Selasa, Mac 10, 2009

Muhyiddin Arkitek apa?

Tidak berapa lama, Utusan Malaysia atau mungkin Mingguan Malaysia (kerana jualan terbanyak hari Ahad) menyiarkan iklan yang menggelarkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai Arkitek Pembangunan Desa dan terpampang macam-macam pengakuan rancangan dan kejayaan yang dicapai?

Masaalahnya Mat Taib jadi jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar belum cukup pun setahun setakat hari ini.

Dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini, satu lagi iklan memberi gelaran Dato Seri Ali Rustam sebagai Arkitel Pembangunan Permodenan Bandar dan terpampang pelan-pelan rancangan pembangunan untuk bandar Jasin.

Kalau pelan saja, dah siap ke belum? Begitu hebatkah bandar Jasin? Adakah rancangan itu menjadi model untuk kesemua pembangunan bandar di Malaysia, dan seantero Dunia Melayu?

Kalau gelaran Arkitek Johor Moden sudah diberi gelaran kepada Almarhum Sultan Abu Bakar, tak boleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku? Banyak jasa Muhyiddin semasa jadi MB tapi mungkin Gani yang lebih suka gelaran-gelaran ini.

Jadi Kementeriaan mana Tan Sri nak ngaku jadi Arkitek; Belia, Perdagangan Domestik, Pertanian, atau Perdagangan Antarabangsa? Tak payah gut?

Wow! Biar jadi Arkitek, asal tidak jadi *Ketek.

* Maksudnya monyet pada wong Jowo

27 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:45 PG

    Ya Allah ...takmalu ke Alu Rustam dan Mat Taib!!!

    Kepimpinan tidak semana, kebolehan bercakap dalam dwi bahasa tidak semana, pencapaian tidak semana ... nak mengaku diri arkitek.

    Arkitek pembangunan desa adalah Tun Abdul Razak la! Arkitek pembangunan bandar moden adalah Dr Mahathir.

    Inilah dia pemimpin yang hanya harap pada PR saja tapi tak ada isi kandung dan pemikiran pun.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9:35 PG

    Nasihat kepada Mat Taib dan Ali Rustam:

    Tapi nak cakap omputih skit:

    "Tall people has no need to tell the whole world that they are tall."

    Tapi depa berdua tak dak pulak ngaku tak dak teloq nooooo. Betui la tu.

    Jin Bertocang

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9:51 PG

    Sin, aku pernah dgr Tun Dr M pernah ckp dalam satu majlis yg aku pergi.

    Beliau cakap, saya tidak kisah kalau saya tidak dapat gelaran apa-apa pun macam Bapa Kemerdekaan utk Tunku Abd Rahman dan Bapa Pembangunan untuk Tun Razak.

    Sebab saya tahu, sejarah yang akan menilai saya..

    Hehe..dua org yg gila kuasa tapi tak pandai kerja tu saja cari glemer. Kalo nak dibandingkan jasa mereka berdua dgn TSMY, mcm langit dgn bumi..

    Kalau kita nak ikut track record le, TSMY paling berkaliber jadi TPM sebab ada pngalaman jadi MB dan Menteri / Timb. Menteri diperingkat persekutuan.

    Dua org tua tu setakat jadi MB/KM pun huru hara ada hati nak jadi TPM. Kui..kui..kui..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10:01 PG

    kah..kah..kah..arkitek kandang..kah..kah..kandang babi kat ayer molek tu..sapa benarkan..dah merdeka 50 tahun woi..kawasan yang mejoriti melayu..di wakili oleh umno..ada caw. umno..setiap kali meeting tak desak kerr..hapuskan kandang...buat atas tanah kerajaan...woi roboh la..macam mana di roboh nya setinggan...boleh pulak nego..boleh pulak layan depa buat tunjuk perasaan..tak spray gas pemedih mata pon....kah..kah..kah..melayu..melayu

    BalasPadam
  5. Look at this two jokers. Both of them think they are fit for the job. Worse still, there are UMNO delegates think they fit for the job. Worse of all there are brilliant UMNO delegates think they are fit for the job; where if we take it from todays perspective and challenge faced by the party, they couldn't even match the benchmark.
    Shame, shame, shame. If any of them wins, something IS really wrong with UMNO delegates.

    BalasPadam
  6. MACAM BODOH PLAK UMNO NI KALAU PILIH DUA EKOR NI:

    AR: DUN JA...
    MT: SENATOR...(BUKAN DIPILIH RAKYAT)

    UMNO SEKARANG NI PELIK SKIT...PILIH ORANG YANG RAKYAT TAK SUKA... KADANG CERDIK, KADANG2 BANGGANG...

    TAK SEDAR DIRI KA, ATAU MEMANG DEPA NI PLAN NAK HANCURKAN UMNO... DAH TAU AKAR UMBI NAK KEPADA MY, BAGI JA KAT DIA.

    SEKARANG NI ADA PERWAKILAN MARAH KAT MY PASAL TAK DAPAT "KERTAS KAPAN UMNO" LAGI, PASAL MT & AR DAH MUNGKIN DAH KIRIM "KERTAS KAPAN UMNO" TU...

    BUKAN ORANG UMNO JA YANG TAU, SELURUH DUNIA DAH TAU " KERTAS-KERTAS KAPAN UMNO" BERTABURAN DI SEANTERO MALAYA NI...DI TABUR OLEH PENGGILA2 KUASA MACAM TABUR KAT JARAT CINA TU....

    TUNGGU TENGOK JADI 'ARWAH' LA.....

