Rabu, Mac 18, 2009

Datuk Shahrukh terkejut, beri tawaran Ali berlakun filem terbaru

Gambar atas: Datuk Shahrukh kelihatan sugul dan sedih

Oleh Bornladen

MUMBAI Mac 18 - Dato Shahrukh Khan menyuarakan rasa terkejut terhadap larangan bertanding yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO terhadap sahabat baiknya, Dato Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam sidang akhbar hari ini bersama pelakun jelita wanita Bollywood, Preity Zinta, Shahrukh menyuarakan rasa simpati apabila mendapat tahu nasib malang yg menimpa Ali Rustam.

Shahrukh tidak dapat bercakap tetapi bercakap melalui jurucakapnya kerana hilang suara dari rasa sedih dan percubaan untuk menyanyi sendiri lagu semasa pergambaran filem terbarunya.

Dia menyatakan kesediaan untuk menawarkan Ali Rustam watak sebagai ahli politik dalam filem terbarunya yang berjodol art Sur yang bermaksud Syaitan duit. Watak yang dimaksudkan adalah watak ahli politik yang menggunakan wang untuk mencapai apa saja matlamat hidupnya.

Ketika dihubungi wartawan, Ali Rustam sedia mempertimbangkan tawaran tersebut yang memerlukan misainya dipendikkan sedikit untuk menyerupai watak Hitler. Dia mungkin menyedari kerjaya politiknya berakhir dan jawatan ketua Menteri perlu dikosongkan.

Dato Shahrukh yakin pengalaman Ali Rustam sebagai ahli politik memudahkan ia untuk menukar kerjaya menjadi pelakun Bollywood. Ali Rustam pun mempunyai rupa yang sesuai untuk melakunkan watak-watak filem Bollywood.

Seorang pelakun telah pun dikenalpasti sebagai suara dubbing untuk Ali Rustam. - Agensi Berita Husin Lempoyang

28 ulasan:

  1. Memang sudah tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dalam peringkat kanser stage 4 dan hanya menunggu masa sahaja. Tetapi ini semua angkara mereka kerana sikap angkuh dan terlalu gelojoh meraut kekayaan negara.

    BalasPadam
  2. Satu tindakan yang baik..

    Membersihkan parti dari amalan rasuah.

    Yang baik akan diterima.. yang buruk akan di tendang..

    -----
    Kita tak pandang pada banyaknya sampah.. tapi kita pandang kepada bertapa tekunnya tukang sapu majlis perbandaran.. Tukang sapu lah yang kita tabik...

    wassalam..

    BalasPadam
  3. nasib baik ana masih lagi berkuasa...kekeke

    BalasPadam
  4. HANGNIH USI MEMANG POWERLA.. .MUAHAHAHAHA

    BalasPadam
  5. Salam Husin,

    LMAO again bro. You're really born for this kind of stuff.

    Tapi Preity Zinta nampak happy pulak dengan tawaran hero baru untuk felem terbaru.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama7:46 PTG

    Baru padan muka tuan ali rustam tu..dia tak sedar ke si saruk tu macam perli dia je..mmg jenis muka selamba..tak taulah apa dia tampal kat muka dia sampai tak terasa apa2.....

    BalasPadam
  7. Datuk Ali pasti menang merebut jawatan Deputy President UMNO hujung bulan ini jika bertanding sebab popularitynya meningkat begitu tinggi dikalangan ahli UMNO.Saya syaki Dtk Ali telah dianyayai oleh orang2 tertentu menyinkirnya dan sekaligus memberi laluan kapada hanya 2 calun yang lain.Datuk Ali,yang saya kenal, adalah saorang yang ikhlas membantu orang yang perlu bantuanya dan tidak pernah terpengaruh dengan rasuah.Datuk Ali telah banyak membantu saya dan jasanya tetap saya kenang.Saya bersedih dengan tomahan yang dihadapinya.Besabarlah Datuk Ali kerana Tuhan tetap bersama2 orang yang sabar.

    BalasPadam
  8. karena kapor : besttnyee abang ali nk belakon skali ngan aku!!

    s.r.k : ni yg x best ni....melepasla aku...tension!

    ali ketam : pasni aku dok boliwod la plak....

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama8:16 PTG

    Muka Ali mcm muka PakLah
    & lembik mcm paklah

    Tak sesuai jadi pelakon/pemimpin

    Muka takde luck..

    nanti orang lari

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama11:47 PTG

    kalau KJ, hantar dia India selatan..Hero Tamil


    dia dengan Rajnikanth macam adik beradik..... hehe

    Hindraf pulak boleh jadi supporting cast...

    tajuk filem ''bapak mertuaku''

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama1:01 PG

    Bro,

    Harap harap lah, tayangan perdana filem dapat di buat di Genting Highland.

    Senang hendak bahagikan duit duit untung buat filem, tukar sahaja didalam casinno itu, dapat lah duit tak haram dari tempat haram.

