Jumaat, Mac 20, 2009

Hari Minggu inilah, Kalau nak berbicara atau berhuru hara


Dengan Persidangan Agung UMNO tinggal menunggu hari saja, hari minggu ini masa terbaik untuk berbicara atau buat huru hara.

Nak ambil peluang sebelum kepemimpinan baru UMNO yang pasti lebih umphhh dari Dolah dan sedang mencari wow. Inilah masa untuk mendapat perhatian terbaik.

Hari Sabtu Mac 21hb, 2009 ada Seminar Agenda Melayu ke 5 di Dewan Mawar, PWTC, Kuala Lumpur yang dianjur Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara. Inilah grup yang terlibat dalam perhimpunan mintak Dolah tunggu hingga 2010.

Tema hebat “Memperkasa Politik Melayu”, dan pembicara hebat-hebat. Cuma boleh tak Noh Omar atau Rais Zainuddin jangan berucap? Kesian nasib fofesyenal Melayu yang kena mendengar.

Dengar hari Sabtu juga akan ada perarakkan GMI ia-itu Gerakan Menentang ISA. Hari itu GMP, kali ini GMI. Buturan sedang dicari kerana kompangnya sudah kurang. Mungkin muka-muka sama GMP dan dah kena lokap. Beraraklah, itu hak masing-masing. Dapatkanlah permit.

Hari Ahad Mac 22hb, 2009 ada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kelab TNB Jalan Bangsar Kolumpo. Dr Mahathir akan sampaikan ucaptama dan ada live di Astro Awani. Semua warga sesawang dan blog pribumi dijemput.

Teringat masa Tun sampaikan ucaptama Persidangan Agung UMNO dulu-dulu. Macam amanat seorang pemimpin Melayu kepada umat Melayu sedunia.

Baik orang UMNO, atau PAS, atau DAP, atau parti komponen BN atau rakyat tanpa parti, semua mahu dengar dia berucap dan menggulung perbahasan. Setuju atau tidak kemudian cerita, kerana itu adalah arah tuju yang diunjurkan.

OLeh kerana pasti ramai akan mengambilpeluang untuk mengadakan perhimpunan, mogok, tunjuk perasaan, rapat umum, seminar, dialog, sidang akhbar, pelancaran kempen, konvensyen dan lain-lain perjumpaan sekarang menjelang Persidangan UMNO, sila siarkan dalam bahagian komen untuk war-warkan.

Namun begitu, ada juga yang menganjurkan perhimpunan selepas PAU. Yang ini boleh dapat perhatian.

Perhimpunan hebat ini, ia-itu Perhimpunan Satu Juta Rakyat Membantah Pengajaran Matapelajaran Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Inggeris pada April 1hb. Mereka akan serahkan memorandum kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong menuntut Bahasa Inggeris diajar dalam bahasa kebangsaan.

Aturcara di sini.

13 ulasan:

  1. Tanpa Nama5:09 PTG

    Perhimpunan april 1hb kalau bukan april fool, baikdihadhiri.

    Lepas ini bahasa cinadan india kena belajar dalam bahasa melayu.

    Barulah kuat bahasa melayu.

    Pejuang bahasa dalam mogok GMP sudah perjuang bahasa cina dan tamil untuk pelajaran sains dan tamil.

    Sudah kompromi kepada polisi pelajaran nasional.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5:13 PTG

    Lepas GMP, GMI dan akhirnya GML.

    Gerakan Menyokong Liwat.'

    Tunggu bulan Julai nanti ramailah orang PAS yg pakai serban menyokong sodomi, liwat dan membontot.

    Majlis Tindakan Anti Liwat

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama5:36 PTG

    Belajar B.Inggeris dlm B.Melayu?
    Samalah dengan belajar berenang atas padang.
    Perli yg high class.Keep it up.

    BalasPadam
  4. kalau ajar sains dan matematik dlm bahasa inggeris tu, tak dipanggil kompromi kepada polisi dasar pelajaran kebangsaan ke, haji?

    tuan husin, yg ditentang pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. kalau mengajar bahasa Inggeris kenalah dalam bahasa Inggeris. kalau tak jadilah macam yang berlaku sekarang ni, kenapa pelajar Melayu masih lagi tak boleh berbahasa Inggeris walaupun belajar bahasa Inggeris sejak darjah satu lagi.

    sakitnya di tempat lain, dibebatnya di tempat lain. itu namanya doktor apa, tuan?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama6:58 PTG

    Denga2 noh omar buat majlis makan hebat pada malam seminar untuk kempen. Siap bawah anak2 raja - perak, kelantan dan johor. Tapi takcukuporang yang akan datang.

