tu apa dah jadi.. dia sanggup letak letak jawatan Menteri diatas tidak keadilan akta ISA.. Itulah manusia yang bertanggungjawab.. Bila dia memohon kepada YDPA agar Najib tidak dilantik sebagai PM mengganti Pak Lah lagi sekali si Zaid ni berani melakukan tugas yang paling bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia.. Kerana dia pun bekas orang UMNO dia tahu apa yang terjadi dalam UMNO, sebab itu dia pun tak mau Najib Altantunya jadi PM.. bukan kerana dia nak popular, bukan kerana dia nak cari kekayaan, dia memang dah kaya dah pun, syarikat guamannya sampai kat London pun ada, sikit main ka… Apa pun ucapkankan terima kasih kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana bertanggungjawab buat rakyat Malaysia.
Tak payah ada petunjuk ekonomi nak bukti apa lagi.
BalasPadamTengok masa bawak kereta ya Tuan Husin!
Masing-masing macam nak kejar rumah sebab dunnia dah dekat kiamat kot Tuan Husin!
Dah tak ada hikmah dan mawaddah....sudah sudah.
Nyanyoknya bila meneliti hukum Lembaga Disiplin terhadap Ali yang hanya hilang kelayakan utk bertanding jawatan Timbalan Presiden, tidak hilang jawatan Ketua Menteri, Jentera utamanya termasuk sdr Saadun digantung keahlian 3 tahun. Kesalahannya politik wang didalam UMNO.
BalasPadamLebih nyanyoknya bila meneliti hukum yang dikenakan kepada Dato' Ahmad Lebai Sudin, Bekas Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena yang sah dan terbukti kesalahan mensabotaj parti dalam pilihanraya lalu hanya dihukum gantung keahlian selama 2 tahun. Dan khabarnya pula panel rayuan sedang mempertimbang rayuan untuk membebaskannya.Tidak hairanlah jika katanya tidak menapa parti kalah dalam pilihanraya asal jangan kalah ketua bahagian.
Amat Nyanyoknya disegi hukum yang dikenakan, Apakah kesalahan selaku pemimpin yang diberi amanah tetapi mengkhianati parti dalam pilihanraya sehingga mengakibatkan tewasnya kerusi yang ditandingi dosanya terlalu kecil berbanding salah etika (politik wang) dalam pemilihan UMNO.??
Pak Usinaku, CYBERCDO rasa tanpa nama tu salah masuk line laaa..kita dok sembang pasal ekonnomi, dia dok sembang pasal PAK YET Ibrahim ( Zaid Ibrahim)..apa hal....tak senada dan seirama laa....CDO rasa dia patut comment tu kat blog CYBERCDO kerana CYBERCDO ada tulis pasal isu tu...sosek ko dioo tu ?
BalasPadamSalam tuan YB Cybercdo! Kita sedang berbahas tentang tajuk "petunjuk ekonomi" di dalam Parlimen negeri pasir dua butir. Dengan ini Tuan Husin Lempoyang sebagai tuan speaker menggantung YB Tanpanama (MP Puch***) selama satu tahun. YB tanpanama, kalau berani cakap larr kat luar parlimen. Apa...takut?..kwang...kwang...kwang!
BalasPadamkelembapan ekonomi bila jiran anda di berhentikan kerja
BalasPadamKegawatan ekonomi bila anda di berhentikan kerja
sin minyak urut dah naik 50% tapi minyak petrol depa kata harga tu dah patut...kata dah rendah betul ke?
BalasPadamBerita baik bagi kaki SPA..harga
dah turut 70% sebab yang tukang urut
yang muda belia dah balik kampung sebab yang tua-tua dah ambil alih.
Aku lama dah tahu ekonomi tak bagus. Aku ada petunjuk tersendiri.
BalasPadamAku jaga orang beranak.
Makin bertambak-tambah orang beranak kebelakangan ni.
Bila ekonomi tak bagus, orang tak ada kerja.
Bila tak ada kerja diorang buat kerja lain.
KERJA BUAT ANAK.
Sebab tu sekarang aku banyak busy.
Hospital kerajaan penuh.
Hospital swasta orang tak berapa nak pergi.
Untapun beranak banyak ke Sin?
Kalau unta beranak banyak tanda nye, ekonomi nak naik.
patutlah YB Nizar masih nak pakai kereta kompeni... rupa2nya dah tak mampu nak beli sendiri.
BalasPadamsin,
BalasPadamkao ta pegi ke PKR nyer hari ulangtahun kat stadium malawati??
kalau ader video upload lar bg aku tengok..
na tengok DSAI berucap kat malawati..