    Lagi satu nak bertanya, heroin nya sapa, kalau boleh hendak bagi can kawan ni, lama benor dia kepunan nak jadi heroin,tetapi boleh ke dia ni huh, jalan je lembut, yang lain keras keras belaka?.

    Heloo Bro, bila MACC nak datang buat lawatan sambil belajar tu? Nak tahu juga lah. tak kan tidak ada kut, sementa ni asyik kuat kerja kan.

    BalasPadam
  12. Semasa keputusan Jawatankuasa Disiplin dibuat. Paklah berada di Indon dengan Tun Musa - mana dia sempat nak campur tangan atau kaki - ni mesti kerja Najib nak musnahkan warisan Paklah - itulah logiknya untuk dijadikan sandiwara atau didakwa sebagai konspirasi Najib.

    Jika Majlis Tertinggi menerima rayuan Ali, maka berlakulah pertandingan di peringkat Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda dan undi simpati mereka di konspirasi mampu untuk mereka menang.

    Inilah percaturan di saat saat akhir kerana tanpa keputusan Jawatankuasa Disiplin pun, Ali dan KJ memang sudahpun menempah tewas dan KT tetap di anggap faktor mengurangkan undi MM untuk KJ menang tipis.

    Kita tabik kepada mereka yang terus berusaha, khususnya tingkat 4 - selepas keputusan jawatankuasa, KJ dan Ali kini sebersih kapas - mereka suci dan clean seperti Paklah.

    Politik wang tetap berlaku sesaat sebelum pengundian, perhatikan...

    BalasPadam
  13. Aku merasa amat berbangga kerana seorang rakyat Malaysia telah dipilih selaku pengganti Amitabh Bachan.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama9:00 PG

    Sin, ini artikel kau yang paling kelakau!

    -Labuman

    BalasPadam
  15. GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

    BACA DI SINI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama10:27 PG

    Ape punye sial la yang melekat...

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama11:42 PG

    semua ni akan jadi persepsi selagi ali rustam tak sumpah mubahalah. klu takut sindri mau ingat le. angkat sumpah kat mahkamah tak main. Tapi kalau ali rustam tak nak berlakon ngan preity zinta, aku nak tawaran tu!!!SRK BOLEH BLAH!!WAKAKA!!

    BalasPadam
  18. Betul la Sin. Ali ni ada sikit sebijik macam muka pelakon Bollywood Rakesh Roshan, Bapa Hitrik Roshan!

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama3:35 PTG

    Kpd En Mohd Ali Ismail..

    "KALAU NK TAHU KEBAIKAN SESEORANG ITU TANYALAH KPD KAWANNYA DAN EEBALIKNYA JIKA NK TAHU KEBURUKANNYA TANYALAH KPD MUSUHNYA"

    EN ALI NI KAWAN KE MUSUHNYA !
    SEBAIK2 KAWAN IALAH YG SANGGUP MENEGUR WALAU PUN PAHIT UNTUK DITERIMA..FIKIR2KANLAH!

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama4:19 PTG

    hahahaha mmg klakar baca artikel ni..

    BalasPadam
  21. Pada pendapat aku,

    Ali dan Khairy kalau betul-betul sayangkan parti, kamu patut letak semua jawatan yang berkaitan...Tak kisahlah kamu berdua salah ke, tak salah ke, salah sikit je, tikam sikit ke tikam banyak tetapi apabila kamu sudah didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh lembaga disiplin kamu patut letak jawatan demi kepentingan parti di masa hadapan...persepsi masyarakat susah nak diubah..buat macam Isa, terima segala-galanya dengan redha...sekali lagi punya pemilihan kamu masuk la balik...kalau kamu menang memang itu rezeki kamu...tapi buat masa sekarang kamu berundurlah dulu dari kancah politik negara...

    Itu saranan aku....nak terima ke tak aku tak kisah tapi aku ikhlas...

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama6:14 PTG

    pegambaran filem ini akan diadakan di sekitar kota melaka, ini bertujuan untuk mengenang bahawa kerajaan melayu pernah dijajah selama 450 tahun akibat gila kuasa.

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama6:54 PTG

    Si Ali tu layak utk berlakon sebagai "Kasim pantelon" dalam cerita 3 Abdul. Memang sebijik irasnya. Misai pun mmg kena gunting sikit. Tak perlu banyak latihan berlakon sebab kat luar pun serupa je. "Komisyen 25%".....

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama12:27 PG

    Penyokong dan perwakilan Dato Ali minta bertenang. Sila berikan sokongan kpd TS Muhammad Taib. Baru ada ummmp

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama1:10 PTG

    haha...

    lawak la tulisan-tulisan kau ni.

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama3:49 PTG

    sin..
    macam idea gua je..

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama4:35 PTG

    ape bende le Mohd Ali Ismail
    mcm mane ko bleh pasti sgt Ali menang
    ko dh lupe tuhan?
    aku org Melaka
    aku lg tau ape keje die wat
    mane kontrak2 kt melaka tu pegi
    smp court kt melaka pun under die
    aku org melaka, tp aku lbh rele tgk petualang mcm die mampus dari memalukan melaka

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.