    Noh Omar ni orang Pak Lah dan bongok nak mampus. Nama saja lawyer belajar England tapi tak boleh cakap omputih. Ini jadinya bila tak ada program PPSMI.

    Dia baru kahwin bini nombor tiga. Bini ketiga punya mak baru kahwin orang PKR. Dia guna connection pkr utk buruk2 Zain badak. Ingin nak jadi ketua perhubungan umno selangor.

    Tapi si Zin ni pun satu hal. Dia org Pak Lah yg pejenis ahli politik cari makan. Demi politik, dia yang dok kasi kontrak pada kuncu2 KJ dan anak Samu Velu. Org melayu yg baik terus tak dapat.

    Kalau perwakilan UMNO ada otak, dua2 jangan diundi. Penghabih bogheh.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8:01 PTG

    Baik baik Sin, ooi.....

    Nanti my blood go upstairs cam na?

    Bahasa omputih kok nak diajar dalam bahasa Mayu .....ni april fool abis ni .....

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama8:54 PTG

    Sin,

    Haram Jadah GMP dah bersepakat dengan Dong Jiao Zong tulis China Press Daily Sabtu lalu.Mereka Setuju untuk tekan pemerintah supaya SRK, SRJK(C), SRJK(T) ajar Sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Malang lagi nasib bangsa ku melayu, kerana bahasa bangsa ku akan binasa.
    Mampus lah engkau cepat Hassan Ahmad.

    Din Pungkok
    Ex-PKR
    Tiang TNB No:BM 228
    Tanah Liat
    Permatang Pauh.

    BalasPadam
  8. LAAA..JANGAN BUEK KOJO TAK TONTU ARAH...
    MAKBAPAK BUEK HAL...
    NANTI YANG MERANO ANAK2 YOO...

    APO KATO KITO PIKIR PASAL POROT NI..
    MACAMANO NAK CARI MAKAN SOBAB EKONOMI YANG DAH MERUDUM...

    BULIH TAK KITO LUPOKAN SOKOJAP PASAL POLITIK 69 NIH??

    BUEK SOMAK YOOO...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama10:43 PTG

    Salam Tuan Husin,
    Bahasa Inggeris diajar dalam bahasa kebangsaan? Habis macamana dengan Program Pengajaran Tamil dalam bahasa Sukan?

    BalasPadam
  10. Perhimpunan 1 juta rakyat Tuan Husin. 100,000 pun tak tercapai. Heh Heh Heh

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama11:19 PTG

    Bahasa cina diajardengan guna sempua?

    BalasPadam
  12. Menyokong pengajaran Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu.

    sama maksud ke dengan

    Membantah pengajaran Bahasa Inggeris dalam Bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama11:25 PG

    Lawak..lawak ..sin ...ko memang lawak....nak terkucil...

    Aku dok heran gak ngapa banyak Melayu sokong PPSMI nih..

    Hangpa nak tengok anak anak hangpa tak kenai nombor satu,dua,tiga kot ..yang dia orang kenai One, two ,three, four and Five..bagus sangat ka kenai one two three???? 50 puluh tahun lagi, kalau perkataan Suku,setengah, Bahagi, darap, campur..anakcucu kita dah tak kenai dah...yang dia orang dok kenai ..yang cara orang putih buat...har har har har har har ...

    Orang Arab belajar ilmu dari bahasa asing tapi bila buat penyelidikan guna bahasa Arab..tulis ilmu dalam bahasa Arab..


    Orang Eropah, belajar dalam bahasa Arab ..lepastu tulis penyelidikan dalam bahasa latin....

    Kita pulak Lagi Bagus pasal tak mau buat kerja dua kali..MEMBAZIR...terus belajar guna bahasa Inggeris lepas tu tulis penyelidikan dalam bahasa inggeris....Bijak kan..Sin..bijakkan Sin...


    Tu yang GMP yang tak mau berlaku begitu....tapi yang lebih bahaya yang Dong Jiao Zong nampak..tapi ramai yang tak nampak ialah, Keberkesanan pembelajaran Sains dan Ilmu Hisab dalam bahasa Ibunda lebih Optimum berbanding dalam Bahasa Inggeris..Dalam kaedah mudahnya..kalau dalam 10 budak yang diajar Sains dan Hisab dalam bahasa Inggeris..7 orang pandai..tapi kalau diajar dalam bahasa ibunda 10 orang pandai..yang mana lebih bagus???? Fikirkanlah!!!!!!!!


    Salammmm

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.