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11:43 PG

    Ya Allah Ya Tuhan ku, harap2 jangan lah AR atau MT menang. Habis melingkup BN ngan negara

    BalasPadam
  8. Habis duit kerajaan bayar iklan untuk dua ekor ni ,apa nak buat dua org ni di restui oleh paklalah...melalahlah rakyat kalau 2 org ni menang.....

    BalasPadam
  9. apa kan daya, kita cuma ada 3 pilihan samada nak masuk mulut buaya, harimau atau naga...

    dalam situasi sebegini, terpikirlak gelaran apa mereka akan beri kepada pak lah setelah beliau bersara nanti. "Bapa ....." yang sesuai eh..?

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama1:23 PTG

    Siti aurora pak lah di gelar 'bapa mertua kepada khairy'

    BalasPadam
  11. BETUL TU SIN, TSMY NI MEMANG BAGUS ORANGNYA....AKU HARAP DIA LA JADI TPM...

    PILHAN LAIN TU SORANG DAH DI REJECT, YANG SATU LAGI TAK NAMPAK LANGSUNG KEWIBAWAAN DIA...MUEHEHEHE

    HIDUP TSMY!!!

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama3:06 PTG

    Tan Seri Muhyidin jadi arkitek kepada peralihan kuasa bulan April nih. Tanpa dia mungkin UMNO akan terus berkubur.

    BalasPadam
  13. perkara yang arkitek lain tak boleh buat...cuma mat taib sorang ja yang terer

    bawak lari puteri sultan selangor kawen kat siam

    hahahahahaha

    BalasPadam
  14. Saya pernah berada di negara jiran.

    Mereka gunakan "Bapak" bagi pegawai kerajaan,pegawai ekskutif dan orang yg dihormati.

    Kalau ketua, di panggil "kepala"

    Kalau ketua pegawai ekskutif atau ketua pegawai kerajaan,mereka panggil "KEPALA BAPAK"

    Kalau ada yg gunakan bapak itu,bapak ini,aku ingat biak pi laaa.Itu cuma sebagai menghormati mereka saja

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama4:42 PTG

    MUHYIDDIN : Arkitek Pembangunan Semula UMNO dan Umat Melayu.


    T.Kasih.
    Mentel2an

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama5:56 PTG

    Semoga TSMY dapat membuat perubahan yang drastik bagi memulihkan UMNO dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama6:49 PTG

    Saudara Husin Lempoyang,

    1. Pada hujung minggu ini atau awal minggu depan, sama ada seorang atau dua orang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan dikorbankan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

    2. Tujuannya ialah memudahkan laluan seorang lagi calon.

    3. Sebagai mukaddimah kepada upacara korban itu, Tun Dr Mahathir dalam blognya hari ini menulis bahawa dia tak percaya ada calon akan disabitkan politik wang.

    4. Itu strategi politik Tun Dr Mahathir yang cekap bagi terus menekan Lembaga Disiplin dan memastikan ia mengorbankan satu atau dua orang calon yang saya sebutkan di atas.

    5. Sama-samalah kita lihat permainan politik oleh Tun Dr Mahathir dan Lembaga Disiplin yang akan menyebabkan lebih ramai ahli parti keluar secara berbondong-bondong meninggalkan UMNO.

    6. Sayanora UMNO!

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama7:21 PTG

    Sin,

    Kalaulah salah seorang "akitek" itu menang jawatan Timbalan Presiden UMNO, seluruh rakyat Malaysia akan berkabung sehingga PU-13, untuk mematikan terus UMNO dari tanah Malaysia ini.
    Wahai perwakilan UMNO pada perhimpunan Agung hujung bulan ini, fikir-fikir dan fikirkan semasak-masaknya sebelum mengundi "akitek" ini, Janganlah jadikan kuasa mengundi anda sebagai bahan ketawa anak cucu kita. Tolong-tolong jangan hancurkan negara jika kuasa diberikan kepada "akitek" konon.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama8:23 PTG

    http://msomelayu.blogspot.com/2009/03/eksklusif-selasa.html


    husin, sila bagi komen

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama8:34 PTG

    Nasihat kepada Mat Taib dan Ali Rustam:

    "CERMIN MUKA TU DULU.."

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama12:02 PG

    Sejarah telah menilai Tan Sri MY, sejarah jugalah yang akan terus menilai beliau.

    Terpulang kepada perwakilan dan UMNO keseluruhannya.

    BalasPadam
  22. SAPA LIWAT SAPA???
    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/mat-sabu-dan-karpal-meliwat-anwar-al.html

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama10:52 PG

    Sin,
    kalau dalam loghat Kelantan 'ketek' atau 'ngetek' boleh membawa makna mencuri.
    e.g."aloh la wei ,tak dak dah slipa kawe nya ketek demo"

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama10:56 PG

    Eh Oklah Ali dengan Mat Taib tu...

    Dua2 tu pejuang PPSMI apa? Walaupun we no spik inglis tapi we love London very much. London is very powderfull...you fool.!!

    Muhyidin kan dah jual banyak tanah Johor kat Singapore.

    Mesti Mahadey tak suka punya. Shit Lee Kuan Yew and son!!

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama10:58 PG

    Sin,
    buatkan lawak B.A.B.I jumpa Pak lah

    BalasPadam
  26. MUHYIDIN ARKITEK GERAKAN MENYURUH PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN !!

    BalasPadam
  27. Kalau dalam loghat kelantan "ketek" tu maknya mencuri.... kalau "kketek" (i.e, ada sabdu pada huruf 'k' tu) maknanya berbunyi atau bersuara.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.