Mac 24hb bertambah dekat.
Kalau tidak pasal Jawatankuasa Disiplin mengumum keputusan mereka, bertambah teruk untuk jaga-jaga perwakilan yang perlu sentiasa dikepong dan dipantau pergerakkan mereka.
Nak kena tahu di mana mereka pergi dan jumpa siapa. Takut dia berjumpa dengan ejen atau calun lawan. Kalau sekejap, tak apa. Susahnya kalau jumpa berkali-kali. Dah beluk ke sanalah itu.
Ada itu siapa ada friend finder yang berdaya mengesan handphone perwakilan itu untuk dipantau.
Orang yang jaga calun penat kerjanya. Nak selalu jumpa dan borak. Nak dilayan dan hiburkan. Kalau setakat belanja nasi kandar di Parit Buntar tidak apa. Kalau yang pergi nak fine dining di KL, sekali makan sudah berapa?
Lepas itu, nak pergi ke kalabul malami. Lepak di Heritage Mansion sudah berapa semalam? Kalau yang taukeh ECM Libra, bolehlah pergi Heritage Mansion selalu dan order air kacang bender.
Ada penjaga perwakilan ini dah tak balik berhari-hari. Yang isteri itu kena banyak bersabar. Mac 24hb tu rasanya lamanya macam selama-lamanya.
Kalau yang faham tu, fahamlah. Yang faham pun boleh tak faham.
Mereka tahu kalau si suami dah peri tempat-tempat macam ini, lama-lama kelamaan nanti sangkut dengan budak-budak perempaun yang menggatal. Tengok yang pakai serba pendek, lama-lama bergoncang jawa.
Kenalah di pantau suami ini. Selalu berlaku jadi melalut si suami.
Kisahnya ada seorang ni bernama Karim. Dalam jaga-jaga perwakilan dia sudah pasang gelfren. Asal keluar rumah dia kata buat kerja politik dan keluar dengan si Rahim.
Si isteri dah mula lain macam tanya. Macam-macam dia tanya. Dia mengagak isteri akan talipon Si Rahim untuk cek.
Ditalipon Rahim untuk beritahu.
"Isteri aku nak call kau nanti. Kau cakap kita pergi makan Japanese dengan Pemuda Bahagian Kota Belut. Kita makan ... "
Begitu detail dia memberi tahu si Rahim. Tak beberapa jam, betul isteri Karim tu talipon.
"Rahim, Ena ni. Semalam kamu dengan Karim pergi mana?"
"Kampachi makan Japanese di equatorial Hotel." Rahim jawab.
"Berapa orang pergi?"
"Lima. I, Karim dengan tiga orang Pemuda Kota Belut."
"Karim makan apa?" Ena tanya lagi.
"Shashimi dan Udon."
"You all?" Sampai makanan orang lain pun dia nak tahu.
"Budak Sabah tu makan apa?"
"Dia orang tak biasa makan Japanese. Order Tempura. Saya makan sekali."
"Balik pukul berapa?"
"Dalam pukul 1o:15"
Satu demi satu demi satu ditanya. Nasib baik Karim pandai agak. Akhir sekali Ena tanya, "Karim pakai baju apa?"
"Ehhh ... Biru."
"Bohong. Karim kata dia pakai baju merah."
Kantul. Malam tu balik sure ... si bini tunggu pukul dua pagi berleter-leter.
Ini trick lama la Tuan Husin. Lain kali si Karim tu kena bawa sekali kawannya si Rahim pergi dating. Si Karim dengan makwenya, dan si Rahim dengan makwenya. Barulah tak kantol. Lain kali minta si Karim ni berguru dengan Cucu Tok Selampit dulu cara-cara nak kelentong bini!
BalasPadamUsin,
BalasPadamrakyat mereka berani kelentong inikan pula isteri sendiri.Dunia, dunia semua boleh jadi. Usin kalau KJ jadi Ketua Pemuda, macamana pemuda UMNO nak bersih rasuah dalam parti dan kerajaan? tolonglah cerita sikit.
salam sin! kalau kj jadi ketua pemuda, confirm umno akan hancur pada pru13...percayalah
BalasPadamsetkat baju salah kalaer. boleh korner lagi tuh..
BalasPadamhhehe.. cakaplah tak ingat ke apa ke..
Sin, aku tak tau nak komen, pasai aku ni luruih bendui..
BalasPadamI go strait, no belok belok..
Tuan Husin...
BalasPadamSaya baghu nak caghi idea...dah jumpak laa kat siniee...boleh tahan gakkk..kkahkahkah
Tuan tak jual minyak unta kaa kat PWTC nanti....
Salam tuan husin! Sila baca post baru ana mengenai politik wang @ http://cedikcenun.blogspot.com.
BalasPadam"Teknik pemantauan politik wang!
Salam semua blogger! Hari ini 20/03/2009 tinggal hanya beberapa hari saja lagi menjelang perhimpunan agong umno. Syabas kepada jawatankuasa disiplin Umno yang mengambil tindakan drastik ke atas Dato' Seri Ali Rustam, Khairi Jamaludin dan beberapa ahli-ahli umno yang lain walaupun keputusannya amat perit untuk dilaksanakan. Tapi pada pendapat cedikcenun jawatankuasa disiplin hendaklah bekerja "terlebih" kuat dua tiga hari ini memantau pergerakan perwakilan dan juga "transaction" ke atas akaun bank mereka.
Sebenarnya cedikcenun ada idea yang sama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam mengurangkan atau menghapuskan terus gejala politik wang. Ingat tak lagi "mm chip" yang diilhamkan oleh Tun. Umumnya kita tahu masalah hari ini berpunca dari manusia dan wang. Pergerakan wang boleh dipantau dengan menanam cip rfid (mm chip) "radio frequency identification" dalam setiap wang kertas ringgit. Ini memerlukan pindaan undang-undang berkaitan wang di Parlimen.
Jadi, pergerakan setiap helai wang kertas akan dipantau oleh beberapa satellite macam satellite gps ataupun stesyen-stesen pengesan statik yang dipasang contohnya di bandaraya Kuala Lumpur, jadi mana-mana ahli-ahli umno (perwakilan dan juga calon) yang membawa wang kertas, pihak jawatankuasa disiplin boleh mengetahui secara tepat jumlah wang dibawa dan ke mana wang itu dibelanjakan. Kalau sistem ini dilaksanakan bukan setakat masalah politik wang Umno, masalah lain-lain berkaitan wang di Malaysia dan di seluruh dunia dapat ditangani dengan berkesan. Jadi masalah politik wang di Perhimpunan Agong Umno dapat diselesaikan. Salam myocate@yahoo.com.my.
Saya tahu sangat suasana kektika persidangan UMNO kerana saya pernah selaku perwakilan swebanayk 7 kali. Saya tahu sungguh ketika duit berlayangan. Yang paling dahsyat ketika DSAI nak jadi Naib dan Timbalan Presiden suatu ketika dulu.
BalasPadamJangan tipu bini. Kalau kita tipu bini kita balik lagi kerumah.
BalasPadamTakut bini tipu kita; tak balik dah lepaih tu.
Jaga sebelum terkena. Peringatan dari Tok Ali kita.
lepaih ni ana cadang kita buat perhimpunan umno di negeri kelantan. disana lelaki dan wanita di asingkan tempat duduk waima dalam restoran sekalipun.
BalasPadamtapi golongan pak syeikh syok la pi sana, sebab di sana kelab malam hanya untuk lelaki sahaja dan untuk wanita sahaja.
logopkr
Biar tipu bini.
BalasPadamJangan bini tipu kita :)
Kalau KJ menang, boleh lah lantik maya karin jadik senator...
BalasPadamhehe
http://sonofapistol.wordpress.com/2009/03/19/women-in-politics-here-and-there/